Showing posts with label alam maya. Show all posts
Showing posts with label alam maya. Show all posts

Friday, May 28, 2010

apa nak cerita....??

memang betul bila ada rungutan.. Fb telah memporakperandakan segala gala nya.. apa tidak nya pengaruh Fb mempengarugi segala gala nya.. sehingga mood utk ber blog merudum ke tahap yg agak rendah.. sehingga perkara lain menjadi no 2 , 3 ,4 ... FB jadi no 1 .... sebulum k mana mana FB dulu, balik je dari mana mana FB juga.. sebelum tidur pun masih sempat jengok FB..

kepada yg belum ada FB fikir kan lah , kalau boleh bertahan tanpa Fb lebih baik anda jangan ke sana sekali dah berkecimpung anda pasti melekat.. hehe.. so bagaimana kita nak seimbangkan perkara ni?? siapa yg dah berjaya keluar dari cengkaman FB ni?? sila share kaedah yang anda gunakan.. mana tau boleh mengubat penyakit yg telah menjadi ketagih kebanyakkan orang , tua dan muda lelaki dan perempuan, orang politik dan kebanyakkan, orang kampong dan pekan.. orang di rumah banglo dan juga setinggan.. semua ada akaun FB.. semua melekat dalam FB..

ada yg berlumba lumba menebar network, punya rakan beribu2.. ada yg mencari peluang berniaga.. ada yg agaknya mencari cari aklau ada yg sesuai di jadikan teman, ada yg terhad kepada rakan taulan yg telah di kenali .. Fb berjaya mendekatkan orang yg berjauhan, merapatkan ikatan siratulrahim.. di luar tak bertegur sapa.. dalam FB rancak berbicara.. hehe lebih mudah mendapat kawan melalui dari FB.. dengan sesiapa saja kita boleh tegur dan minta di add sebagai kawan, kalau kita rasa ok lulus, kalau sebalik nya sorry.. tak ada yg kecik hati tidak ada yg akan marah..

bagi zino.. network yg di bentuk hanya kepada yg benar nak berkawan, kalau nak berniaga bukan di sini tempat nya, kalau nak berpolitik juga bukan di sini tempat nya, kalau nak buat promosi itu ini juga bukan di sini tempat nya.. kalau dia ikhlas nak berkawan akan di sambut dengan ke ikhlasan juga.. sebab tu senarai kawan tak bertambah mendadak seperti orang lain.. ada yg di luluskan ada yg di rejek dan ada juga yg di delete selepas di luluskan..

cuma masaalah nya macam mana nak mengatasi masalah ketagih dengan FB ni? hehe