
masa nak balik dari spital tadi.. terima sms.. malam ni chong wei vs Lin Dan final.. siapa yg menang? zino terus jawab, Chong wei.. kalau Chong Wei menang kena belanja.. hehe.. walaupun ikut rekod Chong wei baru menang 3 kali dalam 15 pertemuan.. tapi kena semangat sokong pemain Malaysia hehe..
dalam berjalan nak ke kereta tu , nampak le final tu dalam TV kat kedai mamak, terus ajak mem singgah dulu.. hehe.. TV tu ada dua satu kat dalam satu kat luar, kami duduk minum kat dalam.. ingatkan nak makan sekali.. sambil tengok final.. bila kami duduk nak oder tiba tiba tup... TV bertukar bola.. mamat mamat kat luar tu tukar .. ada ke patut..aduhh..
terus kensel makan .. minum je hehe.. bila sampai rumah game dah pun selesai..terus cari maklumat dari online paper..
Chong Wei juarai Terbuka Switzerland
15/03/2009 10:00pm
KUALA LUMPUR 15 Mac - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Switzerland apabila berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Siri Super itu sebentar tadi.
Chong Wei menang dengan straight set 21-16, 21-18. - Utusan
tahniah.. Chong Wei...