Showing posts with label bon odori. Show all posts
Showing posts with label bon odori. Show all posts

Saturday, July 17, 2010

pesta Jepun.. tapi bukan di Jepun..

ais kacang pun ada

kiri kanan kereta park..

sebahagian orang ramai menyerbu gerai jualan..

dari sudut yang lain..

kami pun terpaksa menapak jauh..

bila sebut jepun mesti ada kipas hehe

yg nk gadis jepun original kot hehe

yg fizah nak cuba..

gadis jepun ke ni? hehe

gadis2 ni memang sporting.. mau je dia orang bergambar..
nasib baik dengan mem hehe

Kebetulan tadi selepas majlis kenduri kawin di shah alam, dan reunion engan geng lama, saya mesej kat Hafizah, abah ada di shah alam.. terus dia call nak balik hehe.. so kami pun terus ke tempat dia.. lepas dia kata ada pesta jepun di seksyen 21.. ingatkan pesta apa jual2an ke .. pamiran ke.. layan je lah..

dari jalan besar tu lagi dah ramai yg menunggu menunjuk arah kemana patut park kereta.. kebanyakkan tempat penuh dengn kereta, kami di suruh jalan terus, makn jauh makin jauh.. pesta apa ni? kenapa ramai sangat orang, tak ada pun di war warkan macam jom heboh tu.. tapi rasanya beratus ratus biji kereta yg parking tadi.. memula rasa macam dah nak kensel je.. tapi akhirnya dapat juga parking nun jauh di hujung sana..

kemudian kerja menapak balik ke tapak pesta.. zino yg baru nak kebah demam ni berpeluh juga di buat nya.. adik steady je jalan.. di kiri kanan penuh kereta.. pesta di buat di atas satu kawasan lapang.. di atas padang.. penuh dengan gerai jualan masakan jepun.. apa lagi fizah ingin nak mencuba beberapa makanan yg dia tau.. zino memang tak tak tau apa benda yg di jual.. ramai juga yg berkimono.. sempat juga la bergambar dengan gadis kimono.. oops bukan zino tapi mem hehe.. orang jepun ke malaysia tu? hehe..

majlis bermula jam 7.00 petang.. oo tak mungkin kami nak tunggu.. selepas puas mencuba beberapa makanan jepun termasuk shushi.. kami pun beredar utk ke rumah ipar di Bukit Kayangan.. semasa kami balik.. makin ramai yang datang.. tempat parking pun semakin jauh.. anda pernah dengar tarian BON ODORI ? sambutan di adakan setiap tahun di seluruh jepun.. dan juga di merata tempat termasuk di malaysia.. rupa2nya di war warkan di internet.. hehe