cuaca sekarang ni terasa berbahang... sebaik sahaja selepas mandi badan akan berpeluh kembali.. bila dah duduk dalam bilik berhawa dingin terasa malas je nak keluar.. agaknya berapa suhu sekarang ni ya... masing masing belenggeng je dalam rumah.. cuaca sekarang ni sangat tak sesuai untuk berurusan di luar sana.. tapi nak buat macam mana kerja memaksa zino perlu berada di lapangan sekali sekala... apa usaha yg anda lakukan untuk berhadapan dengan keadaan ni..? catitan di bawah zino petik dari hasil google... mungkin berguna kepada kita semua:-
- Banyakkan minum air
- Elak minuman berkafein dan beralkohol kerana sebabkan badan kita cepat terhidrat
- Kurangkan aktiviti luaran
- Kawal dan rancang aktiviti anak-anak anda
- Makan buah yang banyak air
- Elak makanan berprotein tinggi seperti daging dan susu kerana sebabkan suhu badan meningkat
- Pakai pakaian yang cerah kerana pakaian gelap menyerap haba
- Elakkan pembakaran terbuka