Showing posts with label ehwal semasa. Show all posts
Showing posts with label ehwal semasa. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Budaya Tangguh....

12.01.2012

Salam semua....diam tak diam dah beberapa hari blog ni tak di update... sesuai sangat dengan tajuk tu.. suka sangat bertangguh.. ni lah jadi nya hehe.. dan yg suka bertangguh ni akan ada je alasan kenapa di tangguhkan so tak payah tanya lah hehe.. ini apa cerita ni???

Dalam berita tadi PM kata perlaksanaan SBPA di tangguhkan sehingga perbincangan selesai... Hello ini apa kes ni.. sape yg buat kerja tak masak ni..?? tak kan semua perkara PM nak masuk campur .. kenapa tak teliti buat kerja ni..?? ini nafkah untuk lebih sejuta orang tau..!! kalau separuh je yg berungut benda ni tak berapa betul dah berapa banyak kutukan dapat... sebelum ni bukan main lagi statement perlaksanaan SBPA tidak akan di tangguhkan lagi... so apa cer..?? akhir nya kena juga PM masuk campur..

tak nak cerita banyak la.... tapi sejarah sudah banyak kali berulang... kita ni memang kerap kali buat kerja setengah masak.. lepas tu tangguh.. ada dua perkara besar yang kita nak tengok akhir nya di tangguh ke tak... satu pemutihan pekerja asing... date line dah sampai .. kabar nya masih ramai lagi yg belum berdaftar .. suara suara dah mula kedengaran.. betul ke tiada penangguhan lagi...?? sama sama kita tunggu...

satu kes lagi pendaftaran kenderaan perdagangan dengan satu suruhanjaya tu... tarikh tamat nya kalau tak silap saya 31 Jan ni.. kabar nya juga masih banyak syarikat yg masih belum mendaftarkan kenderaan masing masing... macam macam alasan la kan... ini pun kita nak tengok ada penangguhan ke tidak..?? serupa juga dulu pemakaian talipinggang keledar tempat duduk belakang kenderaan.. sikit punya kempen.... lepas tu tangguh...

malas lah nak cerita ada berderet kes yg ber iya iya tapi akhirnya tangguh... kes yg kelakar isu saman tertunggak dulu ingat tak??? berduyun2 pesalah trafik ke kaunter bayaran... sampai penuh sesak kenkonon nya nak bayar saman sebelum tamat tempuh... lepas tu sape tak bayar siap kau..!!! akhir nya apa jadi.. tangguh juga hehehe

saya pun selalu buat penangguhan ni.. setiap kali habis meeting saya pasti akan sebut mesyuarat di tangguhkan hehe.. suka ke tangguh2 ni?? cuba cerita sikit...

Saturday, June 26, 2010

dinner..

Malam tadi zino mewakili bos untuk hadir kesatu majlis dinner, meraikan mantan ahli lembaga penasihat yg telah bersara dan mantan pengarah dan timbalan pengarah yg telah bersara atas pilihan sendiri.. oleh kerana bos dah bagi tau pihak urusetia sebelum maklum kat zino maka tak boleh lah nak mengelak hehe..nama resort tempat dinner tu memang familier dan famus tapi zino tak tau kat mana letak nya di dunia lembah klang ni.. so minta la driver pastikan dulu tempatnya.. takut tersesat mencari..

Memang sah tempat tu jauh dan perjalanan untuk sampai ke sana (kalau tak tau laluan altenatif) memang merupakan satu cabaran.. tambahan pulak semalam jalan menuju ke tempat tu sangat jem..tempat tu terletak di Mutiara Damansara sana tu.. LDP jangan cakap la.. ada yg kata macam lihat larva gunung berapi lampu break kereta sepanjang jalan tu hehe... kebetulan semalam tu zino ada meeting di Putrajaya.. maka nya tak sempat la nak balik rumah.. lepas meeting balik ke opis tukar baju dan terus ke Mutiara.. perjalanan kami lancar sebab driver dah reky tempat tu dulu.. dia gunakan laluan altenatif supaya tak terperangkap..

ada yang bersara awal kerana keluarga, maklumlah bila bekerja di tempat kami ni tak tau siang dan malam, dalam ucapan balas salah sorang manta timbalan tu, dia kata semasa bekerja di sana dia tak dapat tengok matahari hehe.. keluar kerja masih gelap balik kerja pulak dah gelap.. hehe.. sentiasa bekejaran untuk mencapai matlamat dan menyiapkan setiap tugasan yg di berikan.. sampai satu peringkat.. enought is enought.. ada juga yang bersara kerana tak dapat menyerap pressure yang di bebankan.. rasa macam tak berbaloi dan setimpal denga apa yang di perolehi.. dari memening kan kepala dia membuat pilihan untuk bersara awal.. kepada mereka semua selamat bersara..

ramai yg komplain, tempat dinner ni terlalu jauh dan di buat pulak pada hari bekerja.. ada yg boleh datang dan ada juga yang tidak dapat datang.. tapi zino nak comen sikit tentang tempat solat resort yang gah ni.. pasti pemilik nya bukan islam.. kalau dia islam maka dia tak apa jiwa .. kemudahan solat untuk orang islam di sedia ala kadar je .. rasanya pengungjung nya ramai orang islam ..bila zino tanya di mana bilik solat , maka petugas tunjukan arah di level bawah.. tak nampak pun signage surau ke apa sehingga lah dah hampir ke tempat tersebut.. kepada pengungjung regular mungkin tak jadi masaalah.. untuk mencari.. bila sampai di bilik di maksudkan tertulis di pintu.. "buka pintu perlahan lahan" bilik ni terletak di dalam bilik persalinan lelaki.. dan ruang solat amat kecil, hanya muat utk 5 orang je utk berjemaah..patut di beri peringatan buka pintu perlahan2 kalau di buka laju silap hari bulan terlanggar jemaah yg sedang solat..

lain kali jangan la buat function ke tempat macam ni.. langsung tak mesra pengguna..langsung tak prihatin dengan keperluan pengunjung nya..

Thursday, June 24, 2010

anugerah perkhidmatan cemerlang




terima kasih Datuk seri

sebahagian peserta..di dalam dewan..

jururakam yg sibuk..

selingan..menghilangkan kebosanan menunggu..


latihan bergambar
(gambar semalam..)

berita bergambar...

rehearsal..

pagi tadi berlangsung majlis rehearsal bagi satu majlis besar esok.. awal awal lagi pihak penaja telah berpesan supaya datang awal.. semua di nasihatkan datang menggunakan perkhirmatan bas yang di sediakan... tapi hanya dari beberapa distinasi tertentu.. tapi zino tak naik bas , rasanya lebih mudah terus dari rumah sahaja.. tapi perlu juga bantuan driver utk menghantar zino ke sana..

majlis percubaan pagi tadi berjalan lancar.. zino sampai awal.. so dengan selesa boleh pendaftar dan bersarapan.. ingatkan zino datang first sebab masa datang tu galap lagi.. tapi rupanya ada yg lebih awal lagi hehe.. sesi penerangan di mulakan lebih kurang jam 8.30 setelah semua selesai mendaftar dan sarapan.. apa yg patut dan tak patut berlaku semasa majlis tu nanti..

bagi zino ini merupakan kali ke tiga di calonkan utk hadir ke majlis seumpama ini..alhamdulilah.. memang langsung tidak di duga.. walaubagaimanapun pengiktirafan yang di berikan kami terima dengan penuh kesyukuran.. kami bekerja kerana allah.. tidak mengharapkan sebarang balasan.. tidak menantikan sebarang pujian.. kepada rakan rakan yang lain yang sama sama menerima pengiktirafan yang sama.. tahniah dan syabas.. anda memang layak menerima nya.. terus lah bekerja dengan penuh didikasi, supaya menjadi contoh dan ikutan kepada yang lain..

esok zino akan sambung dengan cerita bergambar... selamat malam..

Wednesday, June 9, 2010

panggilan tak di undang...

Dalam sebulan dua ni saya banyak menerima panggilan dari entah apa apa syarikat berkiat diskaun card.. ada yg kata kad diskaun pasal saya guna credit card si A, ada yg kata diskaun card utk menginap di hotel B, ada juga talipon dari syarikat yg menawarkan diskaun card utk ke hospital C.. dan macam macam lagi la....

dari mana dia dapat No talipon ni ya, dia saja call secara rambang , atau ada syarikat D yg supply maklumat pelanggan kepada mereka ni.. ada syarikat yg talipon tu tau alamat tempat tinggal kita, walaupun dia tanya betul ke tapi saya tak pernah mengesahkan nya.. tapi masaalah nya kat mana dia dapat semua maklumat tu..

yang tak berapa pekenan tu walaupun saya dah kata dengan sopan tak minat dan sebagainya mereka ni seolah olah menempelak, alang kah bodoh nya saya menolak tawaran mereka tu.. konon nya saya adalah di antara yg terpilih dari senarai yg banyak.. dan macam2 hujah lagi la.. siang2 saya dah kata minta maaf saya tak berminat, makna nya tak berminat.. namun bagitu tidak la sampai saya off kan talipon bagitu saja. saya juga tak mau di katakan sombong dan tidak berbudi bahasa.. saya faham tugas anda hanya mengikut apa yg majikan suruh.. tapi kalau tidak berjaya dengan saya mungkin rezeki anda dengan orang lain.. minta la tolong paham..

anda ada pengalaman tak?

Tuesday, June 8, 2010

sesat di hutan batu..

baru baru ni kami ke BB, dah lama tak berjalan ke sana.. tujuan tu nak cari klinik yg pernah mem pergi dulu, tapi dah ingat ingat lupa kat mana klinik tu.. yg zino ingat kat luar BB plaza, mem pulka kata dalam komplek BB.. so bermula lah pencarian..

bila drive menghampiri BB, polis dah tutup sebahagian jalan, hujung minggu kawasan tu sangat sesak.. so terus lencong dan park di time sq.. sebelum keluar hafal dulu no kat tiang tu.. nanti senang nak cari kereta.. bila keluar ke kawasan sopping tu , tak tau arah mana nak di tuju.. macam mana nak ke laluan jejantas tu.. nak cross ke BB.. alahai.. pusing punya pusing jumpa lobby keluar dan menuju ke jejantas, sedangkan kalau tau boleh terus ke jejantas dari dalam bangunan.. betul la org kampong hehe..

masuk ke SW mulalah pencarian.. dari satu tingkat ke satu tingkat.. ikut mana arah yg mem rasa dia ingat.. setelah puas berpusing pusing akhir nya jumpa juga.. alahai.. klinik tu tutup pulak.. yg ndapat no talipon klinik yg tertera di pintu masuk.. ok lah kena lah call set appointment nanti..satu perkara yg zino peratikan di SW atau BB.. penuh dengan manusia dengan pelbagai gaya dan fesyen.. pening kepala tengok.. tak boleh lama lama kat sini.. kami beredar dengan pantas...bila nak cari kereta di TS sekali lagi berpusing2.. lupa tangga mana masa naik ke atas tu tadi hehe

sekian lapuran utk kali ni.. selamat bertugas..

Thursday, March 25, 2010

Back to business as usual..

Tiga hari tak menjengok blog dan tiga hari juga tidak membuat kunjungan balas ke mana mana blog.. kerana tiga hari berkurung di shah alam, tak le berapa jauh tapi kerana program berlangsung siang dan malam rasa tak seronok nak balik rumah, walaupun pada awal nya dah plan sedemikian.. tugasan yang di berikan telah selamat di sempurnakan.. menunggu apa kata the big bos.. kalau dia setuju.. alhamdullilah.. kalau sebalik nya.. masaalah hehe.. tapi semua berharap apa yg telah di bincang, apa yg telah di rumus mendapat pandangan positif dari beliau..

kebetulan Hafizah terpaksa berulang alik ke HKL selama tiga hari juga.. program memperkenalkan kerjaya sebagai Doktor oleh JPA.. sebelum ni dia ada apply biasiswa JPA utk program tersebut.. sebagai langkah awal semua calon di perkenalkan dengan kerjaya berkaitan dan di bawa melawat ke unit unit yg di rasakan semua bakal calon perlu tau dan merasai keadaan dan suasana nya.. tempat wajib yg perlu di lawat bilik2 operation iaitu melihat sendiri operasi yg di lakukan.. juga ke bilik mayat dan sebagainya.. lepas tu mendengar ceramah dari doktor2 yg bertugas di unit kecemasan, dan mereka yg sedang menjalankan housemanship.. perlbagai cerita pro dan contra .....lepas ni boleh lah buat keputusan muktamat...

so hari ni back to business as usual.. pepagi tadi dah ada meeting.. dalam bilik ni pun bertimbun surat utk di baca dan di minitkan.. fail pun berlambak utk di lihat dan di ambil tindakan.. mungkin tuan/puan lebih sibuk lagi.. selamat bertugas dengan penuh didikasi dan sabar.. lakukan yg terbaik.. inshaAllah ganjaran nya di kemudian hari..

Wednesday, March 3, 2010

kisah nya..

Pagi tadi adik kata kena hantar dia sekolah kebangsaan ada ko korukolom.. nak sebut pun tergeliat .. adik tanya ko korukolom tu apa bah?? agaknya ini lah kali pertama dia dengar.. masa tahun dua belum ada lagi.. kata nya dia masuk pasukan kedet remaja.. baju pun tak beli lagi.. nak pegi ikut van sekolah awal sangat.. so terpaksa lah abah hantar dan abah yg lewat nak ke pejabat.. adik ni tak mau bawa bekal.. nanti lepas ko ko tak payah balik terus duduk kat sekolah sehingga masuk kelas di sebelah petang..berkali kali pesan dengan dia jangan keluar dari kawasan sekolah.. duduk kat kantin atau masuk perpustakaan.. duit pun bagi lebih kat dia.. simpan poket lain suruk dalam beg lain utk makan petang nanti..
so lambat le ke pejabat dan ta sempat sarapan di Haslam seperti biasa.. dan pagi tadi juga ada mesyuarat jabatan yg selalunya berlarutan.. walaupun sarapan di sediakan kena lah tunggu masa sesuai baru boleh makan.. zino memang tak boleh sarapan lewat.. bila lewat mulalah sakit kepala.. maka t hari tadi tak dapat nak kemana.. kunci pintu dan tidue sekejap.. harap2 sakit kepala akan hilang.. tapi bila dah bangun nyot nyot lagi... nasib baik PA ada stok panadol.. dah telan dua biji.. ingat nak rehat sekejap tapi asyik ada je staff nak jumpa.. dan amsa zino tulis posting ni sakit kepala dah pun reda.. alhamdullilah..
kat luar tu dengar berdentum dentum.. petir.. tapi masih belum hujan....

Thursday, January 28, 2010

kenapa?

nak tau kenapa zino pernah cakap tidak dapat berinternet beberapa hari sebelum ni... pertama laptop yg selalu zino guna tu di pinjam staff opis kerana ada tugasan yg perlu di selesaikan untuk tempuh seminggu.. laptop yg baru mem beli tetiba tak keluar gambar, terpaksa di bawa ke servis centre utk di periksa.. mengambil masa tiga empat hari bekerja.. baru hari ni ok.. dan boleh di gunakan semula..

tapi mulai hari ini everything back to normal.. i hope.. hehe

Wednesday, January 27, 2010

menulis untuk apa??

Apabila ada penulis blog yang di tahan gara gara hasil penulisan nya , maka zino tertanta tanya... kita menulis ni untuk apa?? kalau di zaman sebelum merdeka dulu ramai penulis muncul menghasilkan karya karya patriotik untuk menaikkan semangat rakyat malaya pada masa itu supaya bangun dan bertindak untuk berganding bahu memerdekakan negara dari belenggu penjajahan.. seruan masa itu tidak boleh di lakukan secara terangan terangan kerana di kuatiri di hidu penjajah.. maka lahir lah puisi puisi, syair syair , sajak sajak dan novel yang bertemakan patriotik cintakan tanah air sendiri..

ada juga penulisan yang di hasilkan untuk merakamkan pengalaman sesaorang di atas satu satu peristiwa atau perkara yang di lakukan dan di rasakan sesuai di jadikan dalam bentuk satu karya untuk tatapan umum, sekurang kurang nya pengalaman yg di lalui boleh di jadikan iktibar atau panduan kepada mereka yang mahu menceburi bidang tersebut di satu masa nanti..menulis sebagai satu sumber ilmu kepada orang lain .

bagitu juga ramai yang menulis kerana bakat semula jadi atau bakat yang di asah sehingga berjaya menghasilkan karya karya berbentuk novel yang boleh di komersialkan, mendatangkan hasil mendapatan yang lumayan, menjadi satu industri yang berjaya dan terus berkembang maju..sama ada novel novel kisah kisah percintaan, sejarah, dunia kanak kanak dan remaja, pengembaraan, siasah dan sebagainya.

dan ada juga yg menulis sekadar memenuhi masa lapang, mencurahkan rasa hati yg terpendam, membuat kritikan se atas satu satu peristiwa yang berlaku, memberi ulasan ilmiah dan siasah pada peristiwa yang berlaku sepanjang masa sama ada di tanah air atau di luar negara.. pendek kata sesaorang menulis atas tujuan tertentu.. malah kita bebas menulis apa saja.. tetapi ingat.. kebebasan kita utk berkarya jangan sampai menyekat atau menggangu kebebasan orang lain.. sehingga menimbulkan keresahan dan kemarahan pihak lain.. kita yg berani menulis maka kita berani lah menghadapi segala kemungkinan nya..

zino nak bertanya, anda menulis kerana apa??