Showing posts with label famili... Show all posts
Showing posts with label famili... Show all posts

Saturday, March 20, 2010

cuti yg sibuk..

Pepagi dah keluar kerana minggu ni mem kerja hari Sabtu.. lepas tu dia ada lunch satu opis di menara kuala lumpur.. bestnya makan nun di awan.. hehe.. fizah pun ikut sama keluar awal konon nya nak belajar kereta.. kebetulan kereta along ada , bertambah bersemangat nak belajar.. dia dah ambil test pun sebelum ni tapi sebab belajar tak cukup masak.. gagal di jalan raya.. parking dengan bukit dah ok..

lepas hantar mem terus ke Ceras tempat dia ambil ujian memandu tu.. nak ikut jalan di mana JPJ melakukan ujian drive on the road.. dapat la pusing dua round.. bawa kereta tu nampak ok lah tapi kekurangan praktikal.. asyik mati je injin bila nak bergerak.. tapi ok lah tu bila dah biasa nanti tak jadi masaalah tu.. kira kira jam 10.00 kami bergegas pulak ke PWTC , dah janji dengan fizah.. dia nak cari buku cerita... walaupun masih awal tapi pwtc telah di penuhi peminat buku.. di mana mana boot penuh dengan manusia.. meriah sungguh.. oleh kerana mission hanya utk mencari buku yg fizah nak, kami terpaksa bertanya beberapa petugas supaya cepat ke distinasi yg di tuju..bila dah dapat tak tunggu lama .. tak sempat pun nak jeling di boot yg lain.. bergegas utk ke TS kerana dia masuk kerja jam 11.00 memang dah lewat pun.. hari hari akhir dia kerja ni dia saja nak datang lambat.. agaknya mood kerja dah semakin merudum hehe..

Dalam perjalanan nak hantar fizah tu along pun mesej.. dia naik flight jam 12.00 dari langkawi.. dan zino dah janji akan tunggu dia di KLIA.. sebaik menurunkan fizah di TS zino terus ke KLIA sendirian.. memula memang nak ajak adik sekali tapi bila talipon mama dia sebelum tu.... tak berjawab pulak.. entah kemana lah mereka masa tu.. bersaorangan lah jawab nya.. bila sampai KLIA sempat cari pot utk merehatkan badan sekejap.. terlelap di kerusi.. hampir jam 2.00 baru along keluar dari terminal.. terus balik ke BTR.. sepajang jalan Arifah menunjuk perasaan.. agaknya penat dalam perjalanan tak hilang lagi.. tak singgah mana mana pun terus je balik..setelah berehat sebentar baru keluar ambil adik di rumah mama...adik sedang tidur nyenyak.. kena lah kejutkan..

malam jam 8.30 keluar lagi utk jemput fizah balik dari TS dan terus dinner beramai ramai.. teringin nak makan di gerai jalan Pantai Baru tu.. dulu masa along belajar di UM kat situ lah kami selalu singgah makan.. gerai makin cantik, orang pun makin ramai .. tapi service tetap on time.. tak tuggu lama utk mendapat makanan yg di oder..

dan sekarang baru sampai ke rumah...... esok pun akan sibuk juga... bagaimana anda?

Wednesday, February 3, 2010

mana hadiah??

Masih tertanya tanya mana hadiah hari jadi?? hehe sampai sekarang masih pending.. actually baru baru ni dah survey dengan mem pun tapi masih tak jumpa apa yang nak di belikan.. ada beberapa cadangan dan idea.. tapi masih belum terlaksana.. apa lah abah ni susah sangat ke nak beli.. hehe

bila kami ambik alang baru baru ni , alang terus bagi hadiah utk fizah..


oops alang dah guna idea ni.. so abah kena cari altenatif lain... semalam kami ke JJ fizah nak ganti bateri jam dia yg dah tak bergerak tu.. tapi malang nya jam tu tetap tak boleh berfungsi selepas di tukar bateri baru.. serupa bila baru baru ni saya bawa jam mem utk tukar bateri.. tak jalan juga.. apa punya kualiti jam tu.. agaknya utk pakai buang je kot.. takut tak berbaloi utk repair....

secara spontan fizah dengan mem pun mencadanagkan jam baru utk hadiah hari jadi....nampak gaya kena beli dua jam sekali.. birthday mem akan menyusul Mac nanti hehe... nak jam ni ke..??


teringat jam yg mem beli satu masa dulu.... hehe....