Showing posts with label kad. Show all posts
Showing posts with label kad. Show all posts

Monday, March 23, 2009

have card will travel..



Hari ni zino cuti ,sepatutnya bawa MIL ke hospital, tapi tak jadi sebab dah tukar masa appointment, so mem tukar jadi hari soping, semalam dah soping beli buku, hari ni sambung soping beli beg, mem dengan beg memang tak boleh di pisahkan.. ada je alasan dia nak menambah koleksi.. agaknya soping merupakan satu terapi megurangkan stress... hehe

Dari SOGO ke JJ pulak, soping barangan dapur, zino pun terbeli baju kemeja 3 pasang ambik kau.. hehe.. kebetulakan kad JJ dah tamat tempuh renew le sekali.. sekurang2nya tak payah bayar paking setiap kali datang.. bila tengok kad tu teringat satu cerita ni, "have card will travel"... so mari kita kira berapa kad yg kita ada.. yg zino pamir tu hanya sebahagian dari koleksi kad yg ada.. ada banyak lagi, dari pelbagai syarikat minyak, dari pelbagai bank, kad paking nya lagi, kad membership nya lagi, kad ID masuk pejabat lagi.. pendek kata banyak la...ada dekat 20 kad

memang tak muat kalau nak di sumbat dalam dompet duit tu, sebahagian nya letak dalam kereta, nak guna baru keluarkan..so anda ada berapa kad? hehe