Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, April 1, 2011

kecuaian membawa padah.....

setiap masa kita perlu berwaspada berhati2 dengan apa yg kita lakukan.. apa lagi kalau kita sedang memikul amanah di tempat kerja... amanah untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.. amanah untuk menyediakan kemudahan kepada yg memerlukan nya.. jangan sesekali menganggap satu perkara itu mudah dan boleh kita ambil ringan... walau macam mana mudah sekali pun kerja itu pada pandangan kita.. perlu kita lakukan dengan sempurna dari mula hingga akhir...

sekali kita leka orang lain akan mengambil kesempatan... orang lain akan menjatuhkan reputasi kita.. orang lain mencacat cela kan segala usaha kita.. mengubah pesepsi umum terhadap kita.. akhir nya mereka akan memandang sinis kepada kita....perkara yg kecil akan di besar2kan.. perkara mudah menjadi sukar..

akhirnya berlaku perkara yg sekali2 tidak kita mahukan.. perkara yg selama ini cuba kita elakkan.. kalau kita bernasib baik perkara ini dengan cepat boleh di pulihkan... kalau kita tak bernasib baik.. luka yg pulih tetap akan meninggalkan parut.... kekal abadi di lubuk hati kita...

jangan di ulangi kelalaian ini.. jangan terlepas pandang lagi.. jangan ada alasan utk tidak dapat mengerjakan nya dengan sempurna..

Saturday, March 13, 2010

dah memang tugas.. buat je..

masing masing dah gelisah.. apa tidak nya dah melewati jam 12.00 malam tapi nampak macam pengerusi masih bersemangat nak meneruskan mesyuarat... agenda menang banyak dan tak pernah habis.. pengerusi kata since esok tak kerja kita stop jam 2.00 pagi.. what !!! tapi saya cukup berbangga dengan big bos sorang ni.. cekap dalam membuat penelitian, cepat menangkap mana mana bahagaian yg di rasakan tidak mengikut peraturan.. sehingga yg nak bagi brief tergagap gagap dan melakukan lagi banyak kesilapan.. setiap permasaalah dia ada jalan penyelesaian..

bila pengerusi keluar sekejap ke bilik air agaknya..masing masing meluahkan keluhan... bila nak habis ni.. jam dah pukul 1.00 pagi.. betul ke nak stop jam 2.00 ?? sorang pegawai bertanya.. tapi keluhan terhenti bila big bos masuk.. semua menikus semula .. tak berani nak bersuara untuk meminta jawatankuasa menangguhkan perbincangan .. biar dia yg kata berhenti baru lah boleh berhenti.. kalau dia kata kita teruskan sampai ke pagi nampak gaya nya sampai ke pagi lah... no body dare to question... banyak permohonan yg di luluskan ada yg di tangguhkan utk kajian lanjut. dan sedikit yg di tolak.. yg penting keputusan di buat secara konsisten berpandukan garis panduan yg jelas.. terpakai utk semua keadaan.. tiada pengecualian .. telus ..setiap permohonan di beri timeline.. wajib di patuhi.. kalau proses terlewat dari peruntukan bersedialah menerima lecture yg panjang..

akhirnya jam 1.15 dia sendiri yg nak berhenti.. dah tak larat.. masing masing kembali segar.. senyuman terukir secara spontan.. sebelum berpisah dia beri cadangan.. cari masa.. set kan utk bermesyuarat secara maraton, bentang semua permohonan.. buat semua keputusan.. lepas tu boleh berehat panjang...

satu cabaran......