Showing posts with label kerja kerja kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja kerja kerja. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

bos is always right ??

nampaknya kali ke dua topik ni kluar.....

bulan lepas lagi dia dah pesan minta zino buat sesuatu... tapi zino tak berapa pekenan... dua minggu juga memikir macam mana nak buat.. bukan susah sangat pun.. cuma zino tak berapa bersetuju dengan apa yg dia minta zino buat... dah berapa kali zino pinda , memula ingat nak direct je nak tulis tapi rasa macam nampak sangat melawan atak menunjukkan ketidak bersetuju tu.. pinda lagi... tulis yg agak lembut sikit tapi ayat tu tidak menyokong apa yg dia nak.. lebih umum... bila dia baca dia direct minta zino mengadap hehe

dia minta zino pinda tambah bagi lebih mantap.. untuk lebih senang dia menguruskan nya.. tapi zino tak mau pulak nanti dia akan pusing cakap bila ada apa apa berlaku.. dia lepas kami yg sangkut.. bahaya bahaya.. dan zino juga tak mau dia terkena juga.. so susah sungguh nak susun ayat supaya benda ni memang sangat perlu di lakukan mengikut cara dia... pagi tadi mengadap lagi.. dia masih sebut benda yg sama.. benda yg dia minta zino belum siapkan lagi dah janji by next week beres..

ada banyak kaedah utk selesaikan masalah... kalau plan A tak menjadi pegi ke plan B atau C dan sebagainya.. ada bos yg cari jalan selamat utk lakukan sesuatu yg penting tiada kontrovesi... ada bos pilih kaedah yg kontrovesi janji kerja beres... tengok pada keadaan perkara2 ni perlu di lakukan.. yg tersepit kita di tengah2... kena timbang baik2... cara manapun dia nak kita lakukan.. yg penting kerja beres dan tiada kontrovesi.....pening pening.....


Tuesday, February 17, 2009

satu kisah...

Petang semalam zino dapat pesanan.. "mesyuarat jumaat lepas,continue petang ni jam 4.00 di hq.." masa tu zino sedang pengerusiakan satu mesyuarat di opis.. la.. macam mana nak pegi ni..(dalam hati la..) nasib baik mesyuarat yg zino handle dapat di selesaikan jam 4.15.. sempat lagi ke hq kot...

bila sampai di hq , zino tengok ramai yg berada di luar bilik mesyuarat tu.. rupanya kat sana pun baru habis satu meeting juga.. pengerusi jemput zino masuk..
"loleh den, tak boleh nak benapeh"
"nak buek cam mano dah kojo..."

lepas tu masuk sorang lagi kawan zino dari department lain..
"ada bawa soft copy tak??" pengerusi refer maklumat yg kami bawa tu..
"alamak tak bawa le pulak tak pe nanti saya minta dia org emailkan..sekarang..
dan kawan zino tu confident je..
"nah aku punya semua dalam ni" sambil menghulurkan pendrive ..
selepas beberapa ketika..
"en, dalam ni kosong je, tak ada fail pun" kata seketeri yg ada bersama labtop dia..

"apa lah engkau ni kena tipu je dengan staff, ada ke bagi yg kosong" gurau pengerusi..
"iya ke.. nanti sat aku minta dia org hantar, buat malu aku je" jawab dia..

kebetulan department dia dalam bangunan yg sama, sekejap tu seketeri dia datang bawa disket.. sekali lagi pengerusi usik, "mano ado orang pakai disket zaman ni, itu zaman tok kadok ada la.." memang labtop yg ada tu tak boleh guna disket hehe.. sekali lagi kawan aku terkena hehe..

dalam pada tension nak menyiapkan satu task yg di pertanggungjawabkan.. gurau senda dan usik mengusik tu perlu supaya susana sentiasa ceria dan tak ada lah serious je sepanjang masa.... jam 6.30 masih tak siap lagi... (dah hampir siap la..) tapi kami perlu beredar , belum asar lagi.. dan masing masing minta excuse nak balik.. tinggal la pengerusi dengan staff dia menyiapkan tugasan yg perlu di hantar ari ni...