mercun papan
sekarang ni kata nya tak boleh main mercun... mercun telah di haramkan.... kalau main tu kira satu kesalahan... boleh kena tangkap tidu dalam lokap... kata nya la.. tapi belum start puasa lagi mercun dah berdendam dentum... malah setiap malam riuh sana sini budak2 main mercun.. betul ke budak? yang main... yg geram tu masa sembahyang tarawih pun meletup sana meletup sini dengan bunyi yg sesekali mengejutkan.. bukan main kuat ...
sebelum di haramkan dulu hampir setiap hari ada cerita cedera kerana mercun.. putus jari la, cedera sana cedera sini... akibat mercun buatan sendiri.. orang tuo kato, pandai tak bertompek.. dan menyusahkan mak bapa... asalnya mercun tu tak bahaya tapi bila dah pandai sangat mercun dah jadi bom... tapi sejak di haram kan ni kurang la cerita sedih tu di paparkan di dada akhbar2..
teringat zaman kanak kanak dulu main mercun sudah satu kemestian.. .. biasa nya ayah akan beli satu carton mercun papan yg macam dalam gambar tu.. tapi saiz yg kecik sikit la.. dan di bahagi2kan sesama adik beradik... sorang 10 papan kot... dah habis minta lagi hehe.. untuk lebih meriah kami buat pistol guna batang paip, atau kaki kerusi besi tu ke atau batang payung yg dah tak guna tu... tapi batang payung ni tak berapa kuat kena ikat dengan tali atau getah kuat2.. dua mercun akan di masukkan secara bersilang kedalam lubang pistul tu.. kira2 peluru la tu.. satu sumbu keluar dan satu lagi ke dalam... bila di bakar mercun pertama akan meletup di muncung pistol dan satu lagi meletup 10 -20 kaki di hadapan... apa lagi kami pun main la perang perang hehe... tapi tak ada siapa yg cedera pun.. hanya terkejut je bila kena tembak oleh kawan2.. hehe...
anda ada pengalaman main mercun?? cerita la...

