Showing posts with label lebuhraya LEKAS. Show all posts
Showing posts with label lebuhraya LEKAS. Show all posts

Sunday, January 18, 2009

LEKAS










lekas atau Copek adalah satu istilah yg biasa di sebut di N9 tau ke anda sekarang ada satu lebuhraya yang "lekas" utk ke seremban.. ??

sebagaimana kita sedia maklum.... terutama yang selalu menggunakan lebuhraya utara selatan , terutama yang nak menuju ke selatan , seremban dan sebagainya.. selalu kita terperangkap dengan kesesakan di lebuhraya tersebut.. terutama semasa menghampiri bandar seremban..apatahlagi di musim perayaan.. seolah olah lebuhraya telah mencapai keupayaan maksimum dan tidak mampu menampong pulohan ribu kenderaan yang menggunakan nya..

Dan sekarang telah di bina satu lagi lebuhraya ke selatan, yang sekarang ini telah hampir ke bandar seremban, sekarang baru sampai ke mantin.. lebuhraya tiga lorong yg cukup selesa, masih tak banyak kereta menggunakan nya dengan kadar tol yg masih rendah.. promosi je kot..lebuhraya ni bermula dari semenyeh ke seremban.. tapi baru di buka sehingga mantin.. kepada yg tak tau lebuhraya ni.. ikut je besraya sehingga habis dan akan bersambung dengan hiway ni.. peta yg di sertakan mungkin boleh membantu.. lepas tu berdesup sampai mantin..

hati hati semasa memandu.. ini zino bagi promosi free kepada LEKAS hehe..