Showing posts with label lubuk petai rekreasi nostalgia. Show all posts
Showing posts with label lubuk petai rekreasi nostalgia. Show all posts

Sunday, January 25, 2009

Lubok Petai dan Gunung Datuk..

Dah lama zino berhajat nak menjengok tempat ni.. last sekali zino pergi ke sana masa tingkatan 3 dulu.. kalau dulu nak sampai ke sini kami naik basikal dari kampong, lepas tu letak kat rumah berhampiran sawah dan berjalan kaki sehingga sampai ke kaki gunung Datuk..

Selepas kenduri tadi zino cuba teroka kembali tempat yg penuh nostalgia satu masa dulu.. rupanya dah boleh bawa kereta terus ke kaki gunung, rupanya dah ada chalet di tempat tu.. rupanya sawah padi tak tak ada lagi tapi bertukar kepada ladang kelapa sawit.. jalan masuk kecil bertar tapi boleh di lalui semua jenis kenderaan.. cuma bila nak berselisih dengan kenderaan dari hadapan kena lah bergensot ke tepi.. jalan tu muat2 utk satu kereta saja.. meredah ladang getah dan sawit sebelum sampai ke kaki gunung.. rasanya lebih 20 kenderaan boleh di letak atas bukit sana tu....

melihat batu2 besar tu mengambalikan kisah kisah silam masa sekolah dulu.. ada kisah di sebalik batu hehe.. lama sungguh tak datang ke sana .. air masih jernih tiada tanda2 sudah tercemar.. tapi kenapa tak datang lagi kesana ya?? adik lebih teruja bila melihat air.. nak mandi kata nya tapi kami tak ada persediaan.. tak ada persalinan.. sungguh adik tak puas hati.. hanya sekadar mencelup kaki je...janji lain kali datang lagi.. entah bila lah tu...

kepada yg berhajat nak kesana.. mudah saja.. kalau kita ikut jalan Seremban Tampin, kita akan bertemu tanda arah ke Hutan lipur Gunung Datuk .. sebelum pekan Chengkau, lepas tu ikut je papan tanda menuju kg gadong/mungkal ishaAllah anda tak akan sesat.. mari kita tengok gambar gambar ni..