Showing posts with label macam macam hal. Show all posts
Showing posts with label macam macam hal. Show all posts

Sunday, January 31, 2010

macam macam cerita..

Pagi semalam kami balik kampong.. tapi tak le pagi sangat sebab nak kena hantar fizah keje dulu.. sebelum balik tu singgah isi minyak selepas tol tu..lepas tu singgah pulak kat stesyen lagi satu nak keluarkan RM sikit.. masa kat hiway tu tengok adik je sorang kat belakang.. spontan tanya adik.. mana kakak.. ? dalam kepala ingat ada je kakak duduk kat belakang tu.. mem senyum je tak jawab.. aku mengong sekejap memikir hehe.. kakak baring agaknya kat krusi belakang nun.. mem kata .. adik tengok la abah adik ni.. kakak kan pegi kerja .. ooo lupo hehe adik pun nyampuk.. abah tu dah tua.. pasal tu lupa hehe..

kebetulan hari ni sepupu jemput ke majlis hari jadi anak sedara bujang yg besar panjang tu.. hari lahir yg ke duapulohsatu.. dah layak ngundi la ya hehe.. ada ke di pacak lilin sampai 21 batang.. penuh kek tu hehe.. acara memang meriah.. gelak ketawa adik beradik dan sedara mara yg mengusik birthday boy.. kakak sepupu den ni memang pandai masak.. so memang tak payah cakap la sodap sampai menjilat jari.. tapi biaso la den ni makan ciput je.. ayahanda di jemput utk membaca doa selamat...cerita bergambar dalam blog si erna

selepas makan kami ke rumah mem di LC.. memang dah lama tak menjengok rumah ni.. rumput yg di mesin dulu dah panjang balik.. lebih panjang dari sebelum mesin dulu.. kalau zino nak buat operasi mau berbulan juga nak habis tu.. so rasanya nak di racun dulu.. bila ada kelapangan nanti nak balik meracun pulak..sebelum tu kn cari ilmu meracun dulu..sementara tu mem mengemas di atas.. menyapu habuk dan taik cicik yg berlambak di lantai.. tak sempat nak mop pun.. cuaca sungguh panas.. sekejap dah rasa penat dan kehausan..

jam 6.00 kami dah balik semula ke KL.. janji dengan alang nak jemput dia balik.. selepas fizah balik kerja kami ke shah alam pulak.. biasa nya makan di sekitar sana.. dan biasa nya kami tau satu tempat je makan.. sejak zaman angah di shsh alam dulu asyik le makan di gerai yg sama hehe.. so malam tadi minta alang cari tmpat lain.. dia cadang ke seksyen 7.. rupanya kat sana penuh dengan pelbagai restoren.. perbagai jenama, pelbagai gaya dan citarasa lah agaknya.. semua restoren di penuhi pelanggan.. saya rasa 80% di penuhi student UiTM.. malam tadi terai di ulik mayang.. ok lah kot.. lain kali boleh terai restoren yg lain pulak...





Tuesday, October 13, 2009

lembab...

dua tiga hari ni
berlaku kelembatan yg amat sangat dengan capaian internet
maka daya usaha utk membuat posting ikut lembab..
dan terpaksa menunggu lama sistem mula belayar..
terpaksa lah tunggu keadaan pulih........

Thursday, February 19, 2009

sepetang yg menyakitkan..

Kerana TV anak ditembak

OREGON, Wisconsin 18 Feb. – Gara-gara terlalu lambat mengalihkan badannya dari depan televisyen, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditembak di punggung oleh bapanya menggunakan pistol udara atau BB gun.

Kes itu dikesan apabila kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu dalam karangan bertajuk ‘sepetang yang menyakitkan bila ayah menembak saya menggunakan BB gun’ kepada gurunya, yang kemudian membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Pendakwa raya telah mendakwa lelaki berusia 36 tahun itu pada Jumaat lalu, atas tuduhan penderaan kanak-kanak. - AP

apa punya bapak da... hehe nasib baik bukan kat malaysia... cikgu cikgu di semua tolong baca karangan anak murid anda mana tau ada kisah besar hehe..