Showing posts with label masaalah sosial... Show all posts
Showing posts with label masaalah sosial... Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

lu orang pandai pun tak boleh tolong ka??

Zino berjalan kaki dari Hq ke opis.. tak jauh pun nak seberang jalan je.. tetiba zino di tahan oleh sorang nyonya..

"tau ka mana pejabat buruh?"

"mmm (alamak tak tau pulak..) saya tak tau la.., kenapa ?"

"saya mau adu itu olang, manyak jahat, tipu sama saya... dia panggil saya kerja tapi tak la baya gaji oo, saya manyak sakit ati"

"apa kerja awak buat?"

"dia tipu saya, saya sudah lepot polis oo , lu bole talipon itu olang ka, minta dia baya saya punya gaji.. saya manyak susah oo, "

bermacam2 yg di adukan kepada zino.. nak biar dia macam tu je rasa bersalah pula.. tapi nak membantu tiada daya.. zino baca report polis yg dia buat.. dalam report tu tulis dia datang dari Temerloh, datang KL kerana di tawar kerja kilang, selepas 5 hari di arah berhenti tanpa di bayar gaji.. dia rasa di tipu.... dia pun kata polis pun tak boleh tolong.. agaknya polis yg syor dia adu di pejabat buruh..tapi yg tak tahan tu bila dia cakap..,

"lu olang pandai pun tak boleh tolong ka?"

memang mencabar betul ayat tu hehe.. zino tanya kawan2 siapa yg tau pejabat buruh.. tapi tak ada yg tau.. last last zino tanya dia nak kemana lepas ni.. dia kata nak balik Temerloh lepas dapat duit gaji.. zino cadangkan dia balik dulu ke Temerloh dan buat aduan di pejabat buruh kat sana.. biar pejabat buruh berurusan dengan KL.. akhirnya dia bersetuju dan tanya zino kat mana nak dapatkan bas nak balik Temerloh.

puh lega nak abaikan dia macam tu je tak sampai hati.. nak bantu pulak di luar kemampuan....