Showing posts with label pembedahan 2. Show all posts
Showing posts with label pembedahan 2. Show all posts

Saturday, March 14, 2009

seharian di SJMC..part2

jam 10.0 kami dah sampai ke SJMC.. bila kami sampai ipar dari shah alam telah pun berada di sana.. mengikut jadual.. MIL akan di bedah jam 1.00 nanti.. tak lama selepas kami sampai.. anak anak ipar sampai, kemudian di ikuti ipar ipar dari kampong.. oleh kerana MIL di tempatkan di bilik bersaorangan.. tetamu yg ramai tidak menjadi masaalah...

jam 1.00 baru le nurse datang untuk membuat persediaan di bilik.. kami terpaksa menunggu di luar.. jam 2.00 MIL di bawa ke bilik bedah di tkt 6, pakar bius menemuduga ipar sebelum prosidur bius di putuskan.. dan akhirnya pakar bius memaklumkan dia akan melakukan bius dari pinggang ke bawah sahaja.. makna nya dalam tempuh pembedahan MIL akan sedar ... kata pakar pembedahan mengambil masa 1/2 jam saja..

selepas ini kami hanya menunggu dan menunggu...ada satu bilik khas utk menunggu.. penat berdiri duduk.. penat duduk berdiri.. ada yg keluar .. kemudian masuk.. jam 3.00 masih menunggu.. jam 4.00 masih menunggu.. ada yg terbaring di sofa.. ada yg main game dalam henpon.. ada yg membaca.. ada yg melayan sms.. jam 5.50 baru lah Dr muncul memaklumkan pembedahan berjaya.. alhamdullilah..kakak ipar dulu masuk semula dengan Dr.. kemudian di ikuti anak anak yg lain silih berganti.. zino yg last sekali masuk.. MIL dalam keadaan sedar, tapi nampak penat.. maklumlah sejak pagi kena puasa.. biar le dia berehat.. biar le dia tidur dulu.. malam ni di ICU... memang tak boleh nak tunggu pun.. di bawah kawalan rapi nurse2 terlatih..

esok kami akan datang lagi...

bersambung...