Showing posts with label salah teknik. Show all posts
Showing posts with label salah teknik. Show all posts

Saturday, May 30, 2009

tolak je..

selepas jemput angah di LCCT semalam kami terus ke presint 14 , angah kata nak singgah rumah dia dulu sebelum datang ke rumah kami dengan kereta lain.. masa tu dah jam 1.30 pagi...sebelum bergerak balik hati dah terdetik.. dah sebulan tinggal kereta tu mau ke dia hidup?...

beberapa minit sampai ke rumah , angah call

"abah, kereta tak mau idup, nak buat macam mana?"
"otomatik ke manual?"
"manual"
"kalau macam tu boleh tolak je"
"nak abah tolong ke?"
"tak apa angah buat sendiri dulu"

aku pun terfikir juga macam mana angah nak tolak sorang2.. agaknya ada anak anak muda yg tak tidur lagi di kawasan tu dia boleh minta tolong kot.. beberapa minit lepas tu angah talipoon lagi..

"abah, tak mau idup pun"
"mm, ok lah nanti abah datang"

aku pun datang semula ke putrajaya dengan alang. dalam perjalanan tu masih memikir apa yg angah buat tadi tu.. tolak macam mana.. hehe.. bila kami sampai angah dah tunggu kat depan.. dia kata kereta kat belakang.. kalau ikut perkiraan kereta tu sepatut nya dah boleh setat pasal angah dah tolak ke kawasan yg menurun dan jauh pulak tu.. tak payah nak tolak pun kereta pun patutnya berjalan sendiri..

aku pun tanya,
"angah buat macam mana?"
"tolak la"
"lepas tu?"
"idupkan injin tak idup juga "
" la.. bukan macam tu la... hehehehe"
"abis tu?"

selepas beri penjelasan minta angah duduk dalam kereta tu, zino dan alang yg tolak.. tapi tak menjadi juga.. masih tak paham apa yg patut di buat.. so abah pulak duduk dalam tu angah dan alang yg tolak.. dalam percubaan kedua.. injin pun dapat di hidupkan..

"oooo macam tu ke?"
"tadi tu buat cam mana ?"
"tolak la.. lepas tu cuba idupkan."
"la.. patut tak idup..hehe"

kalau ikut kedudukan kereta angah sebelum dan selepas di tolak sepatutnya dah lama idup.. sampai kebelakang rumah acik dia tolah tapi kereta tak idup juga hehe. selesai urusan, kami konvoi balik ke btr.. sampai rumah dah hampir 4.00 pagi.. hari ni paling mengantuk sekali.. pagi tadi mem kerja, lepas hantar balik tu sambung boommmm.. mengantuk sangat...