Showing posts with label sejarah islam. Show all posts
Showing posts with label sejarah islam. Show all posts

Wednesday, February 25, 2009

Tariq bin Riyad



sebuah lagi buku Paklatip selesai zino baca.. lama juga tu.. kalau ikut kan hati satu malam pun boleh di habiskan..tapi pasal zino bacakan utk hazwan, kena lah ikut mood dia.. bukan setiap malam pun berpeluang membaca nya.. kadang tu bila ambil dia dari rumah mama, belum sampai rumah lagi dah tidur.. atau bila dia terpaksa tidur dengan mak, tak berpeluang la nak dengar cerita..

membaca buku karangan paklatip ni memang seronok dan rasa jemu.. habis satu episod teruja nak tau kisah selanjutnya.. tambah bersemangat bila membaca kisah pejuang islam yg berjuang bermati2an kerana Allah.. seperti kisah nya Tariq bin Riyad ,dia memilih pasukan tentera nya dari kalangan yg terbaik, bukan terbaik dari kelengkapan senjata dan bukan juga terbaik dari segi kemahiran menggunakan senjata, tetapi memilih di kalangan mereka yg lebih bertaqwa kepada Allah.. dan mereka berjuang semata mata kerana allah bukan kerana habuan yg bakal di perolehi atau sebagainya..walaupun di medan perang mereka tidak tinggal sembahyang tahjud sepanjang malam..

Walaupun dengan bilangan tentera yg sedikit berbanding tentera musuh tetapi tentera islam tetap tidak gentar atau merasa gerun untuk menegakkan kalimah Allah.. mereka berjuang kerana mahu kemenangan atau syahid.. semangat juang ini kalau masih ada dalam hati setiap umat islam dewasa ini sudah tentu umat islam akan terus mencipta kejayaan.. tidak le mereka di tindas dan di perkecilkan oleh musuh2 islam.. bilangan tidak penting.. yang penting keyakinan dan keikhlasan untuk berjuang semata mata kerana Allah..

syabas kepada paklatip yg telah berjaya menghasilkan novel2 berunsur sejarah islam yg memang tidak jemu di baca, mudah di fahami dan boleh menaikkan semangat juang di dalam sanubari kita.. sudah tentu zino akan mencari judol2 karya paklatip yg lain dan menanti kelahiran novel sejarah Mat Kilau.. hehe