Showing posts with label selesa. Show all posts
Showing posts with label selesa. Show all posts

Saturday, March 21, 2009

Demi keselesaan...





yg ni gambar je.. yg kami beli lebih kurang gambar yg no satu tu...

memula zino surf dalam tenet kat mana nak cari .. ada lah beberapa syarikat.. tu.. salah satu tu ada laman web, zino pun anta email bertanya dan mohon advice.. dua tiga hari lepas tu dapat le jawapan nya, mencadangkan zino beli yg atomatik punya kos boleh tahan juga..

dua hari lepas mem bagi tau ada sebuah kedai di Taman Midah... jual benda2 tu.. la.. dokek yo tak ada pulak alamat dia dalam tenet masa zino surf.. semalam pegi lah tengok.. tak ada lah nak beli yg otomatik.. nak cari yg manual operate saja.. sesuai dengan bajet.. yang penting fungsi yg kami nak tu ada.. boleh tegakkan bahagian belakang.. boleh bengkokkan bahagian kaki.. tambah dengan tilam angin tu.. utk menambah lagi keselesaan..

petang tadi dah pun di hantar ke rumah.. dengan resmi nya MIL dah pun baring menggunakan nya.. muga dia selesa.. mudah nak duduk, mudah nak baring.. petang tadi juga pembantu yg di cari telah kami jemput datang ke rumah.. so mulai malam ni ada lah teman MIL tidur.. ini pun utk menambah keselesaan.. yg terbaik yg boleh kami lakukan..

mari kita sama2 doakan dia cepat sembuh.. dan boleh berjalan kembali....