Showing posts with label sodoku. Show all posts
Showing posts with label sodoku. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

masa lapang...

apa yg kita paham tentang masa lapang... masa terluang di mana kita tak ada aktiviti kursus yg hendak di lakukan ? atau masa yg kita peruntukkan utk membuat aktiviti lain yang tiada kaitan dengan kerja atau sebagainya.. semua orang ada masa lapang atau memasing memang tak cukup 24 jam sehari..hehe

cuti hujung minggu merupakan masa lapang utk kita.. ini lah masa utk beriadah bersama keluarga atau kawan.. melaksanakan aktiviti yg menjadi hobi seperti memancing, berkebun, menonton, bersantai di pantai atau di bukit2.. tidur hehe dan sebaginya.. pendek kata seribu satu macam benda yg boleh kita lakukan.. untuk merihatkan minda selepas bertungkus lumus bekerja atau belajar...

Dan baru baru ni zino dapat satu aktiviti untuk mengisi masa yg terluang.. sambil menunggu makanan yg di oder sampai ke.. hafizah asyik dengan benda ni.. siap minta belikan buku dia lagi.. lama lama teringin nak tau dan minta le dia ajar.. hehe.. sedikit demi sedikit baru le rasa berminat utk melakukan nya.. tapi tak le se laju fizah.. mana mana yg tak dapat di selesaikan dia akan membantu dengan mudahnya.. hehe..

pernah dengar SODOKU..? mungkin ramai yg dah tau permainan ni.. game ini boleh menajamkan minda dan fikiran ,mengajar kita utk bersabar.. bertenang.. tidak mudah rasa jemu dan jangan putus asa.. cuba la...?