MBSA tawar RM1 bagi seekor tikus ditangkap
SHAH ALAM 26 Dis — Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan RM1 bagi seekor tikus yang ditangkap di sekitar kawasan pangsapuri di Seksyen 16 di sini sempena Kempen 3K iaitu kebersihan, kesihatan dan kitar semula di kawasan itu hari ini.
Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohtar Hani berkata ganjaran wang tunai itu ditawarkan sebagai galakan supaya penduduk di kawasan sekitar mengambil bahagian dalam kempen itu.
"Kita tawarkan RM1 bagi setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap di kawasan pangsapuri terawal dibina di Shah Alam ini untuk memastikan kempen 3K pada hari ini berjaya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 3K di kawasan itu hari ini.
Katanya kempen 3K akan diadakan secara berterusan bagi mendidik penduduk supaya sentiasa prihatin dengan kebersihan kawasan tempat tinggal mereka kerana persekitaran yang kotor akan mengundang binatang perosak terutamanya tikus sekaligus berisiko menyebarkan penyakit berbahaya.
kawasan flat belakang rumah zino ni pun berlambak makluk perosak ni.. kucing pun tak berani dekat..masing masing nampak buat tak kisah je.. hehe
