Saturday, May 15, 2010

shopping di Low Yat...

pagi tadi kami ke Low Yat.. tak payah tanya lah kan kalau ke low yat tu dah tak ada benda lain yg nak di cari.. jalan pulak ada yg tanya beli baju ke?? hehe kat sana mana ada benda lain selain komputer, talipn dan kamera.. ada ke? entah yg zino nampak tak ada lain selain benda yg di tulis tu..

orang kat sama semua nya ramah tamah, mesra alam senyum sokmo.. kalau tak caya cuba lah ke sana pegi lalu le kat mana mana kedai mesti ada yg akan menegur, baik melayu cina atau pun india .. macam 1malaysia je hehe.. kadang kadang terfikir juga , bagaimana persaingan perniagaan di sana ya, semua jual benda yang sama , offer benda yang sama, pamir benda yg sama.. tapi mereka masih boleh bersaing, masing boleh maju..kalau kedai melayu agaknya ada yg kena santau hehe

modal yang mungkin memisahkan mereka kemahiran berkomunikasi, pengetahuan teknikal berkaitan barang yg di jual, dan budi bahasa bila berbicara.. baik lelaki baik perempuan baik muda baik yg sudah berusia.. yang penting setiap yg lalu lalang tu ada bakal pelanggan, mereka akan berusaha memberikan layanan, memberi penjelasan teknikal yg ada masa nya zino pun tak paham hehe cuba lah singgah bertanya, mereka akan memberi tumpuan sepenuh masa utk memberi penjelasan.. silap hari bulan dari jalan jalan anda akan terpengaruh utk membeli.. yg buta IT macam zino ni tentu nganga besar hehehehe

oops cerita sebenar tak masuk lagi ni.. so tadi tu alang cari laptop , ganti yg hilang dulu, dia tak le beriya iya nak beli cepat tapi sponser yg beriya iya nak belikan cepat.. macam orang mengantuk di sorong bantal je lah alang.. sudi je.. alang bebas mencari brand yg dia nak , alang bebas pilih spesifikasi yg dia perlu tapi tidak melebihi had penajaan.. hehe bila semua nya selaras.. laptop pun bertukar tangan.. zino tak tengok sangat tadi kepala weng je.. biar dia dengan mem je.. sampai nak lunch pun tak larat, sakit sangat.. balik je tadi terus boom.. plan sebelah petang terus terbengkalai..

makan besar

malam tadi zino menerima jemputan makan malam di rumah Bos No 1, bukan le zino sorang tetapi semua pegawai kanan di jemput datang.. yang paling best semua masakan tu di masak sendiri oleh bos no.1.. bukan satu bukan dua tapi 25 jenis masakan yg di sediakan... pelbagai rasa.. pelbagai resepi.. zino makan semua ke? oh tidak.. mana larat.. zino cedok mana yg pekenan di hati.. sedap dan menyelerakan.. dah kueh mueh pulak di sediakan oleh mem bos.. kata nya juga pandai masak..

terima kasih bos.. lain kali jemput la lagi pasti kami akan sampai.. mana boleh tak datang kan nanti di kata tak ikut arahan hehe.. semuga bertambah rezeki bos dan keluarga..


Wednesday, May 12, 2010

biskut lemak..yg enak..


setiap kali balik kampong adik berselera betul makan biskot lemak kat rumah uwan dia..
biskut lemak yg kami beli di KL apek pun pun tak..
air nescafe uwan di pun sangat sedap hehe..

kenapa ya?

Monday, May 10, 2010

ronda ronda hari minggu..

satu permandangan dalam suria KLCC

KLCC dari dalam suria

ada gaya tak?

budak bijak masa depan.. inshaAllah..

santai..di sekitar suria..


selepas adik berjaya pujuk abah sarapan di Mc D gilira kakak pulak buat plan, katanya nak ke KLCC mencari buku.. dalam fikiran zino teruskan teringat kedai buku MPH di mid valley.. menonong je drive kereta ke mid valley bila dah dekat ak sampai mem tanya nak pegi mana ni? selamba je jawab kedai buku la.. tak perasan pun zino sudah jauh melencong ke distinasi yg di tuju..terpaksa cari tempat u-turn utk ke KLCC semula hehe..

Sampai ke KLCC kakak terus menuju kedai buku di tingkat atas tu.. apa tah nama kedai tu tapi memang cukup besar.. cari punya cari tanya punya tanya.. buku yg di cari belum sampai di pasaran.. entah apa buku la tu.. so what next.. level bawah kedai buku tu panggong wayang.. apa lagi plan tak di rancang seterusnya tengok wayang.. pun zino lupa apa tajuk cerita tu.. layan je kehendak mereka..

habis wayang perut pun keroncong.. apa lagi acara seterusnya makan makan.. lalu di pertosain tu.. adik pulak merengek nak masuk tengok.. lepas makan kami berdua ronda pulak dalam petrosain tu.. mem da kakak tunggu kat luar.. nak jimat kos hehe.. belum sempat ronda alang pulak call, dah sampai rumah tapi tak bawa kunci.. ohh alah..terpaksa lah di lajukan lawatan kami kat dalam tu..

sekian lapuran hujung minggu..


Saturday, May 8, 2010

sekitar hari usahawan...

karoke ada

adik cuba skill membaling.. hehe

bakal pemain golf professional..

kat sini yg paling ramai peminat..

ramai nya nak masuk rumah hantu..
rasa nya hantu pun cabut lari tu hehe

Friday, May 7, 2010

bila akan berakhir????

SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.

Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.

sedih, sayu, geram, marah, benci...simpati, ....

bila akan berakhir ????

Wednesday, May 5, 2010

anak abah ..

penat sangat la tu.. puas nak kejut...

Monday, May 3, 2010

don't leave home without it..

setiap kali keluar rumah apakah barang yg perlu di bawa bersama ?? kalau tertinggal makna nya anda sanggup patah balik untuk mendapatkan nya.. sangat berguna utk ke mana saja..contoh macam org dalam kereta tu.. kemana pergi akan di angkut bersama hehe

bagaimana anda??

Saturday, May 1, 2010

perjumpaan ahli keluarga Hj Sail..

hazwan dengan sepupu dia, di belakang ayah dan mak zino

sebahagian dari ahli keluarga yg sedang beratur utk mengambil makanan..

sebahagian lagi..

dan di sini..

Majlis bacaan yasin turut di adakan...

Haji Sail merupakan moyang zino.. iaitu Datuk kepada Mak zino.. zino tak berkesempatan bertemu dia.. Haji Sail mempunyai 5 orang anak.. uwan zino merupakan anak yg bongsu.. dan satu2 nya pempuan.. dan uwan zino pulak ada 6 orang anak.. mak zino juga anak yg bongsu.. perjumpaan tadi adalah pertemuaan dari seluruh keluarga anak cucu dan cicit datuk datuk zino tu.. maknanya keluarga ni dah semakin besar.. cuma tadi tak di istiharkan last count berapa ramai ahli keluarga Hj Sail setakat ni.. sepatut nya itu salah satu matlamat..

zino menyokong pertemuan ini, sekurangnya dapat juga berkumpul dan beramah mesra bersama sedara mara sepupu sepapat semua.. tapi malang nya tidak jelas matlamat yg ingin di capai.. zino tidak terlibat dalam penganjuran.. ramai abang abang sepupu yg lebih senior dan berpengaruh menjadi peneraju.. kami balik sebagai peserta.. tak boleh nak komen banyak.. sungguh sayang sekali.. perjumpaan seumpama ini bukan boleh di anjur selalu.. bukan juga dapat di buat setiap tahun.. tapi kemesraan tidak banyak berubah dari awal pertemuan dengan akhir pertemuan.. itu pandangan peribadi zino..

Memang di akui.. dan perlu mengucap syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya mengumpulkan ramai sedara mara jauh dan dekat.. sejak awal tertunggu tunggu juga ada ke nanti sesi suai kenal ? sekurang kurang nya memberitau kami siapa cucu cicit Dang ulong, sape cucu cicit dang alang, dang andak ?? , siapa dari mayon, siapa dari gadong dan siapa pula dari pulau sebang?? chengkau dan sebagai nya.. berapa ramai semua nya ahli keluarga Hj Sail sehingga kini?? berapa ramai dua pupu kami..?? tiga pupu anak anak kami..?? memang ada buku disediakan masing masing ada yg menulis nama, menulis nama ahli2 keluarga.. tapi tak di tulis siapa datuk siapa moyang supaya boleh di kumpul salisah dan di bukukan..

tetiba keluar cadangan menubuhkan koperasi... agaknya ini agenda utama perjumpaan.. agaknya AJK telah berbincang pasal penubuhan koperasi ni.. pada pandangan zino bagaimana koperasi nak berjaya kalau sesama ahli masih belum mesra.. kebajikan ahli keluarga patut di beri keutamaan.. terlebih dahulu.. bantuan bila ada kenduri kawin, bantuan persekolahan anak cucu ahli yg memerlukan.. khairat kematian ahli keluarga.. dan pelbagai bentuk sumbangan dan tabung boleh di fikirkan dan di bincangkan.. tatapi untuk mencapai matlamat tersebut perlu ada kesefahaman, perlu saling kenal hati budi perlu ada ikatan yg erat.. facebook ada, blog pun ada.. atau sekurang2 nya email dan talipon ..media ini boleh diguna untuk seluruh ahli keluarga berinteraksi.. tetapi malang perkara ini tidak di sentuh.. perkara ini tidak di jadikan agenda utama.. atau perkara ini akan berlaku secara perlahan di masa masa akan datang.. mungkin juga zino silap..

perkara yg paling minima yg zino minta dengan pihak penganjur supaya berkumpul untuk mengambil gambar kenang2an tidak di layan.. memang terkilan.. gambar2 yg di ambil semua nya kandid semata.. klik sana klik sini peduli apa kan.. hehe.. marah ke?? tak lah .. sebagai ahli keluarga zino tetap sokong penganjuran ini.. ramai yg dapat hadir tapi ramai lagi yg tak hadir.. mungkin masing ada urusan urusan yg tak dapat di elakkan.. kalau di adakan lagi di masa masa akan datang kami akan tetap menyokong..

tak tau la apa pendapat sedara mara yg lain..

itu yg tertangkap??

Pesalah lalu lintas paling banyak tawar rasuah - SPRM

30/04/2010 3:16pm

PUTRAJAYA 30 April - Pesalah lalu lintas adalah paling banyak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memberi suapan bagi tempoh Januari sehingga hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, golongan itu merekodkan 21 kes daripada 64 tangkapan yang dibuat suruhanjaya di seluruh negara bagi tempoh tersebut. Golongan kedua tertinggi ialah pendatang asing sebanyak 19 kes membabitkan permit kerja, diiikuti pihak yang cuba menutup kes jenayah yang dilakukan sebanyak tujuh kes, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata lain-lain kesalahan ialah berkaitan penyitaan kenderaan (enam kes), lesen perniagaan (tiga), dadah (tiga), pembalakan haram (dua) dan masing-masing satu kes untuk mempercepatkan urusan dan mencuri elektrik. Kesemua kes suapan itu membabitkan nilai keseluruhan RM200,000 dengan nilai tertinggi RM35,000, kata Mustafar.

Beliau berkata tujuh kes telah dibawa ke mahkamah mengikut akta suruhanjaya. - Bernama

kadang kadang tertanya2 juga bila sesaorang pesalah trafik yg di tahan lama di tepi jalan tu.. mmmm