Wednesday, July 6, 2011

kisah doreyan

yg ni real wajik yg mak buat..

Bila bercerita pasal wajik doreyan ni teringat kisah kami adik beradik dan sepupu sepapat di musim doreyan... kami tak ada lah dusun doreyan macam orang lain tapi di kampong tu dulu banyak la pokok doreyan di tanam oleh jenerasi terdahulu... setiap kali musim doreyan kami merasakan satu keseronokkan.. hehe

pokok doreyan tu ada lah dalam 10 batang kot.. tapi buah nya banyak cukup la utk se isi kampong adik beradik mak dengan anak cucu masing masing... satu je yg uwan pesan ambik la makan la tapi jangan bergaduh.. so kami pun semacam sepakat utk sama sama menjaga pesan orang tua... setiap orang mempunyai kraetiviti masing masing utk mendapat kan bahagian .. bukan macam kat dusun boleh la di gilirkan satu hari utk sedara ni satu hari lain utk sedara yg lain.. ni doreyan depan mata hehe so pandai2 la..


contoh je bukan doreyan kg zino ni...

sebahagian pokok tu berada di dalam semak samun, ada juga yg berada di laman rumah.. so boleh bayangkan bila doreyan tu gugur.. macam telinga lintah masing masing hehe.. sape dapat dia punya.. hehe. bila malam masing masing berlumba2 siapa dulu yg pergi menyuloh doreyan hehe.. zino salah sorang yg berani keluar memalam sensorang masuk kedalam semak tu utk mengutip doreyan.. trill betul.. seram sejuk di buat nya.. satu musuh masa tu semut hitam yg kalau gigit tu tak kan lepas walaupun kepala bercerai dengan badan, kali panggil kelingkiak.. tah apa nama saintifik nya.. kalau terpijak alamat di hurung nya kaki ... alamat tak kemana lah sakit nya tuhan je yg tau... boleh nangis ooo...


ni lah rupa semut tu...
tengok la kepala dengan kepit dia tu hehe

yang penting kami tak pernah bermasam muka pasal doreyan ni.. persefahaman yg sangat baik.. ada juga satu masa dulu zino dengan sepupu yg lain berpakat utk mengutip bersama sama dan bahagi sama rata.. siap buat bangsal kat dalam hutan tu.. tapi sekarang semua tu tinggal kenangan.. oleh kerana pokok doreyan tu berada di dalam kawasan kampong, bila ada sedara yg pencen dan balik kampong sebahagian kawasan tu di terangkan utk jadi tapak rumah.. pokok doreyan pun di korbankan sama.... akhir nya pupus la pokok2 tu.. dan sekarang di penuhi rumah rumah ...

sekarang ni kalau nak doreyan tunjuk je lah hehe

Tuesday, July 5, 2011

Rojak buah....





ini salah satu alasan kenapa kami duduk lama di satu majlis kawin yg di hadiri... sambil sembang sambil makan rojak buah yg enak.. rasa macam nak tambah lagi tapi sogan den hehe... ini satu idea kalau nak buat majlis dan nak tetamu duduk lama sikit hehe...


Sunday, July 3, 2011

GPS

Apa itu GPS?..

gps ialah sistem kedudukan global.. adalah sistem berasaskan satelit navigasi yang terdiri dari rangkaian 24 satelit yang di letakkan di obit oleh Jabatan pertahanan Amarika syarikat.. pada mulanya gps hanya untuk kegunaan ketenteraan tapi dalam tahun 80 an..kerajaan membuat sistem sedia ada utk kegunaan awam..gps bekerja di mana mana dalam keadaan cuaca, di mana mana di dunia, 24 jam sehari tanpa yuran langganan atau caj pemasangan utk menggunkan GPS....

zino dah beberapa kali menggunakan panduan GPS utk mengesan distinasi yang hendak di tuju.. terutama tempat yg sangat asing .. sistem ini dapat mengesan di mana saja kita berada, speed kenderaan yg kita pandu.. dan memberi tunjuk arah yang sangat jelas laluan yg sepatutnya kita ikut utk sampai ke distinasi.... sekira nya kita decide utk tidak mengikut laluan yg di cadangkan sistem akan membuat cadangan baru mengikut laluan baru dengan mengambil kira laluan yg telah alihkan ..

yg menariknya sistem yang saya guna tadi memberi tau saya tidak boleh menaip arahan semasa memandu.... hehe dia tau pulak amsa tu zino sedang memandu.. dah stop baru dia layan hehe.. bijak bijak.. pendek kata kalau kita memerlukan bantuan utk ke satu2 distinasi gunakan GPS cari lah sistem yg boleh berkata kata sekali nanti dia beri tau bila nak masuk simpang , koner kiri koner kanan...


ada banyak sistem di pasaran boleh dapatkan secara percuma je...

Friday, July 1, 2011

tahniah bos

Petang tadi semasa bos dalam bos dalam perjalanan ke satu majlis... dia menerima panggilan utk berjumpa BIG bos dengan segera... maka dia bergegas ke pejabat bos.... bial dia sampai beberapa bos lain dari perbagai jabatan telah pun berada di sana.. setelah mendengar penerangan dari BIG bos.. beliua menerima watikah yg di tunggu tunggu selama ini....

banyak cerita cerita di luar sama dengan pelbagai versi... ada yg kata urusan kenaikkan grade di tangguhkan.. ada yg kata beberapa bos yg sepatutnya dapat tak dapat kerana ak beri laluan kepada bos lain.... dan yg paling menakutkan cerita yg kata bos kami tak dapat kerana ada pihak yg telah melobi di pihak yg lebih atas..... semua cerita ni membuat semua orang gundah gelana..

akhirnya kabar angin angin tetap kabar angin... BIG bos langsung tak termakan dengan semua tu, tidak berganjak se inci pun dari keputusan asal dia.. tidak termakan dengan pujuk rayu dan tekanan dari sesiapa pun.. dia bagitu tegas dengan keputusan nya dan bertanggung jawab dengan apa yg di putuskan... sehingga dia pernah cakap kalau ada pihak yg berani mengubah apa yg telah di putuskan dia akan letak jawatan....

sekurang2nya setelah beberapa BIG bos silih berganti dia melakukan sesuatu untuk menjaga kebajikan kami..... jasa ku tetap akan kami kenang.. walaupun ramai yg marah dengan sikap dan cara dia bekerja.... itu itu baru round pertama..... round kedua masih lagi berita angin.... hehe

Thursday, June 30, 2011

kalau padi katakan padi......

sebelum ni zino ada hint kan satu berita besar bakal keluar..
malah kabar2 angin telah bertiup kencang..
ramalan juga sudah pelbagai...
kemana pergi ramai bertanya..
siapa yg dapat?
berpindah ke?
terlibat ke?
dan macam2 pertanyaan lagi.....

yg hampir pasti bos bos bakal menerima habuan mereka...
pasti tidak tergugat....
malah rasanya dah boleh berangan angan....
yg lain masih tanda tanya..
tempat terhad calon ramai ..
agaknya lobi melobi pasti berlaku..
maklum lah peluang bukan selalu..
kena lah tunjuk muka..
kena lah tunjuk rajin..
kena lah tunjuk pandai..
kena la itu kena lah ini...
kalau dengan itu mereka dapat..
itu rezeki mereka..


aku???
seperti biasa..
tak ada yg berbeza...
rezeki di tangan Nya..
kalau ada alhamdulilah..
kalau tidak berserah kepada Nya..
Dia yg lebih tau..
Dia yg lebih paham..
Dia maha berkuasa......


Monday, June 27, 2011

mana yg lebih berat??

pagi tadi perkara ni di bincangkan....panjang lebar... tindakan bakal di ambil.. hukuman boleh jadi mandatori mengikut kes masing masing.. tapi tak perlu lah zino beritau secara detail dimana siapa yg terlibat dan berapa ramai masa bincang tu.... yg penting zino nak ajak kawan2 mengupas isu ini...

persoalan nya berkait antara kita dengan majikan... diantara perbuatan berikut yg mana paling berat kes nya pada pandangan anda dan yg mana paling ringan dan mengapa?? macam soalan SPM pulak...

pertama: datang lewat, atau lambat.... agak nya di mana mana pejabat kerajaan ke swasta ke ada di kalangan pekerja yg datang lambat sekali dua tu tak pe juga tapi secara konsisten dia ni selalu lambat... dan bila dah lambat kemuka perbagai alasan....ada kala kita baca pun nak gelak main letak je tah apa apa alasan nya dengan harapan alasan di terima...

kedua: dah le datang lambat tapi upah kawan atau ada kawan yg simpati tolong punch kan kad dia.. kalau dia muncul kat opis ontime boleh maaf lagi la tapi terus lost in action.. pepetang kang baru muncul dan nampak batang idung... ada ... tapi tak ramai la yg ni betul2 bebal..

ketiga: monteng kerja.. ini satu lagi penyakit kronik yg berlaku di kalangan pekerja... dia langsung tak hadir bertugas.. langsung tak apply cuti.. tau tau ilang je esok lusa dia muncul balik... marah le cam mana sekali pun... orang macam ni memang tak boleh di harap.. tapi masih juga kekal bekerja di mana mana...

ke empat: selalu MC.. biasa nya di lakukan agaknya bila cuti tahunan yg di peruntukkan tidak mencukupi...dan dia ni banyak sangat urusan peribadi sehingga tidak memboleh kan nya bertugas.. jalan mudah ambik MC......hospital kerajaan ke swasta ke...

ke lima : mengemukakan sijil cuti sakit palsu.. ini sudah di kira satu kes yg berat.. tidak jujur dengan majikan dan menipu.. kes seumpama ini di anggap berat dan hukuman nya juga berat...lagi best tu cuti sakit palsu yg di kemukakan seolah2 di keluarkan dari hospital kerajaan cuma dia kurang bijak... perbuatan dia dapat di kesan.. dan sekarang berhadapan dengan tindakan..yg mungkin juga berat!!!!... abis tu yg lain tu tak berapa berat ke???

bincangkan....

Saturday, June 25, 2011

memang la tak paham!!!!

Ketidakfahaman punca komputer mudah digodam

24/06/2011 7:13pm

KUALA LUMPUR 24 Jun — Ketidakfahaman dan kegagalan pengguna Internet untuk memahami fungsi perisian komputer memberikan laluan mudah kepada penggodam untuk menyerang komputer mereka sewenang-wenangnya.

Naib Presiden Cyber Security Responsive Services, Adli Abd Wahid berkata, kebanyakan pengguna Internet di negara ini tidak tahu cara-cara perlindungan yang betul bagi memastikan komputer dan data mereka selamat. Malah ada yang tidak mengetahui fungsi sebenar perisian “Firewall” walaupun sudah menggunakan Internet dengan begitu lama, katanya semasa ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24.

"Justeru, mereka perlu peka dan mengambil langkah proaktif untuk melindungi data dan sistem komputer mereka. "Sebagai langkah persediaan, pengguna perlu memiliki dan memahami ilmu teknologi maklumat (IT) dengan sebaik-baiknya terutamanya mengenai isu keselamatan siber. "Mahu tidak mahu, setiap pengguna perlu mempunyai ilmu IT kerana dalam era ini kita menggunakan komputer dan Internet secara meluas dalam kehidupan seharian,” katanya.

Adli berkata, tindakan penggodam yang tidak dikenali menyerang laman-laman web kerajaan baru-baru ini memerlukan pihak berkuasa, organisasi, pengguna Internet dan pentadbir web agar lebih peka dan mempersiapkan diri berdepan dengan serangan susulan. - Bernama

pentagon, CIA, dan banyak lagi laman web yg canggih manggih yg pada asas nya tak sepatutnya booeh di godam pun kena godam ini kan pulak orang biasa..mana lah nak belajar semua benda tu... laman web kerajaan pun hancus kena godam... sekarang jawab siapa yg patut lindungi pengguna ni???

Thursday, June 23, 2011

ada ke patut..

tadi zino hadiri satu mesyuarat di PJ... perjumpaan kali ini untuk meneliti satu cadangan projek penswastaan... melibatkan pelaburan luar negara kata nya... itu bukan isu yg nak zino bincangkan... bila melibatkan pelaburan luar ada wakil dari luar tu datang sekali... dan ada sorang minah ni..

dia merupakan CEO syarikat yg melabur tu... atau sekurang2nya dia lah wakil syarikat yg berpusat di oversee.. mempunyai kepakaran dalam business.. PHD la katakan... tapi tak guna pun pangkat Dr yg biasa kitapanggil bila dah ada kelulusan tinggi tu.... dan ini pun bukan isu sebenar... perbincangan awal tidak melibatkan syarikat dia.. kami je bincang.. bila tiba masa jemput dia masuk tiba tiba...

semua mata terbeliak...agak2 nya la kot bila minah salleh ni selamba je masuk bilik mesyuarat dengan berseluar pendek!!!! betul seluar pendek yang pendek.. maka terselah la apa yg tidak di tutup.. alahai.. ni nak datang meeting ke apa ni.. tak sempat tukar pakaian ke minah ni tadi? rasanya kalau dia datang ke pejabat zino sure dah peka halau dengan pakgad... kenapa pengawal di tempat ni tak perambat dia ya...dalam bilik tu bukan dia sorang je pempuan ada ramai lagi yg lain semua bersopan dia je yg tak geti bahasa... dan ini bukan kali pertama...

kami dah galak kali jumpa minah ni... kalau geram sangat berunding dengan dia ni bantai cakap melayu je .. terpinga pinga dia minta partner dia translate hehe..dia dah lama kat Malaysia masih tak mau paham adat resan kita kat sini dia buat selamba dia je.. suka sangat buat hal2 yg kontovesi.. tapi apa apa yg menjejaskan kepentingan pihak kami zino tetap pertahankan walaupun dia datang dengan gaya mendebarkan.. hehe.. no play play hehe..

Monday, June 20, 2011

menanti berita baik...

tentu lah kan kalau kita menanti satu berita tu biar le berita yg baik... berita yg boleh mengumbirakan... gumbira kepada yg punya diri atau kawan kawan yg mendengar nya... ada kala nya kita juga terpaksa terima apa saja keputusan yg di buat... kalau itu satu ketentuan kita kena redha dan pasrah...jangan sesekali ada rasa kesal dan kecewa..

Diluar sana telah mula bercerita... entah apa yg di ceritakan zino tak mau ambil tau.. tak mau sok sek sok sek sama utk menambah rencah cerita yg belum pasti.. tak mengapa lah... biar le di tunggu cerita resmi dari pihak pihak sepatutnya.... ada satu sms dari kawan zino siang tadi... menceritakan cerita gumbira di tempat dia... dan nak tau apa berita dari sini... ringkas je zino jawab entah... hehe

pagi pagi esok akan ada satu perbincangan... ayuh kita tunggu esok saja ya hehe...

Sunday, June 19, 2011

susahnya nak naik pangkat......

CUEPACS minta kenaikan pangkat selepas kursus


2011/06/19

ALOR SETAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar di bawah Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (PROSPEK), penjawat awam terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu berlaku kekosongan jawatan.

"Kita membantah jika kenaikan pangkat hanya diberi apabila terdapat kekosongan jawatan kerana objektif PROSPEK tidak tercapai. Apabila pulang dari berkursus mereka hendaklah dinaikkan pangkat," kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Beliau berkata, CUEPACS juga menuntut pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan.

"Dulu masa ada PTK (Penilaian Tahap Kecekapan), kita ada aras melintang dan menegak tapi dalam PROSPEK konsep melintang dan menegak tiada. Jadi kita mahu ia digantikan dengan tiga kenaikan, baru ada perubahan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pegawai-Pegawai RISDA Kedah di sini hari ini. Beliau berkata, CUEPACS sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara berhubung pelaksanaan PROSPEK.

Katanya, terdapat beberapa perkara yang tidak disentuh dan perlu dimasukkan dalam PROSPEK supaya terdapat perubahan lebih baik berbanding PTK. "Antara permintaan lain CUEPACS ialah pelantikan panel berwibawa bagi membuat penilaian terhadap penjawat awam selain dua pegawai mewakili kesatuan sekerja supaya penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama," katanya.

Omar juga berkata, CUEPACS tegas dengan tuntutannya mengenai penyelarasan elaun sara hidup kepada RM300 untuk semua penjawat awam dan imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM350 dari RM180. - BERNAMA

kudrat di kerah sampai ke keringat terakhir di perah di henyak di arah... tapi bab naik pangkat banyak sangat halangan nya... kalau pegawai PTD mencanak canak naik pangkat... ini lah hakikat yg terpaksa di telan oleh pegawai teknikal... nampak nya tak guna jadi orang pandai ni...