Sunday, May 18, 2014

Go Green

Assalamualaikum

Sumber tenaga semakin berkurangan.. dan semakin mahal.. alam sekitar juga semakin tercemar akibat pencemaran carbon dan sebagainya . banyak usaha telah di jalankan utk mencari sumber tenaga altenatif. mengoptimumkan sumber sedia ada  dan mengunakan sumber tenaga semula jadi seperti air angin dan cahaya matahari.. seperti tenaga solar dan sebagainya.. maka timbulkah isu green building.

Dari segi istilah "green building refers to a structure and using prosess that is environmentally responsible and resourse efficient throughout a building's life-cycle. from siting to design, construction, operation, maintenance, renovation, and demolition. This required close cooperation of the design team , the architects, the engineers, and the client at all project stage. The green building practice expands and complements the classical building design concerns of economy, utility, durability, and confort"

ada banyak artikal kalau nak tau lebih lanjut berkait green building ni.. saya juga berkesempatan utk melihat sendiri usaha dan kempen yg di jalankan di korea bagaimana mereka menggalakkan mengamalkan green building dalam bangunan yg di bina.. jom kita kesana...


bangunan di mana konsep 
green building di jalankan


ahli rombongan 



tenaga angin utk 
jana elektrik


penggunaan tenaga solar 

pegawai yg memberi taklimat 
green building


panel solar yg bergerak 
mengikut kedudukan matahari


majlis penerangan 












cahaya matahari dari bumbung..
boleh memberi cahaya bilik waktu siang




setiap bahagian dari dalam bangunan 
tu di kawal utk mengoptinum penggunaan 
tenaga.




suhu dalam setiap bilik 
boleh di kawal secara remote 


lihat jenama tu hehe


ruang bilik yg boleh di ubah suai 
utk pelbagai kegunaan.  




tingkap juga di rekabentuk utk 
menjimatkan tenaga, mengawal suhu 
dan bunyi dari luar 


nak tau lebih lanjut kena lah kesana hehe



Monday, May 12, 2014

Bencana alam

Assalamualaikum..

Petang tadi kami ke TESCO..masa tu belum hujan lagi . Bila sampai situ baru dengar hujan .duduk dalam bangunan tu tak perasan la lebat mana hujan tu.. ada la dalam 1/2 jam dlm tu.. Selesai shopping balik la...  habis tu kalau tak balik nsk tidu situ ke hehe.. masuk je rumah terkejut.. air melonda londa kat lantai bawah.. dengar juga air menitik.. ahh sudah rumah dah banjir. Dalam hati terfikir ini mesti air dari bilik alang.. tempias dari balcony belakang.. dulu dah pernah jadi sekali. Saluran air tersumbat penuh satu rumah banjir. 

Bila naik atas bilik alang ada air kat pintu je. Bilik kakak pun kering. Tengok siling kering tak ada tanda bumbung bocor ke apa.. tapi air banyak kat lantai terutama master bedroom.. lantai parque.. ada yg terapung2 dlm air. Operasi mengelap pun bermula... Ada tiga baldi kot air yg di keringkan dari lantai atas dan bawah.. tetiba dengar mem menghempaskan sesuatu di bawah masa zino mengemop di bilik atas.. rupanya mem pegang extension cable yg telah di rendam air.. dan terkena renjatan nasib baik tak apa apa.. zino turun terus matikan suiz dan cabutkan plug.

Dalam pada bertungkus lumus mengemop tu sorang engineer call . "Bos berlaku bencana alam yg besar di kawasan kita.. banyak pokok tumbang dan bumbung terbang.. ". Saya minta dia terus buat pemantauan dan lapur dari semasa ke semasa. Pokok yg tumbang menghempap beberapa kereta.. di lapur juga beberapa kawasan mengalami banjir kilat..beberapa perumahan awam terjejas.. tapi semua nya di satu kawasan yg sama..

Kontraktor telah di panggil segera utk mengambil tindakan awal. Pokok yg tumbang di potong dan di bersihkan bumbung terbang di bersihkan dari kawasan. Yg terjuntai di bumbung di turunkan.. tindakan utk kes keselamatan dulu..

Esok boleh congak2 berapa kos yg perlu di belanja utk kerja baik pulih..









Sunday, May 11, 2014

Pusat Pentadbiran baru SEJONG ..episod 4

Assalamualaikum...

Korea juga dalam peringkat membina pusat pentadbiran baru di luar Seoul.. mungkin mereka dapat idea dari Malaysia .. sebab kita yg bina dulu pusat pentadbiran baru di Putrajaya.. Memisahkan pusat komersial dengan pentadbiran... Ianya teletak di satu kawasan bandar baru bernama   Sejong     kira kira dua jam perjalanan dari Seoul. 

Mereka namakan Multifunctional Government Department.. selain bangunan kerajaan mereka juga juga membina kawasan perumahan library dan pusat bandar utk menampung keperluan di bandar baru ini. Kami di bawa ke Pusat pengurusan utk mendengar taklimat dan melihat model serta meninjau dari satu bangunan tinggi yg di bina kursus utk kemudahan pengunjung dan pelawat..

Ok jom kita tengok gambar gambar nya..


















































ada gambar yg senget benget tu minta maaf je lah ya... dah tak sempat nak betulkan.. bila dah pos tak tau pulak macam mana nak tegakkan hehe..

Ok pembinaan di kawasan ni masih rancak di jalankan dan sebahagian nya telah di gunakan. PM department pun telah berpindah ke sana. dan di jangka siap beberapa tahun lagi.