Friday, December 9, 2016

percutian ke Pulau Mutiara.. episod kedua..

assalamualaikum...

1. ini kali pertama kami book dan stay di sebuah hotel di tengah2 bandar .. Chulia Heritage hotel.. merupakan sebuah bangunan lama 2 tingkat yg telah di baikpulih dan di jadikan hotel.. tingkat atas lantai kayu. kat tangga bawah lagi dah di minta buka kasut.. dan yg lebih istimewa hotel ni kepada yg menginap di bilik atas.. tandas dan bilik air sharing..!!!

2. kejutan pertama mem bila dapat tau dalam bilik tak ada bilik air.. hehe.. walaupun berkongsi , di luar sana di sediakan lebih 10 unit bilik air kot. dan tak pernah pula dalam bila2 masa semua bilik air di gunakan serentak.. ingat2 balik la macam duduk asrama dolu dolu hehe..

3. berpandukan peta jalan yg di ambil dari hotel kami mula meneroka pusat bandar.. distinasi pertama tentu la cari kedai makan.. dengan berjalan kaki kami menyusur kakilima kedai menghala ke jalan penang . kata nya kat area situ banysk kedai makan ..

4. tiba tiba terserempak dengan restoren line clear.. memandangkan tak ramai yg beratur masa kami sampai .. tak fikir panjang terus setuju lunch di situ je.. tak di nafikan makan kat sini memang sedap.. sekejap kami duduk dah panjang que..

5. lepas makan kami berjalan lagi arah ke KOMTAR  . sambil menyusur kakilima kedai sambil membelek pakaian dan barang2 lain yg di jual.. macam ada yg pekenan tapi tak mau beli lagi.. survey dulu konon.. dari komtar ke shopping compleks sebelah.. dan akhirnya kami singgah di satu restoren ni.. tokei kedai claim kedai dia sediakan nasi beryani terbaik di penang.. ooo ye ke.. tapi kami minta air je .. haus.. hehe

6. masa kat sini nadia berunding dengan omma kat mana nak dinner.. awal2 lagi iyra dah mesej minta call omma.. plan asal nya mee udang ayu.. tapi tak ada rezeki tutup.. so omma dah sediakan plan B.. kami makan di sebuah warung yg memasak ikan bakar ikan masak asam pedas dll.. memang berasap2 kami makan.. pedas dan sedap.. hehe..

7. sebelum balik kami ke restoren kayu chit chat sambil makan roti tisu.. tu dia besar nya roti perlukan 3 pinggan utk tampong.. bila dah kenyang hati pun senang.. hehe..

ok jom tengok gambar2 pulak 

selfie di kaki lima kedai..

ini lah hotel tempat kami menginap

di sini ada banyak skuter utk di sewa

basikal pun ada jika nak meronda..

line clear


sambil beratur nak oder makanan tersergam ikan kepala ikan melambai2 oder la kami oder la.. hehe

gerai simple je tapi terkenal ke seluruh dunia.. menjadi produk pelancongan mesti terai kepada yg berkunjung ke PP

sabar menunggu giliran utk ke depan.. mem kata nak udang .. gigil juga bila dengar udang ni hehe

saya oder nasi putih udang sotong sayur
mem oder apa tah hehe adik oder ayam la.. tapi udang tu saya pass dekat mem utk tolong kopek.. saya dapat sikit pun ok..  
boleh agak apa mem oder dan apa zino oder hehe... sharing is caring..

yg ni mesti adik punya..

bila dah kenyang suka hati.. hehe

cendol terbaik katanya..
lepas makan kami terus jln jln dan terjumpa satu restoren ni. penuh dengan pelanggan 

alamak ini gambar utk episod berikut nya hehe

ni ha bukti beratur panjang semaya2 nak makan cendol.. katanya cendol best in town.. pelancong luar pun mesti singgah makan cendol..

pendekkan cerita selepas ronda di KOMTAR  kami ke Prangin mall look2 see2.. tengok la mak dengan anak berdua tu berpimpinan tangan tak sabar nak masuk shopping compleks hehe

sekali jumpa beruang hehe

nasib baik beruang ni pandai selfie hehe

yg ni khas utk perokok kalau ikutkan adik di larang masuk kekawasan bulatan tu.. ini kawasan utk merokok ..kepada yg merokok sila berdiri dalam bulatan dan merokok la sepuas2 nya.. kalau ada 10 orang cam ne? hehe

muka muka ceria hehe

mem tak tak berapa suka selfie ni tak boleh nak kata apa join je la.. hehe.

ini masjid kapitak keling.. tercicir pulak notis kenyataan tu utk maklumat sejarah nya..

nadia tu sedang berbincang dengan omma kat mana nak dinner malam nanti.. hehe.. kami singgah minum je dalam perjalanan balik ke hotel . 

makan malam bersama omma khadijah.. 

penuh meja dengan lauk pauk makan di gerai yg di rekomen omma.. terima kadih daun keladi.. makanan enak semua suka hati... yg best tu makan sampai nangis hehe.. 

tu dia... semoga murah rezeki omma lain kali belanja lagi hehe..



tak habis lagi tu... sambung pulak dengan roti tisu yg tinggi bak gunung.. yg nipis bak pauh di layang.. ehh ada ke perumpamaan tu.. 
 
rangup sedap manis lemak berkrim

sambil makan sambil berchit chat... 

bersambung...

Percutian ke Pulau Mutiara... episod satu.

assalamualaikum...

1. pada 5hb Dis sehingga 7hb Dis. terlaksana program kami utk bercuti ke Pulau Pinang. saya mem adik dan anak angkat saya Nurul Nadia dan Faizal.. 

2. Idea percutian ini tercetus semasa lawatan kerja kami ke PP beberapa bulan sebelum ni. masa tu memang tak sempat nak berjalan sebab di penuhi dengan program lawatan kerja... maka kami berjanji utk datang lagi bercuti..

3. percutian kali ini... atau percutisn ke PP ini sangat berlainan dari cuti2 ke sini yg pernah kami lakukan beberapa kali sebelum ini. tiada batu peringgi tiada bukit bendera tiada botanical garden... semua tu tiada.. itu percutian main stream....

4. bila Nurul Nadia mencadangkan kami menjejak heritage trail dengan berjalan kaki.. di tengah bandar.. saya terus bersetuju.. dan sangat teruja utk melakukan nya..

5. percutian ini hampir di batalkan.. kerana plan A tak menjadi.. dengan segera kami bertukar ke plan B dan minta Nurul Nadia google tempat penginapan... bila dah dapat saya minta dia standby utk arahan seterusnya.. masa ni saya belum apply cuti lagi. tapi sengaja saya war warkan dlm group akan bercuti.

6. Pagi2 Jumaat tu saya mengadap bos No satu utk mohon restu utk bercuti. masa saya di anugerah jawatan ini dulu dia dah pesan lepas ni tak payah cuti.. mana2 cuti yg ada tu sedekah je dan anggap lah dulu masa muda2 pernah tuang kerja.. hehe.. sedih kan . tapi pagi tu bila saya apply dia sendiri yg sebut.. pergi lah bercuti.. ehh kenapa pendek sangat .. hehe

7. perjalanan ke PP di mulakan se awal jam 8.00 dan Nurul Nadia bersama kami utk bergerak dulu ke PP sementara Faizal terpaksa menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya..dan akan datang kemudian.. kerana tak dapat cari pengganti.. ramai pegawai yg bercuti.


setiap kali ke utara RnR sg Buloh menjadi pot utk breakfast.. dan bila di sini saya suka makan nasi lemak bungkus ni..

bukan satu bungkus tapi dua bungkus utk bekalan sehingga ke PP.. 

bersambung ..

Sunday, December 4, 2016

Menyalang dan penganan

assalamualaikum...

menyalang dan penganan..

1. menyalang adalah satu proses utk memperkenakan menantu kepada sanak saudara..

2. menyalang bermakna berkunjung ke rumah saudara yg di sertai bersama ibubapa atau keluarga terdekat pengantin baru .

3. keutamaan kunjungan adalah ke rumah saudara terdekat terlebih dahulu saperti atuk uwan mak dan bapak saudara dan di ikuti sedara mara yg lain.

4. setiap kali kunjungan sedara yg bakal menerima kunjungan di maklum terlebih awal supaya bersedia menerima kunjungan..

5. pengantin di syaratkan membawa buahtangan utk di hadiahkan kepada saudara yg di kunjungi.

6. buah tangan yg di bawa tak lain dan tak bukan ialah penganan yg di masak secara bergotong royong oleh keluarga pengantin.

7. zaman dulu penganan di letak dalam satu bekas yg di panggil boko.. hanya pasangan pengantin yg pegi menyalang saja membawa boko kunjungan waktu lain tak melibatkan boko..

8 secara simboleknya sedara mara yg menerima kunjungan akan meletakkan RM dalam boko utk kedua mempelai sebagai tanda restu kedua mempelai hidup bahagia dan aman damai. tiada syarat berapa nilai yg perlu di beri. ikut rezeki masing2..

apa dia penganan ?

1. penganan ada lah sejenis kueh traditional yg di masak menggunakan tepung pulut gula pasir gula kabung santan  di masak di dalam kawah..

2. proses membuat penganan ini di panggil mengacau tapi bukan mengacau cari gaduh hehe.. mengambil tempuh yg agak lama .. empat ke lima jam baru baru masak.

3. penganan biasa nya di buat secara gotong royong di kalangan ahli keluarga dan saudara mara. dari penyediaan memasak dan membungkus.

4. mengacau memerlukan banyak stamina dan tenaga.. kerja mengacau biasa di serah kepada orang lelaki yg tahan lasak.. hehe tahan panas tahan asap tahan penat.. biasa nya bergilir2..

5. mengacau tak boleh berenti dari awal sehingga penganan masak.. utk elak penganan berketul dan berkerak.

6. penganan cair pun sedap dan di tunggu2 utk di jamu kepada semua yg hadir.. saya lagi lah suka..

7. penganan tidak di masak selalu.. selain kesukaran penyediaan nya ia nya di sediakan utk acara tertentu shj. boleh lah dikatakan penganan memounyi prestej yg tinggi dalam masyarakat melayu.

menyalang dan penganan

1. menyalang dan penganan sangat sinomen.. menyalang tanpa penganan umpama makan tak berlauk.. umpama mandi tak bersabun.. umpama berjalan tak berkasut.. saling lengkap melengkap.

2. menyalang tak bawa penganan mungkin tak di iktiraf sebagai menyalang.. kira ziarah je kot.

3. penganan bukan khas utk majlis menyalang je. tapi menyalang mesti ada penganan.

4. berapa banyak penganan yg perlu di sediakan bergantung kepada berapa rumah yg akan di kunjungi.

5. setiap rumah yg di kunjungi perlu membawa satu bungkusan atau satu bekas penganan..yg dulu di letak dalam boko..  dan dalam satu hari mungkin akan berlunjung beberapa buah rumah mengikut keselesaan.

6. tapi sayang.... penganan mula di lupakan.. mungkin kerana kesukaran utk menyediakan nya.. mungkin makin kurang yg tau cara penyediaan nya..  mungkin dah semakin kurang permintaan nya..

penganan cair feberet zino..hehe

dah licin hehe

penganan yg dah masak dan di pindahkan dari kawah ke periuk utk proses penyejukan.

bila dah sesuai penganan di madukkan ke dalam bekas.. kalau dulu bekasnya nya traditional juga.. 

penganan yg telah di letak dalam bekas tapi proses penyejukan madih berlaku bekas belum boleh di tutup.  

tu baru habis mengacau la tu.. den tengok yo.. hehe

ini penganan yg di kemersalkan di letak dalam bekas kecil utk mudah di makan dan di jual di merata tempat.. termasuk RnR.. tapi rasa tak sama yg di kacau sendiri.. 

sekian.. 

Monday, November 21, 2016

Bentayan..

assalamualaikum...

Bila kawan kawan cadangkan saya mencari makan kan Bentayan saya terus tertarik dengan nama tu.. bunyi dia pelik sikit.. tentu ada cerita di sebalik nama.. sedikit maklumat sejarah lama Muar.. satu ketika dulu ada di bina sebuah kubu Bentayan oleh sultan Melaka utk mengekang kemaraan tentera Portugis dari laut pada tahun 1511.

pagi sebelum balik.. ipar ajak sarapan bersama.. saya pun follow je lah kereta mereka. walaupun dah beberapa kali sampai Muar tapi saya masih tercari2 kat mana nak cari tempat makan best di muar ni. akhirnya kami sampai berhampiran terminal bas Muar. tepi sungai tu.. lepas parkir di sebelah terminal kami pun berjalan kaki ke jejantas utk menyeberang.  di situ saya ternampak nama Bentayan.. ooo sini ke Bentayan.. baru tau.. terus la berselfie  hehe.


terminal bas
baru perasan nama terminal ni TERMINAL BENTAYAN MUAR

kedai yg kami tuju terletak betul betul di hujung jejantas di seberang jalan. 

sedih pulak bila tengok bumbung jejantas ni.. dah naik mereput kenapa tak di ganti ? 

kalau kat KL kes mcm ni dah tentu masuk surat kabar dan pelbagai tuduhan negatif akan di lemparkan. baik betul orang muar ni. terima se adanya. 


kat luar gerai ada bakar satay..!!! katanya hanya ada di muar.


wah.. sarapan pagi dengan satay.. tak pernah jumpa kat KL macam ni.. kat sini nak satay tunggu mlm je baru ada.. 

restoren kat Bentayan ni satay adalah menu utama.. belum minta dia dah letak satay kat meja kami duduk..hehe campur daging ayam dan perut..
 
meriah sungguh tempat ni . bila kami sampai hampir semua tempat penuh.. tercari2 juga kat mana nak duduk. kami datang tiga kereta terpaksa berpisah tempat . duduk di mana kosong. 

selain satay saya oder lontong dan tauhu bakar.. gambar tauhu bakar tak mau kluar pulak.. hehe.. sedappp.. ada mcm2 menu kat sini... oder sampai pun cepat.. sekejap oder dah sampai walaupun orang ramai.. mungkin kelebihan restoren ni. 

ini gerbang di bahagian belakang kedai.. kawasan lorong belakang di buat tambahan tempat duduk..

selesai makan sempat selfie dulu tu.. 


terminal bas Bentayan ni terletak di tepi sungai Muar. di sini juga ada jetty nelayan.. apa lagi berselfie dulu kat jetty tu.

suka tengok boat2 nelayan ni 


selfie lagi.. .



ok sekian... 

lain kali boleh datang sarapan sini lagi nanti nak test menu lain pulak..hehe


Monday, November 7, 2016

kayuh naik bukit....

assalamualaikum...

Semalam berlangsung sekali lagi program carfreemorning anjuran DBKL. biasa nya kami berkayuh ikut laluan biasa sejauh 7km... dan buat beberapa pusingan utk menambah km. biasa nya singgah KLCC utk berselfie..

tapi semalam kami buat kelainan.. selepas dua pusingan berkayuh di lsluan biasa kami (saya dan ezuan) melencong ke menara KL . wah berpeluh juga mendaki ke puncak menara .. mcm mana nak daki cameron highland mcm ni..

selebihnya biar gambar berbicara..

kayuh bersama kucing..
geng kayuh

kayuh menuju puncak..

separuh perjalanan...
dah mencece peluh. hehe

dah sampai puncak..

berselfie dengan menara KL

nak masuk gate tutup lagi..
masih awal..

lagi2 selfie..

apa dah jadi dengan rumah ni
sampai terbalik..? 

walaupun terbalik tapi selamat utk di lawat.. 
tak boleh masuk selfie 
di luar pagar je lah...

sempat ke jambatan gantung 
taman rimba

pengawal taman.. 
muka garang ooo... hehe 

selfie dengan alam..

nak turun bukit selfie lagi...

menara dan menara..
rehat dan minum

ok lain kali boleh kayuh lagi 
naik atas ni.. 

sekian lapuran..