Assalamualaikum...
Orang lain sibuk cerita kisah bola saya pulak sibuk pegi Ganu kita...hehe kat hiway semalam berderet2 konvoi dari kelate nak datang Stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir antara kelate (gomo kelate gomo) dengan JDT.... biar kaki bola je bagi ulasan hehe
Plan asal saya ke Trengganu tu utk menziarah Raja Sarinah bersama Sapina dan adik Zino Otsman itu perancangan kami.. tapi perancangan yg menjadi kami bertiga beranak je yg jadi pergi.. Sapina urusan dengan anak.. dan adik pulak tak sihat gara gara jerebu yg melanda.. bila kami bertiga je secara otomatik kena la adjust plan tu.. mem cadang terus ke KT.. petang Jumaat tu baru cari tempat penginapan.. call satu dua hotel.. dan terus book..
Distinasi pertama sudah tentu rumah Raja Sarinah.. berpandukan GPS dan peta yg di kirim Sofie Nur..dalam FB.. membolehkan saya sampai betul2 depan rumah Rina... dah sampai baru saya call tuan rumah saya dah ada depan gate hehe.. Alhamdulilah...Tercapai hajat nak jumpa Raja Sarinah dan famili di Ganu.. kami di hidang nasi dagang yg sedap.. sambil berbual panjang...dan sempat bergambar sekali...
kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kuala Trengganu.. dari rumah Rina lagi dah set nak singgah rumah Maklang Lina Hadi.. kenkonon nak surprise kan maklang.. masa dalam perjalanan maklang call hehe rupanya lapuran dah sampai dulu dari Kemaman.. elok juga maklang call boleh juga bertanya arah tuju ke rumah maklang.. last singgah rumah maklang lepas kenduri kawin angah dulu.. oleh kerana datang yg tergempar dapat la makan karipap je. nasib baik juga ada karipap.. kalau tak harus air bujang je hehe.. dah tanya mem nak bagi tau maklang awal2 ke.. dia kata tak payah susah2kan maklang .. sebelum beredar kena lah bergambar dulu..
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke KT.. book di Primula Beach Hotel.. nasib ada GPS membantu.. petang tu sempat ronda2 di tepi pantai sementara tunggu malam.. malam nya dah set untuk dinner dengan Pena Rozie
seperti di janjikan jam 8.00 kami tunggu Rozie datang jemput .. nak harap zino drive memalam tu harus sosek kemana mana nanti.. Jumpa Rozie sebelum ni rumah Dato Abdullah di Bangi.. adik kata nak makan ciken cop.. lepas ronda2 sekejap di bandar kenkonon nak cari pot utk beli kerepok hehe lepas tu kami singgah makan di waterfront.. gerai gerai di tepi sungai...
.
.
.
.
bersambung.....