Sunday, June 9, 2013

makan lagi??

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada semua.

Akhirnya dapat berjumpa dengan sorang lagi "anak" di JB.. dah berapa orang anak zino ya...? entah ramai dah mungkin satu hari nanti nak buat posting berkenaan semua "anak anak" yg pernah zino jumpa dan yg masih belum pernah berjumpa... pelik nya ayat anak belum pernah berjumpa bapa.. hehe..

Bila dah settle check in zino mesej dia utk set dinner.. memula cadangan tu ke banafi je.. dia kata dekat dengan tempat kami menginap.. memang sangat dekat pun sebelah hotel tu je.. tapi bila dah jumpa tu dia cadang utk ke tempat lain sambil ronda ronda sekitar Bandar.. utk mudah saya mem dan adik tumpang kereta dia je lagi pun dia datang sorang.. katanya orang rumah balik kg.. ooops lupa nak kenalkan siapa dia?? 

nama nya Azhar Wagi.  dan ini kali bersua muka.. orang dia hensem dan sangat peramah.. (puji la sikit kan ) hehe.. kami meronda sambil berbual ke pusat bandar.. lalu pasar karat yg di kata famous di JB tu tapi tak berenti la.. kawasan tu agak jem dengan kenderaan di pakir di tepi jalan.. Kalau kat KL macam Uptown la kot.. kemudian di bawa pulak ke satu tempat yg di panggil persada johor.. utk snap dua tiga keping gambar.. azhar betul2 jadi pemandu pelancong kami malam tu hehe

akhirnya kami sampai ke distinasi utk dinner.. Anjung warisan village.. bila sampai tu ada deretan kereta yg di pakir pengunjung yg telah sampai lebih awal.. kami pilih satu tempat bersila di tingkat atas bangunan kayu.. biasa makan macam ni bila ke Wong solo.. makanan macam biasa la.. itu serah mem yg oder.. lepas makan sempat mendengar alunan muZik menggunakan anklung... sedap juga bunyi nya... bila sebut akhlung ni teringat aman sekolah2 dulu setiap murid di minta membuat akhlung sendiri oleh guru muZik..

Sebelum tu zino ada sebut nak makan seafood di sanibung tapi takut adik tak lulus nak masuk kawasan tu.. bau2an tu akan buat dia muntah.. idung sensitif sorang tu.. tapi lepas makan azhar bawa juga kami ke kawasan tu at least sampai juga la kami kesana.. sebelum sampai ke Sanibung azhar bawa kami melalui satu kawasan yg juga ramai pengunjung iaitu stulang laut.. ini antara tempat2 yg hapening katanya... zino tengok ramai orang dan kereta pun penuh di pakir di tepi jalan..

pendek kata zino dan famili betul2 jadi pelancung di bandaraya Johor malam tu.. terima kasih kepasa azhar...

yg lain2 tu kita tengok gambar je..lupa nak bawa DSLR sekali.. .


dari tkt 20 bilik hotel


di persada johor


mem dengan kanak2 sihat


sementara menunggu oder sampai


kanak2 riang


antara menjadi tumpuan..


kenalkan ini la azhar..


adik di Sanibung


jetty ke singapore?? hehe


antara gerai2 makan


lagi gerai makan


jetty lagi..


tempat makan yg banyak kat dalam tu.. 
tapi adik tak lulus nak lalu pun hehe


Johor Bahru bandar selamat
so tak perlu ragu ragu
datang la melancung...



8 comments:

Kakcik Seroja said...

Seronoknya melancong di tanahair sendiri. :)

azi said...

Rasa teringin nak Ke JB...baru sekali sampai sana , tupun masa kanak-kanak lagi...:)

zino said...

Kakcik
Nasib baik ada pemandu pelancong

zino said...

Azi
Patut sangat pegi tj

JunAina said...

Dah tua2 macam ni pun Aina belum pernah sampai JB, pelik tapi benar.

Zareda Norman said...

Masa kat jb hari tu first time dinner dalam cruise belayar sekitar danga bay sampai jb..

zino said...

JunAina

next holiday boleh la ke sana..

zino said...

Zareda

best juga tu..