Sunday, December 15, 2013

Kenangan di Vietnam episod dua..

Assalamualaikum... dan selamat petang kepada pembaca semua... ( macam ramai je yg baca hehe) jom kita sama sama lihat apa kisah selanjut nya kenangan di Vietnam.. Sebelum saya pergi ke sana amat sedikit maklumat yg saya ada berkenaan produk pelancongan di Vietnam ni.. yg saya dengar dan baca ramai yg pegi sana beli kain baju murah2..dan balik buat business.... sampai ada yg beli kain sekayu buat baju sedondon utk adik beradik anak beranak masa raya..hehe sape la tu kan ? hehe.. 

Kami sampai sehari awal dari group yg lain.. program melancong belum lagi bermula.. sampai pulak malam... terlewat 2 jam dari LCCT.. biasa la tu kata nya AIRASIA biasa macam tu.. bersapau sekejap di airport.. dah malam baru nak terbang.. so sampai Vietnam dah lewat.. apa lagi terus je check in kat hotel berhampiran airport.. hajat hati nak jalan2 sekitar hotel tak kesampaian sebab dah penat.. nak cari makan pun tak tau mana nak cari... makan je lah apa yg di bawa.. coklat roti dan megi hehe..

esok nya kami ke Airport sekali lagi utk menunggu ahli rombongan yg lain.. dalam group yg saya ikut ni zino kenal sorang je.. yg lain tu kenal masa di Vietnam.. beberapa kumpulan famili dan adik beradik.. acara pertama bila semua dah berkumpul ada lah makan tengah hari.. masing2 dah kelaparan.. adik dah galak kali komplin.. 

nak makan tak susah rupa nya di Vietnam ni ada banyak restoren yg menghidang masakan muslim.. restoren yg kami singgah ini pulak di miliki rakyat Malaysia.. Restoren Kg Melayu.. 




makanan juga merupakan salah satu produk pelancong bagi kemudahan pelancong melayu datang ke Vietnam.. kenapa saya sebut kursus pelancong melayu?....sebab di mana saja kami pergi terdapat ramai muka melayu sedang berjalan jalan dan membeli belah di sini  rasa macam berjalan di Jalan TAR je hehe . kalau tak ikut program pelancongan pun anda tak akan sesat kat sini.. anda tak akan kelaparan di sini hehe..

Delta Mekong.. 
Produk pelancongan yg setiap pelancong yg datang tak boleh miss.. ini tempat pertama yg kami pergi.. Sg Mekong yg sepanjang 4,184 km bermula dari Tibet ke laut cina selatan.. melalui 6 negara China, Mynmar, laos, Thailand, cambodia dan Vietnam. Sungai yg ketiga kaya dari segi hasil tangkapan ikan selepas Sg Amazon dan Sg. Congo. ada pelbagai produk yg di sediakan berkaitan Sg Mekong ni.. Kami berpeluang utk melawat proses membuat candy kelapa, menikmati madu yg enak..(ada juga la beli) sebelum menyusuri sg Mekong menaiki sampan... seram pun ada dan seronok pun ada hehe

Jom kita tengok gambar gambar yg bercerita sendiri....







































ok la jom kita balik hotel biar saya yg bawa boat ni hehe... 

Pendek kata anda kena datang sendiri ke sini utk mendapat satu pengalaman baru menyusuri sg menaikki sampan yg di dayung dia orang mak cik.. ada masa nya penuh sg tu dengan sampan sehingga berlaga laga.. patut la awal awal lagi dah di pesan tanga jangan pegang tepi sampan tu takut jari putus.. ingatkan ada pinrana dalam sungai rupa nya sampan tu berlaga antara satu sama lain .. kalau tangan kat situ sah boleh putus hehe.. pendayung nya ada muda ada yg sudah berumur.. tapi ramai yg zino tengok ramai yg dah berumur.. tak tau la berapa Dong mereka dapat dengan kerja mendayung membawa pelancong.. walaupun cos dah masuk pekej tapi kami bagi juga la juga tips utk titik peluh makcik tu ..

lepas ni kita masuk terowong pulak....bersambung..





16 comments:

Unknown said...

Terujanya saya nk alami pengalaman sendiri ke Vietnam..tunggulah ada rezeki insyallah nk pegi.
Lebih teruja lagi bila tenguk YUnus Badawi borong telekong..
Err berapa ongkos yg sedang elok kita bawa utk ke Vietnam ni ye hehe

Murni Alfathunnisa said...

patut la ramai yang pergi vietnam tak ikut pakej pun..
antara destinasi dalam senarai..kalau ada rezeki, in shaa allah.

Acik Erna said...

amboooiiii..kemain yo..ado boli tak untuk tahun dopan..kato nak samo sedondon untuk rayo tahun dopan..

Unknown said...

Salam Abah Zino...terima kasih secebis kisah berkenaan Vietnam...Ukwa Travelink mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi pelbagai...
http://ukwaenterprisehochiminh.blogspot.com
Muga berjumpa di lain vacation...We guide your travel destination....

Yunus Badawi said...

Wah Abah Zino bawa bot di Sg Mekong. Lalu tak di bawah 'Jambatan Penang' tu?

Angah said...

aduii ngeri pulak nak naik sampan tu, kecik benor...

JunAina said...

Aina tak pergi pon sg mekong tu masa pergi Vietnam dulu hanya pergi Chu Chi Tunnel tapi Aina gi gamble je jalan2 sendiri. Sekarang makanan halal mudah kat sana dulu masa Aina pergi paling dekat Kedai Hajah Basiroh jelah...

Irfa said...

haha..kelakar bila kata ramai dtg sopim n balik bisnes. sy pegi sana belum sempat lagi nak melawat sg mekong tu.. asik sesat dlm ben thanh je.hihi

niat ati nak bawak mak ayah gi sana sekali

zino said...

Nyanyisunyi
Mudah sangat nsk pegi sana skrg..memula sediakan bajet...kemudian set beberapa tarikh yg sesuai..lepas tu tunggu offer airasia ke malindo ke jetstar ke..dah dapat tiket baru cari hotel..kalau nak sopping je lagi mudah stay je kat tengahbandar..berduyun2 orang mslaysia kat sana hehe

zino said...

Murni
Kalau tujuan nak shopping tak payah pakej pun tak pe...stay kat tengah bandar

zino said...

Erna
Mem tak minat pulak jadi tak boli pun hehe

zino said...

Salam ukwa travel...
Saya selesa dengan program tuan...lain kali boleh follow lagi ke distinasi yg lain pulak sama ada dalam dan luar

zino said...

Yunus badawi
Sebiji mcm jambatan penang..tapi bot tak sampai sana la..takut masuk ke comboja hehe

zino said...

Angah
Bila berselisih sampai berlaga2 dengan sampan lain hehe

zino said...

Aina
Kalau berani redah dan ada geng boleh gak tanpa pakej ..dengan famili ni kena ikut pakej utk keselesaan

zino said...

Irfa
Ramai yg sesat dalam tu..yg tak tahan tu salegirl siap tarik2 tangan minta kita beli....seram den hehe