Assalamualaikum
Semalam kami buat satu program tergempar.. memang saya tak bagi tau sesiapa pun plan ni takut tak menjadi.. plan ni kami dah rancang sejak ayah sebut nak makan cucur udang hari tu lagi.. saya teringat masa tu kami bawa ayah dan mak jalan jalan sampai ke Alor gajah.. makan cucur udang di pekan Alor gajah.. nampak ayah happy je makan masa tu.. tapi kisah tu dah lama berlalu dah lebih setahun dulu.. setiba bila mak talipon ayah sebut cucur udang yg dia makan di Alor gajah tu mem cadangakan bawa ayah dan mak makan2 di luar..
Dalam perjalanan balik semalam baru call erna (Sapina ) di Seremban ajak dia joint sekali.. dan cari restoren di sekitar seremban je.. baru meriah.. masa ni ayah dan mak pun belum di maklum lagi.. bila dah confirm nak menjadi baru zino call kg.. ayah yg jawab..
"se dalam perjalanan balik kg ni "
" dah sampai mana?"
"Seremban . nanti nak bawa ayah dan mak makan2 kat luar.. tak payah la mak masak"
"ok"..
Terdengar ayah ketawa kecil... alangkah bahagia nya rasa.. ayah setuju dengan cadangan kami nak bawa mereka makan makan di luar.. Lepas magrib kami bertolak ke seremban terus menuju rumah Sapina.. nak pegi terus kang takut ada yg sosek (zino la tu ) lebih baik konvoi bersama.. kami pun berkonvoi 3 kereta ke restoren pilihan kamu.. (kamu tu adik sapina hehe) nampak restoren pun meriah.. tak jauh juga dari rumah Pakngah Hamzah dan adik zino , Rahim..sorry la tak bagi tau hehe
Seronok tengok ayah makan berselera.. selesai makan ayah kata terbuka selera dia makan.. sepupu zino kata tiga kali ayah basuh tangan dan sambung makan lagi hehe.. Terima kasih Sapina dan famili kerana menyahut perancangan spontan kami.. lain kali kita boleh plan ke tempat lain pulak.. katanya kat Jeram nun makanan nya sedap hehe.. dan kita boleh jemput yg lain nanti ada pulak yg merajuk tak di jemput hehe
sekian..
14 comments:
Kalau sy balik kg pun ajak mak pi makan ikan bakar kt terapung..berselera mak mkn..abah pulak sy masakkan asam rebus..lagi selera mkn..seronok tengukkan abah bila ibubapa kita gembira.
Teimakasih gak pado semuo.
ado yang merajuk tu yang payah tu kan hi hi..kok nak poi sumo maun kono naik bas kito
Nyanyisunyi
Betul tu
Erna
Bila start ajak tak habih2 sedaro ghamai hehe
emmm sedap sedap nya makanan :)
Assalamualaikum,
Hu hu huhu kami balik kampung tak pernah bawak mek ayah makan kat luar. depa tak suka makan kat luar kecuali tak ada pilihan. Kalau nak juga, bungkus bawak balik...Mek tak selesa makan kat luar
Nard
Tak jauh dari tempat nard tu hehe
Anyss
Apa kabar lama tak nampak .. Kami pun jarang bawa dia orang makan kat luar setiap kali balik nak rasa makanan yg mak masak hehe
Tapi bila ayah sebut dia makan cucur udang yg kami bawa dia setahun dulu terasa nak raikan mak dan ayah makan di luar semula.. Ternyata ayah happy..
I m sure they r happy
Zar kalau balik.kg. acara wajib adalah bawak mak dan abh makan makan diluar. Sebut je nk makan apa.. mmg bawa even avah kata nk.makan laksa kat batu feringgi. Zassss..bawa je. the more the merrier.. gembirakan hati.mereka in shaa allah pahala dapat hati kita pun senang..
Menggembirakan hati mak bapa sangat membahagiakan kan? Ambil kesempatan sementara mereka masih bersama kita...
Andak
Harap nya macam tu la
Zar
Itu yg sebaik2nya
Azwa
Betul tu
Post a Comment