Tuesday, April 8, 2014

KLIA 2...

Assalamualaikum..

Baru baru ini kami berkesempatan utk melawat ke KLIA2 sebelum pembukaan resmi nya yang di jadualkan pada 2hb May akan datang.. dan operasi penuh di jangka bermula pada 9hb May 2014.. perancangan lawatan telah di buat lama sebelum kes kemalangan MH370 lagi..tetapi akibat tragedi yg malang itu tarikh lawatan telah di tunda ke 6hb April ..... Kami bertuah dapat melawat ke menara kawalan tertinggi di dunia.. 

Kebetulan pegawai yg terlibat dengan pembangunan dan pembinaan KLIA2 adalah rakan kami semasa belajar di kolej dulu.. maka dia berbesar hati menjemput kami rakan rakan DKAUTM utk melawat sebelum ia nya di buka ke pada orang awam.. 



Program lawatan bermula dengan taklimat pembangunan KLIA2 oleh CEO yang bertanggungjawab merangka merancang dan mengawasi perlaksanaan projek mega yg menelan belanja sehingga RM 4 billion . Selepas taklimat kami di bawa menaikki ke menara pusat kawalan yg baru .. selepas pembukaan nanti tempat ni akan menjadi kawasan keselamatan dan tidak lagi boleh di lawati orang awam.. menara yg mempunyai ketinggian 143m.. merupakan menara kawalan tertinggi di dunia.. 

Pembinaan KLIA2 di putuskan kerajaan utk menggantikan terminal sementara LCCT yg di dapati tidak dapat lagi menampong jumlah penumpang yang semakin ramai.. 80% operasi LCCT adalah oleh AA .. syarikat tambang murah AirAsia.. 












selesai lawatan ke menara yg tinggi nya lebih 30 tingkat kami di bawa melawat sekitar bangunan KLIA2 yang sedang rancak di bina pada peringkat akhir.. 20 % dari ruang di KLIA2 di peruntukan utk retail.. katanya utk menampung kos pengurusan dan operasi KLIA2.. semua ruang retail telah pun mendapat tempahan.. yg telah di buat dengan kaedah tender terbuka.. bidaan tertinggi akan berjaya.. sekarang ni setiap retail bertungkus lumus utk memenuhi dateline utk pembukaan nanti. 

Built up area utk keseluruhan bangunan KLIA2 seluas 257000 m2.. memang luas dan memenatkan kan kalau berjalan dari satu hujung ke hujung lagi satu.. terminal ini boleh menampong 45mppa iaitu 45 juta penumpang setahun.. boleh di bayangkan kesibukkan yg akan berlaku di terminal ini bila beroperasi sepenuhnya.. 
































di akhir lawatan kami di jamu di hotel Sama Sama ... pelik kan nama hotel ni.. tapi hotel ni terkenal di seluruh dunia apabila berlaku kes  kehilangan MH370.. setiap hari sidang akhbar di adakan di sini dan pemberita di seluruh dunia dan ahli keluarga penumpang dan krew MH370 berkampong di hotel ini .

kabar nya pihak AA berkeras tidak mahu berpindah ke terminal ini sehingga beberapa kehendak mereka di penuhi manakala di pihak kerajaan pembukaan terminal tidak boleh di tangguhkan lagi.. tarikh yg telah di tetapkan ialah.. KLIA2 akan mula beroperasi pada 2hb May 2014 manakala LCCT akan di tutup sepenuhnya pada 9hb May 2014. 

kita tunggu dan lihat..


5 comments:

Irfa said...

menara tertinggi di dunia? sy tak tahu pun wpun hari2 lalu situ

tq ye utk gambar2 tu..atleast dpt bayangkan mcm mana rupa klia2 nnt
dgr citer ada pggung wayang dalam tu
nanti jgn lak ada lelaki yg x solat jumaat gi tgk wayang msa break time 2 jam tu, hihi

Mak Su said...

sebut klia yo tokonang ese kek mh370 huhuhu

zino said...

Ifra
Dulu menara klia tu no 2 selepas Bangkok bila bina yg baru kita ada no 1 dan no 3

zino said...

Mak su
Memang terkenang di buek e..

anyss said...

Assalamualaikum,
Untungnya! jeles okeh!
Tapi...nampak macam penat je kalau kat sini, luas bebenornya! kena pergi awal 3 jam apa ;)