Thursday, May 29, 2014

Satu kisah...dalam LRT...

Kisah dlm LRT pagi ni.

Selepas hampir setahun guna pengangkutan awam ke tempat kerja pagi ni ada satu kisah . Pendek je..dan tak bersambung..hehe

Biasa la bila naik LRT ni berdiri je . Kalau nak duduk tunggu orang turun. Sambil berdiri sambil memerhati gelagat penumpang lain. Yg duduk boleh la lelap... ada yg main game.. ber fb ..whatapps dan sebagainya. Terpandang seorang gadis jauh di depan sana.. muka ketat..macam ada masaalah je. Dia tak perasan pun ada orang memerhati.

LRT berhenti dari satu stesyen ke satu stesyen .. Dari stesyen Hang Tuah baru ada penumpang yg turun. Sampai di Bandaraya.. 3/4 penumpang telah turun. Ada la tempat kosong.. saya pun duduk dan gadis itu pun duduk dikerusi hadapan. 

Saya lihat di sisinya ada beg besar.. dalam hati berkata nak balik kg la tu.. tetiba dia memandang ke arah zino dan tersenyum.. kena la balas kan hehe.. LRT sampai di stesyen PWTC. Sempat zino menegur nak balik ke.. ? Dia angguk sambil tersenyum dan terus angkat beg..LRT dah stop di stesyen PWTC..


zino meneruskan perjalanan ke stesyen titiwangsa dan bertukar ke monorail..

THE END...
Tu je tak ada sambungan hehe

Tuesday, May 27, 2014

Esok cuti sekolah

Assalamualaikum..

Katanya esok dah mula cuti sekolah.. Dan rakan rakan di pejabat tu dah mula bercerita utk bercuti.. Ada yg berjalan jauh ada yg nak berjalan dekat... Yg penting cuti dan lupakan hal kat opis ni.. Best la dapat bercuti bersama keluarga.. Cuma zino je tak ada plan nak cuti lagi.. Bila bos tau zino tak cuti terus dia minta cover jaga opis.. sebab semua bos2 kecik nak cuti termasuk bos sendiri.. Wah suka hati zino la seminggu ni nanti.. Harap tak ada hal yg besar berlaku.. 

Tapi mungkin week end zino buat kejutan dan melencong kemana mana .. Dah biasa buat macam ni. Tak cakap pun nak kemana tetiba ok bersiap semua kita kluar dalam 1/2 jam lagi. Hehe terpinga pinga je memasing.. Nasib baik dapat juga hotel.. Main redah je cuba nasib hehe.. Baru memasing excited meneka kemana abah nak bawa.. Ada tempat tu memang dia orang dah boleh agak pun.. Tak boleh la nak pegi tempat yg jauh kata lah tak ada hotel kosong ..masih tak berapa jauh nak patah balik KL hehe.. Jangan jadi kawan zino cerita tu.. Dia travel ke Trengganu dan Kelantan tanpa buat booking.. Tidu dalam kereta jawab nya bila sampai ke satu tempat tu tak ada bilik kosong hehe..

Teringat masa zino bawa mereka ke. Gambang dulu. Tak cakap pun nak ke situ.. Dah masuk hiway Karak baru bagi tau.. Dalam hati berdebar2 juga di buat nya tak ada bilik kan ke haru hehe .. Itu pun firsttime nak kesana.. Bila zino sampai kat resort tu.. Tanya ada bilik kosong tak.. Dia kata ada tapi yg mahal sikit la yg biasa tak penuh.. Zino grab je lah.. Dah sendiri cari penyakit hehe.. Kalau dia kata tak ada kena cari tempat di luar kawasan resort.. Kacau juga tu. 

So weekend ni nak surprise kan kemana  ? Nanti jap nak fikir.. Ada cadangan tak? 

Monday, May 19, 2014

Malang tak berbau..


Assalamualaikum...

Saya baru balik dari kawasan kejadian.. sebaik sahaja mendapat berita dari bos seorang budak berumur 8 tahun jatuh dari tingkat 15 di satu PPR ...team teknikal bergegas ke kawasan kejadian. Maklumat awal melapurkan kanak kanak ini memanjat masuk ke kawasan bumbung bersama beberapa rakan melalui satu bukaan bergrill di tingkat 15 utk bermain.  Kawasan ini juga berlaku kejadian bumbung terbang dalam satu kejadian ribut pada hari isnin yg lepas dan dalam proses utk di baik pulih.

Kedudukan bukaan pada aras anggaran 5 kaki dari lantai.. dikatakan grill yg di buka utk tujuan pemeriksaan bumbung sebelum ini telah di pasang semula tetapi entah macam mana terbuka semula menyebabkan punca ia nya di panjat masuk.. semasa saya datang jenazah masih di hospital utk proses bedah siasat. dan atas rasa simpati atas kejadian malang ini kami telah ke rumah keluarga arwah utk menyampaikan salam takziah bagi pihak jabatan dan organisasi. Sangat sedih mendengar penjelasan bapa di kanak kanak malang ini. Terdapat juga beberapa guru dari sekolah arwah belajar menziarah sama.

Semoga keluarga arwah redha tabah dan sabar dengan kejadian malang ini. kata nya arwah seorang kanak kanak yg aktif dan periang. Esok jenazah akan di sempurnakan sebaik sahaja di bawa balik dari Hospital. 

al fatihah


bukaan yg di katakan di panjat


satu lagi bukaan di hujung blok

sekian lapuran.. 
esok rasanya ada dalam akhbar THE STAR

Sunday, May 18, 2014

Go Green

Assalamualaikum

Sumber tenaga semakin berkurangan.. dan semakin mahal.. alam sekitar juga semakin tercemar akibat pencemaran carbon dan sebagainya . banyak usaha telah di jalankan utk mencari sumber tenaga altenatif. mengoptimumkan sumber sedia ada  dan mengunakan sumber tenaga semula jadi seperti air angin dan cahaya matahari.. seperti tenaga solar dan sebagainya.. maka timbulkah isu green building.

Dari segi istilah "green building refers to a structure and using prosess that is environmentally responsible and resourse efficient throughout a building's life-cycle. from siting to design, construction, operation, maintenance, renovation, and demolition. This required close cooperation of the design team , the architects, the engineers, and the client at all project stage. The green building practice expands and complements the classical building design concerns of economy, utility, durability, and confort"

ada banyak artikal kalau nak tau lebih lanjut berkait green building ni.. saya juga berkesempatan utk melihat sendiri usaha dan kempen yg di jalankan di korea bagaimana mereka menggalakkan mengamalkan green building dalam bangunan yg di bina.. jom kita kesana...


bangunan di mana konsep 
green building di jalankan


ahli rombongan 



tenaga angin utk 
jana elektrik


penggunaan tenaga solar 

pegawai yg memberi taklimat 
green building


panel solar yg bergerak 
mengikut kedudukan matahari


majlis penerangan 












cahaya matahari dari bumbung..
boleh memberi cahaya bilik waktu siang




setiap bahagian dari dalam bangunan 
tu di kawal utk mengoptinum penggunaan 
tenaga.




suhu dalam setiap bilik 
boleh di kawal secara remote 


lihat jenama tu hehe


ruang bilik yg boleh di ubah suai 
utk pelbagai kegunaan.  




tingkap juga di rekabentuk utk 
menjimatkan tenaga, mengawal suhu 
dan bunyi dari luar 


nak tau lebih lanjut kena lah kesana hehe



Monday, May 12, 2014

Bencana alam

Assalamualaikum..

Petang tadi kami ke TESCO..masa tu belum hujan lagi . Bila sampai situ baru dengar hujan .duduk dalam bangunan tu tak perasan la lebat mana hujan tu.. ada la dalam 1/2 jam dlm tu.. Selesai shopping balik la...  habis tu kalau tak balik nsk tidu situ ke hehe.. masuk je rumah terkejut.. air melonda londa kat lantai bawah.. dengar juga air menitik.. ahh sudah rumah dah banjir. Dalam hati terfikir ini mesti air dari bilik alang.. tempias dari balcony belakang.. dulu dah pernah jadi sekali. Saluran air tersumbat penuh satu rumah banjir. 

Bila naik atas bilik alang ada air kat pintu je. Bilik kakak pun kering. Tengok siling kering tak ada tanda bumbung bocor ke apa.. tapi air banyak kat lantai terutama master bedroom.. lantai parque.. ada yg terapung2 dlm air. Operasi mengelap pun bermula... Ada tiga baldi kot air yg di keringkan dari lantai atas dan bawah.. tetiba dengar mem menghempaskan sesuatu di bawah masa zino mengemop di bilik atas.. rupanya mem pegang extension cable yg telah di rendam air.. dan terkena renjatan nasib baik tak apa apa.. zino turun terus matikan suiz dan cabutkan plug.

Dalam pada bertungkus lumus mengemop tu sorang engineer call . "Bos berlaku bencana alam yg besar di kawasan kita.. banyak pokok tumbang dan bumbung terbang.. ". Saya minta dia terus buat pemantauan dan lapur dari semasa ke semasa. Pokok yg tumbang menghempap beberapa kereta.. di lapur juga beberapa kawasan mengalami banjir kilat..beberapa perumahan awam terjejas.. tapi semua nya di satu kawasan yg sama..

Kontraktor telah di panggil segera utk mengambil tindakan awal. Pokok yg tumbang di potong dan di bersihkan bumbung terbang di bersihkan dari kawasan. Yg terjuntai di bumbung di turunkan.. tindakan utk kes keselamatan dulu..

Esok boleh congak2 berapa kos yg perlu di belanja utk kerja baik pulih..









Sunday, May 11, 2014

Pusat Pentadbiran baru SEJONG ..episod 4

Assalamualaikum...

Korea juga dalam peringkat membina pusat pentadbiran baru di luar Seoul.. mungkin mereka dapat idea dari Malaysia .. sebab kita yg bina dulu pusat pentadbiran baru di Putrajaya.. Memisahkan pusat komersial dengan pentadbiran... Ianya teletak di satu kawasan bandar baru bernama   Sejong     kira kira dua jam perjalanan dari Seoul. 

Mereka namakan Multifunctional Government Department.. selain bangunan kerajaan mereka juga juga membina kawasan perumahan library dan pusat bandar utk menampung keperluan di bandar baru ini. Kami di bawa ke Pusat pengurusan utk mendengar taklimat dan melihat model serta meninjau dari satu bangunan tinggi yg di bina kursus utk kemudahan pengunjung dan pelawat..

Ok jom kita tengok gambar gambar nya..


















































ada gambar yg senget benget tu minta maaf je lah ya... dah tak sempat nak betulkan.. bila dah pos tak tau pulak macam mana nak tegakkan hehe..

Ok pembinaan di kawasan ni masih rancak di jalankan dan sebahagian nya telah di gunakan. PM department pun telah berpindah ke sana. dan di jangka siap beberapa tahun lagi.