Monday, May 19, 2014

Malang tak berbau..


Assalamualaikum...

Saya baru balik dari kawasan kejadian.. sebaik sahaja mendapat berita dari bos seorang budak berumur 8 tahun jatuh dari tingkat 15 di satu PPR ...team teknikal bergegas ke kawasan kejadian. Maklumat awal melapurkan kanak kanak ini memanjat masuk ke kawasan bumbung bersama beberapa rakan melalui satu bukaan bergrill di tingkat 15 utk bermain.  Kawasan ini juga berlaku kejadian bumbung terbang dalam satu kejadian ribut pada hari isnin yg lepas dan dalam proses utk di baik pulih.

Kedudukan bukaan pada aras anggaran 5 kaki dari lantai.. dikatakan grill yg di buka utk tujuan pemeriksaan bumbung sebelum ini telah di pasang semula tetapi entah macam mana terbuka semula menyebabkan punca ia nya di panjat masuk.. semasa saya datang jenazah masih di hospital utk proses bedah siasat. dan atas rasa simpati atas kejadian malang ini kami telah ke rumah keluarga arwah utk menyampaikan salam takziah bagi pihak jabatan dan organisasi. Sangat sedih mendengar penjelasan bapa di kanak kanak malang ini. Terdapat juga beberapa guru dari sekolah arwah belajar menziarah sama.

Semoga keluarga arwah redha tabah dan sabar dengan kejadian malang ini. kata nya arwah seorang kanak kanak yg aktif dan periang. Esok jenazah akan di sempurnakan sebaik sahaja di bawa balik dari Hospital. 

al fatihah


bukaan yg di katakan di panjat


satu lagi bukaan di hujung blok

sekian lapuran.. 
esok rasanya ada dalam akhbar THE STAR

13 comments:

Kakcik Nur said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Al Fatihah.

Acik Erna said...

Innalillahhiwainnailaihirojiun..AFatihan..

Rai Ourkizuna said...

innalillah.. sedihnya..

kakyon said...

al fatihah.kata orang..malang tak berbau..

zino said...

Kakcik juriah
Itu lah sedih bila berjumpa keluarga mangsa.

zino said...

Acik erna
Amin

zino said...

Rai Ourkizuna
Sangat sedih

zino said...

Kakyon
Betul tu

MOKCIK AZWA said...

Kanak-kanak ni kadang2 tak berfikir panjang akan akibat perbuatan mereka..ingat nak main suka2 sahaja..

semoga keluarg arwah tabah menghadapi dugaan. Al Fatihah buat arwah..

Sham said...

salam sahabat...

Allah... sedihnya dengar... kita yang ada anak kecil ni beringat2lah selalu...

Innalillah...

zino said...

Azwa
Betul tu.. Yg dia tau main dan berseronok.

zino said...

Azwa
Betul tu.. Yg dia tau main dan berseronok.

zino said...

Sham
Betul tu.. Salam