Friday, June 27, 2014

mantai..

Assalamualaikum..

beberapa hari lagi kita dah nak puasa... tak sabar rasa nya nak mula berpuasa semula.. semoga ibadat puasa kita kali ini ada lah yg terbaik yg pernah kita kerjakan.. insyaAllah..

Setiap kali menjelang puasa teringat kisah dolu dolu di kampong.. masa dulu sebelum tiba ramadhan.. biasanya sehari dua sebelum ramadhan akan ada majlis bantai.. apa benda mantai tu ? Mantai ini sekarang dah tak di amalkan lagi tapi tak tau la kalau ada kampong yg masih memegang tradisi ni.. zino melihat nya sebagai satu muafakat masyarakat kampong.. seminggu dua sebelum sampai ramadhan orang kampong dah buat persediaan utk mantai.. mengumpulkan sebanyak boleh nama nama yg nak berkongsi membeli dan menyembelih seekor kerbau atau lembu.. kalau kat kg femes kerbau la.. 

orang kampong dolu dolu lagi dah guno b enggeris ni.. dia sebut syer.. (share) ia itu jumlah yg perlu di bayar utk satu syer (bahagian) .. yg anak ramai atau ada rezeki lebih akan ambik lebih dari satu syer.. satu syer kalau tak salah dalam 10 ke 15 inggit je..masa tu.. tapi makin lama makin tinggi nilai nya bergantung kepada nilai semasa seekor kerbau dan berapa ramai yg ada dalam satu kumpulan tu.. 

sembelih kerbau di jalankan secara gotong royong.. sehingga lah sampai membahagikan daging sembelihan tu.. setiap satu syer akan dapat daging dan semua bahagian dalam kerbau tu di bahagi sama rata.. hati limpa paru2 tulang perut semua dapat sorang sikit .. tapi kepala dan tulang yg besar tu di lelong kepada sedara yg berminat.. berlaku lah proses lelong yg sangat meriah gurau senda gelak ketawa sesama sedara.. biasanya ini la masa sedara yg balik dari jauh yg ada kedudukan yg ada rezeki yg lebih mengambil bahagian dalam lelongan tu.. bukan utk menunjuk siapa yg lebih kaya tapi sama sama menyumbang supaya harga lelongan tinggi dan keuntungan itu di bahagi sama rata ..

itu la mantai mana nya.. selain masak daging mantai buat rendang dan lempap.. biasa nya ada lemang ketupat dan sebagai nya... itu dulu.. sekarang daging tu tetap ada masak masak tu masih ada tapi suasana bantai tu dah tak ada .. tak ada lagi dah daging syer.. tak ada lagi dah proses lelong.. tak ada lagi dah gotong royong menyembelih dan membahagikan daging .. nak daging kena beli kat simpang.. hehe




gambar google

Sunday, June 22, 2014

Kata orang.....

Assalamualaikum...

Semoga anda ceria di hari minggu ni.. Dan menggunakan kesempatan yg ada utk bersama keluarga tersayang.. Apa cerita kita kali ni ya... Tajuk tu macam best je macam ada yg nak di gossip kan hehe.. Tapi ini bukan gossip tapi betul2 kejadian.. Tapi kata orang la...

Kata orang bila kita sebut nak beli kereta baru ke nak tukar kereta ke kereta kita yg sedia ada tu mula la merajuk... Hehe betul ke . ? Itu lah kisah yg zino nak share kan ni.. B gaimana zino berpeluh2 utk menghidupkan injin kereta tu.. Bukan masaalah besa pun sikit je.. Sebelum injin boleh di hidupkan ada satu suiz lain yg perlu deactive kan.. Dalam keadaan injin mati ada satu lampu yg berkelip kelip dan bila satu punat tu di lekat kan kat situ lampu akan padam dan baru boleh hidupkan injin.. Ini semua utk keselamatan kereta kita la.. Sebelum ni ok je tak la masaalah sangat kalau tak mau hidup pun usik sana colek sini ok la.. Tapi semalam langsung tak boleh..

Bila tak mau padam zino kena angkat sikit dashboard tu dan masukkan jari bawah tu tolak tolak wire yg berselirat bawah tu.. Biasanya satu pin kecik yg tenggelam kat tengah tu akan terkeluar semula dan baru boleh sentuh dengan punat tu.. Dan lampu pun dapam dan injin baru boleh di hidupkan.. Bila dah susah sangat zino terfikir lebih baik bypass je suiz tu dan terus boleh hidupkan injin macam kereta biasa.. Sekarang kereta hidupkan pakai push button je hehe..

Ajak la alang cari kedai asoseri kereta ni.. Bila tanya woksop dia kata tak boleh buat itu bukan kerja makanik itu kerja eloktronik. Kedai pertama zino tanya.. Tokei yg sangat menyombong.. Tak habis lagi ayat tanya dia dah jawab tak boleh oo kena tukar alarm baru.. Dengan muka selamba sambil memicit2 talipon.. Berwhatapps la tu.. Bila zino tanya lagi pekerja dia yg jawab boleh buat tapi ambil masa lama kurang2 tiga jam dan kos lebih kurang  RM220.00 tapi cara staff dia cakap pun sama sombong dengan bos dia tu.. Menyampah pulak tengok.. Mentang2 zino bawa kereta buruk kau tak mau layan ya...

Kami pun bla dan pergi ke kedai kedua.. Beberapa pekerja senyum je nampak kami sampai.. Rezeki dah sampai hehe.. Zino tanya soalan yg sama boleh buat bypass tak suiz kereta ni.. Spontan dia kata boleh tapi dia pun bagi alasan yg lebih kurang sama .. nak buat kena ambil masa tiga jam dan kos nya 280.00 lebih mahal dar kedai pertama.. selepas berbincang dia janji nak kurang kan tapi tak mau cakap berapa.. kata nya biar dia tengok dulu.. akhirnya zino bersetuju utk buat bypass di kedai tu.. sementara dia mebuka dashboard kereta zino kami ke kedai sebelah makan aiskrim.. lepas dua jam kami datang balik.. kerja kerja hampir selesai katanya.. dan dia juga kata alarm masih boleh guna central lock pun masih berfungsi.

Bila dah siap zino tanga harga berapa dia tak cakap tapi minta zino ke kaunter.. bill dah sedia katanya.. bila nak bayar casher tu kata 200.. alhamdulilah dia bagi diskaun banyak juga.. tapi yg penting masaalah dah selesai dan lepas ni tak perlu lagi guna suiz ke kedua tu utk hidupkan injin..












Sunday, June 15, 2014

Kisah cuti dan worldcup

Assalamualaikum
Esok dah masuk kerja.. Cuti dah habis.. Memula ingat nak cuti dua tiga hari je tapi alang alang cuti saya ambik straight seminggu.. Tapi walaupun cuti ada juga melayan hal hal pejabat.. Ada beberapa call yg masuk yg perlu di layan.. Bos pun ada call itu tak jadi masaalah.. Komunikasi sekarang ni mudah.. Bebila pun boleh saling berhubung.. Lagi satu kemudahan media sosial seperti whatapps di gunakan sepenuhnya.. Di mana juga berada urusan boleh di teruskan . Arahan masih boleh di berikan .. Jawapan kepada permasaalahan boleh di selesaikan.. 

Kisah cuti2 kemana telah pun di ceritakan sebelum ni.. Kebetulan sekarang ni tengah demam bola.. Kat rumah ni ada dua orang je yg menjadi peminat bola ni.. Angah dan alang.. Yg lain tu tak ada lah nak berembun pasal bola ni.. Tambah lagi bila tak ada astro.. Langsung tiada la yg nak bangun pasal bola.. Alang tengok online kot. Tak tau la dia tengok sensorang dalam bilik tu.. Saya nak bangun pasal bola ni tak la kot hehe.. Cuma bila orang bercerita pasal bola ketinggalan zaman je lah jadi nya.. Tak tau kat mana nak nyampuk hehe

Cerita kisah bola piala dunia ni.. Zino selalu teringat satu peristiwa.. World cup tahun berapa tak ingat la. Tapi masa world cup tu zino terlantar di hospital pusrawi akibat demam denggi. Masa tu pusrawi masih di jalan ipoh.. Kalau tak salah wad zino di tingkat 3 mengadap ke pwtc belakang tu. Kat bawah tu ada deretan gerai makan yg setiap malam penuh dengan pelanggan. Masa worldcup sampai ke pagi la gerai tu dengan pelanggan yg menjamu selera dan tengok bola... Memang riuh la 

Sape yg pernah kena denggi mungkin pernah rasa sakit kepala yg amat sangat.. Itu yg zino idap beberapa malam di pusrawi. Sakit kepala yg teruk.. Beberapa kali mengadu dengan misi dan makan ubat yg di berikan. Tapi sakit kepala tak mau reda.. Misi bagi minyak cap kapak... Sapu kat dahi sapu sebelah kiri sapu sebelah kanan kepala tapi tak rasa apa pun.. Dah boleh buat basuh muka minyak tuntapi langsung tak bagi kesan.. Rasa nak pecah kepala.. Masa tu juga lah di bawah sana riuh rendah dengan sorak pelanggan yg menonton bola.. Sekejap2 dengar jeritan GOLLLLLLL.... Aduhh bertambah sakit jadi nya.. Nak jerit pun dah tak larat.. Sekejap,lagi dengar lagi mereka menjerit.  GOLLLLLL.... 

Tak ada apa yg boleh zino buat.. Sendiri sakit sendiri kena tanggung.. Mereka yg bersotak mana lah tau ada orang sakit kepala kat atas tu.. Kalau pun mereka tau tak ada apa yg boleh mereka buat.. Tak kan lah nak sorak dengan sopan kot.. Bila dah beramai2 tu dan team yg dimsokong sedang beraksi.. Tentu bertambah excited.. Kalau zino minat bola mau juga minta misi buka kan Tv.. 

Sekarang demam bola datang lagi.. Tak tau la nanti macam mana kat opis tu.. Ramai yg datang lewat ke .? Ramai yg mc ke? Ramai yg berbual pasal bola tak habis2 ke atau ada yg tidu dalam opis hehe.. 

Saturday, June 14, 2014

kisah cuti cuti..

kisah nya bermula hari kamis minggu lepas .. tetiba mem tanya "tak cuti kemana2 ke ? minggu depan dah last cuti sekolah.. ".. bila zino tanya 
"nak kemana?" mem kata 
"mana mana lah.." 
"kalau macam tu cuti kat KL je lah.."
"apa ?? cuti kat KL abah buat lawak ya?" tetiba adik mencelah hehe..
"apa kata pegi bukit tinggi relak kat sana sejuk sikit" zino bagi cadangan..
"adik nak kolam!!" cepat je adik demand.
"nak relak je tak nak jalan jalan" mem pulak mencelah.. 
"pegilah mana mana tak mau dekat sangat tak mau jauh sangat.. " 
"dan ada kolam !!! " itu syarat adik..

pening juga zino memikir nak pegi mana , tak jauh sangat tak dekat sangat.. tak jauh tu berapa jauh?? hehe.. fikir punya fikir zino nak cadang pegi PD je lah.. tapi zino tak bagi tau dia orang.. dalam pada tu surf internet tanya pak cik Google tempat nak menginap.. PD ni dah selalu pergi.. sama ada pergi bersama famili atau zino kesana kerana seminar mesyuarat dan sebagainya.. so kalau nak kesana biar la tempat penginapan yg baru yg tak sesak yg boleh relak yg ada privasi.. yg ada surprise sikit hehe.. lepas satu satu hotel atau resort zino check.. ada yg fully booked dan ada juga yg masih available.. ada yg mahal ada yg sederhana.. yg murah cuti sekolah ni payah la nak cari. 

akhirnya zino decide nak duduk satu hotel sederhana ni.. nampak macam tak pernah sampai ke pantai area tu.. baca komen dari pelanggan yg pernah kesana pun macam ok je.. bilik pun tak banyak makna nya tak ramai la nanti.. yg penting ada WiFi ada kolam dan dekat dengan pantai.. tapi bila hotel yg sederhana kena lah set mind segala nya akan sederhana bila ke sana.. zino pun booked 3 malam.. bayar pun online.. sampai masa kami pun bertolak ke Port Dickson.. mem tertanya tanya hotel apa kat mana berapa inggit semalam.. hehe dia ingat mesti zino book hotel yg biasa pergi dulu.. bila cakap hotel ni tak pernah sampai dan tempat ni pun tak pernah sampai hehe.. dia macam blurr je .. takut matlamat nak rehat tak tercapai kot hehe

Malam pertama sampai tu kami tak kemana pun tak turun ke laut pun cuma fikirkan mana nak dinner malam tu. kat PD ni ada sorang kawan blogger (dulu la selalu blogging sekarang dah tutup kedai.. ) tapi jadi kawan FB pulak hehe.. Malam tu set la dinner kat area teluk Kemang ..kami sampai dulu.. kemudian Ummi Qaseh datang joint.. dia tak makan pun diet katanya datang minum dan berbual je lah..

esok nya baru nak ke pantai.. lepas sarapan, kami turun tengok kolam.. tak besar sangat dan tak kecil sangat.. lepas tu turun pulak ke pantai.. dari hotel dekat je ke pantai nya.. dan tak ada hotel lain bersebelahan seolah olah pantai ni exklusif utk hotel ni je.. ada laluan utk orang awam masuk kesini dari satu laluan yg sempit.. antara dua lot tanah (pagar) maka tak ramai lah yg tau pantai ni atau minat nak kesini.. bila berjalan menyusur tepian pantai.. zino tengok air nya jernih dan tidak berkelodak macam di pantai teluk kemang (dulu la) sekarang tak tau la macam mana masih berkelodak atau dan bersih suci murni.. dah lama tak ke pantai tu.. lalu tu biasa la.. bila tengok air yg jernih tu teruja juga zino nak berendam.. tapi tak boleh lawan la pantai di Pulau Pulau.. 

apa lagi.. zino dan adik pun berendam lah dalam beberapa jam.. mem duduk bawah pokok baca buku.. itu yg mem nak sebenarnya santai baca buku dan baca buku.. bila dah lapar baru kami naik.. dan bersiap utk lunch di luar.. menjelang senja aktiviti shoot matahari terbenam.. itu je lah kerja kami tiga malam di sana.. sempat juga ke taman Oshrich sempat juga ke Riverfront..Port Dickson.. pendek kata lupa kan kerja lupakan kesesakan di KL lupakan yg lain.. enjoy the holiday.. zino harap mem dengan adik pun enjoy la.. 

Sebelum balik kami ke melaka dulu makan asam pedas dan minum coconut shake..Klebang.. nak balik KL pun zino tak ikut hiway.. ikut balik jalan pantai .. masuk balik PD dan terus ke Seremban sebelum masuk hiway ke KL.. seronok bila ikut jalan kampong ni.. tak mengantuk dan tak terasa panas.. bila masuk hiway je mula lah mata mengantuk... nasib baik sempat sampai ke rumah dengan selamat ... alhamdulilah.. yg lain tu jom kita tengok gambar2 je hehe


























sekian...


Friday, June 13, 2014

Percutian singkat

https://plus.google.com/112488324852879017566/stories/aca6036c-b21c-3ce8-9610-fc0a58f0b062146928e8f52/1?authkey=CPL-v_7hwP7MYg

Tuesday, June 10, 2014

Retak seribu..

Assalamualaikum....

Bangun tidu je benda pertama yg di capai ipad.. tak semena mena prakkk!!! Betul ke bunyi cam tu bunyi benda jatuh.. bunyi benda leper nipis terhempas... memula zino tak perasan pun apa yg jatuh...

Adik pun ambil di lantai dan berkata,
"abah ipad dah retak.. " terkejut zino dengar...

"laa kenapa sampai jatuh? Adik pegang macam mana ?"

Aduhh sedih nya tengok..retak merata rata...

"Adik tak buat apa pun tetiba dia jatuh..!!" 
Adik cuba beri penjelasan.. Memang zino nampak adik bangun dari katil terus capai ipad sambil berdiri.. dan tetiba bunyi benda jatuh..  zino tak perasan apa yg jatuh sehingga adik tunjuk..


Apa nak buat benda dah berlaku.. kena lah sediakan kos utk baikki nya.. bila zino pos dalam FB macam2 ulasan kawan bagi dengan kos baikki juga pelbagai.. bila zino google rupanya kes screen ipad retak ni di ceritakan dalam blog rupanya dah banyak kes berlaku .. dan ada satu blog tu siap bagi alamat kedai dan no talipon lagi di mana tempat dia ganti screen tu.. 

nanti lah balik cuti nanti kena lah kesana..


Saturday, June 7, 2014

ada "orang" duduk di kerusi...

Assalamualaikum..

apabila Riz Ardy mengadu dia nampak "orang" duduk di kerusi di sudut bilik.. (tak takut ke?) zino teringat beberapa insiden yg di ceritakan arwah mak mertua dan uwan zino beberapa bulan sebelum dia meninggal.. maybe beberapa tahun juga kot.. 

Satu hari tu kakak balik dari sekolah.. tetiba uwan dia kata, " hafizah !! kenapa duduk atas riba orang tua tu ?? " itu lah lebih kurang ayat yg arwah sebut kat cucu bila dia "nampak" kakak duduk di sofa..arwah nampak seorang tua berserban duduk di sofa.. kakak pun apa lagi terkejut beruk.. mana ada orang kat depan tu.. yg ada di rumah masa tu hanya dia dan uwan je.. apa lagi Hafizah ketakutan lantas lari keluar dari rumah ke rumah jiran (kawan sekolah dia juga) selang beberapa rumah dari rumah zino tunggu di situ sehingga kami balik kerja. Dia kata uwan takut kan dia...

Arwah juga selalu mengadu.. setiap kali dia nak tidu ada seorang tua bersama anak kecil duduk kat sudut bilik tu memerhatikan dia tidu. Kadang kadang dia panggil mem beritau ada orang kat dalam bilik tu.. bila mem kata mana ada orang dia tak puas hati sebab dia memang nampak.. kita je yg tak nampak.. malah kat mana saja dia duduk ada saja "sesaorang memerhatikan nya" 

Arwah uwan zino juga dulu macam tu.. seperti yg di ceritakan mak .. ada satu hari tu uwan panggil mak, "kenapa tak buat air? abah kau dah lama sampai kat depan tu.. " sedangkan arwah atuk meninggal masa zino belum sekolah lagi.. dan ada banyak lagi kisah kisah yang di ceritakan yg arwah uwan "boleh" melihat apa yg kita tak boleh nampak...

siapa yg mereka nampak??? 


Friday, June 6, 2014

Bila tiba ajal nya....

Assalamualaikum..

Hari sabtu lepas mesej dan call dari kakak dari India.. Dia dengan sorang lagi kawan menemani kawan nya ke Banggalore dengan kenderaan utk fly balik ke kL .. Mak kawan kakak ada di ICU  HKL . Risau juga bila  kakak bersama kawan nya berjalan jauh dengan kenderaan berkereta dari Manipal ke Banggalore.. Jarak dari Manipal ke Banggalore agak jauh.. Sehingga perlu bermalam di Banggalore sebelum kembali ke Manipal. 

Semalam kakak mesej lagi menceritakan keadaan mak kawan dia tu.. Dan kami pun bercadang utk datang ziarah di HKL.. Tengah hari tadi mem datang ke opis zino utk sama sama ke HKl.. Tapi sebelum sempat mem sampai . Kakak mesej.. Berita yg baru di terima nya.. Mak kawan dia telah kembali ke rahmatullah.. Innalilahiwainnalilahirojiun. Plan ke HKL di batalkan tapi kami terus ke Selayang . Kata nya jenazah akan di kebumi selepas zohor.. Dengan bantuan GPS sempat juga kami sampai ke surau.. Masa kami sampai sembahyang jenazah sedang di dirikan.. Tak sempat nak bersama menyembayangkan jenazah.. Selesai solat,  jenazah di bawa ke tanah perkuburan berhampiran utk di semadikan. 

Kami juga ikut sama ke tanah perkuburan.. Sempat berjumpa dengan bapa kawan kakak.. Tapi zino tak tunggu sehingga urusan selesai sebab ada urusan di pejabat.. Semoga keluarga kawan kakak redha  tabah dan sabar dengan ujian yg berat ini. Dari Dia kita datang Kepada Nya kita di kembalikan.. Semoga roh nya di tempatkan bersama roh orang beriman..amin. 

Monday, June 2, 2014

Jom ke sekolah



Assalamualaikum..

Kalau nak tau itu lah sekolah zino masa sekolah rendah dulu.. Dulu sampai darjah tiga je.. Bila masuk darjah empat pindah ke sekolah Rendah Astana Raja.. Masuk sekolah menengah pindah lagi. Kalau ikut jarak rasa nya sekolah ni lebih kurang 3 km dari rumah mak. Nak ke sekolah ni jalan kaki je.. Mana ada bas sekolah time tu.. Beskal tak mampu nak beli. Lagi pun dalam kampong je tak terasa jauh nya pun. Bangunan asal sekolah ni yg kat depan tu je.. Bangunan kayu setingkat .kelas pun masa tu ada tiga je darjah satu dua dan tiga..

Zaman zino sekolah dulu belanja seposen pun cukup.. Biasa ayah bagi zino 20 sen. Masa tu ayah masih tak masuk askar melayu lagi..ayah masih bertugas di singapura dalam RAAF.. Cuma bila singapura berpisah dari malaysia dalam tahun 65 ayah balik ke kampong dan kemudian masuk askar melayu di Port Dickson. Nak makan masa tu seposen je dah cukup 5 sen beli meehoon ke kueh ke apa ke lagi 5 sen beli air.. lagi 10 sen zino simpan. Setiap kali pegi kantin  memang meriah .. Tak menang tangan atok kantin tu melayan budak budak ni termasuk zino la masa tu. Kami panggil atok tu Tok Siak .. Sebenar nya dia atuk sedara zino juga la hehe..

Bila musim buah2an Tok Siak akan petik buah2 an.. Yg banyak rambutan la.. zino peratikan pokok rambutan masih ada.. tak tau la pokok yg sama atau tanam baru. Dan cikgu akan bahagikan kepada murid2. Kami  beratur panjang la nak dapat setangkai dua rambutan.. Dalam ramai ramai cikgu dulu ada sorang cikgu yg zino tak akan lupa apa yg dia buat masa zino sekolah dulu.. Tapi tak payah la zino cerita apa yg zino tu selalu buat.. Biar le jadi satu sejarah dalam hidup budak2 dalam kelas tu dulu. Masa belajar guna papan hijau dengan kapur.. setiap murid ada sekeping papan hijau tu ..saiz sebesar ipad skrg kot atau besar sikit.. kat papan tu la kami belajar ABC 

Tapi yg paling best nak cerita setiap kali  periksa penggal zino dapat no satu hehe.. Dan nak tau apa hadiah nya? No satu pinggan tiga biji.. No dua 2 biji dan no 3 satu biji.. Hehe mak kata pinggan2 tu masih di simpan dalam lemari bawah tangga kat kg tu. Cuma zino dah lupo macam mana rupa pinggan tu dulu.. Dah jadi pinggan antik tu . Kalau ingat nanti balik kg nak minta mak kluarkan dan boleh berselfie dengan pinggan tu.. Tahun berapa tu? 63 ke 66.. Hehe.. Dah lahir lom