kisah nya bermula hari kamis minggu lepas .. tetiba mem tanya "tak cuti kemana2 ke ? minggu depan dah last cuti sekolah.. ".. bila zino tanya
"nak kemana?" mem kata
"mana mana lah.."
"kalau macam tu cuti kat KL je lah.."
"apa ?? cuti kat KL abah buat lawak ya?" tetiba adik mencelah hehe..
"apa kata pegi bukit tinggi relak kat sana sejuk sikit" zino bagi cadangan..
"adik nak kolam!!" cepat je adik demand.
"nak relak je tak nak jalan jalan" mem pulak mencelah..
"pegilah mana mana tak mau dekat sangat tak mau jauh sangat.. "
"dan ada kolam !!! " itu syarat adik..
pening juga zino memikir nak pegi mana , tak jauh sangat tak dekat sangat.. tak jauh tu berapa jauh?? hehe.. fikir punya fikir zino nak cadang pegi PD je lah.. tapi zino tak bagi tau dia orang.. dalam pada tu surf internet tanya pak cik Google tempat nak menginap.. PD ni dah selalu pergi.. sama ada pergi bersama famili atau zino kesana kerana seminar mesyuarat dan sebagainya.. so kalau nak kesana biar la tempat penginapan yg baru yg tak sesak yg boleh relak yg ada privasi.. yg ada surprise sikit hehe.. lepas satu satu hotel atau resort zino check.. ada yg fully booked dan ada juga yg masih available.. ada yg mahal ada yg sederhana.. yg murah cuti sekolah ni payah la nak cari.
akhirnya zino decide nak duduk satu hotel sederhana ni.. nampak macam tak pernah sampai ke pantai area tu.. baca komen dari pelanggan yg pernah kesana pun macam ok je.. bilik pun tak banyak makna nya tak ramai la nanti.. yg penting ada WiFi ada kolam dan dekat dengan pantai.. tapi bila hotel yg sederhana kena lah set mind segala nya akan sederhana bila ke sana.. zino pun booked 3 malam.. bayar pun online.. sampai masa kami pun bertolak ke Port Dickson.. mem tertanya tanya hotel apa kat mana berapa inggit semalam.. hehe dia ingat mesti zino book hotel yg biasa pergi dulu.. bila cakap hotel ni tak pernah sampai dan tempat ni pun tak pernah sampai hehe.. dia macam blurr je .. takut matlamat nak rehat tak tercapai kot hehe
Malam pertama sampai tu kami tak kemana pun tak turun ke laut pun cuma fikirkan mana nak dinner malam tu. kat PD ni ada sorang kawan blogger (dulu la selalu blogging sekarang dah tutup kedai.. ) tapi jadi kawan FB pulak hehe.. Malam tu set la dinner kat area teluk Kemang ..kami sampai dulu.. kemudian Ummi Qaseh datang joint.. dia tak makan pun diet katanya datang minum dan berbual je lah..
esok nya baru nak ke pantai.. lepas sarapan, kami turun tengok kolam.. tak besar sangat dan tak kecil sangat.. lepas tu turun pulak ke pantai.. dari hotel dekat je ke pantai nya.. dan tak ada hotel lain bersebelahan seolah olah pantai ni exklusif utk hotel ni je.. ada laluan utk orang awam masuk kesini dari satu laluan yg sempit.. antara dua lot tanah (pagar) maka tak ramai lah yg tau pantai ni atau minat nak kesini.. bila berjalan menyusur tepian pantai.. zino tengok air nya jernih dan tidak berkelodak macam di pantai teluk kemang (dulu la) sekarang tak tau la macam mana masih berkelodak atau dan bersih suci murni.. dah lama tak ke pantai tu.. lalu tu biasa la.. bila tengok air yg jernih tu teruja juga zino nak berendam.. tapi tak boleh lawan la pantai di Pulau Pulau..
apa lagi.. zino dan adik pun berendam lah dalam beberapa jam.. mem duduk bawah pokok baca buku.. itu yg mem nak sebenarnya santai baca buku dan baca buku.. bila dah lapar baru kami naik.. dan bersiap utk lunch di luar.. menjelang senja aktiviti shoot matahari terbenam.. itu je lah kerja kami tiga malam di sana.. sempat juga ke taman Oshrich sempat juga ke Riverfront..Port Dickson.. pendek kata lupa kan kerja lupakan kesesakan di KL lupakan yg lain.. enjoy the holiday.. zino harap mem dengan adik pun enjoy la..
Sebelum balik kami ke melaka dulu makan asam pedas dan minum coconut shake..Klebang.. nak balik KL pun zino tak ikut hiway.. ikut balik jalan pantai .. masuk balik PD dan terus ke Seremban sebelum masuk hiway ke KL.. seronok bila ikut jalan kampong ni.. tak mengantuk dan tak terasa panas.. bila masuk hiway je mula lah mata mengantuk... nasib baik sempat sampai ke rumah dengan selamat ... alhamdulilah.. yg lain tu jom kita tengok gambar2 je hehe
sekian...
No comments:
Post a Comment