Monday, June 2, 2014

Jom ke sekolah



Assalamualaikum..

Kalau nak tau itu lah sekolah zino masa sekolah rendah dulu.. Dulu sampai darjah tiga je.. Bila masuk darjah empat pindah ke sekolah Rendah Astana Raja.. Masuk sekolah menengah pindah lagi. Kalau ikut jarak rasa nya sekolah ni lebih kurang 3 km dari rumah mak. Nak ke sekolah ni jalan kaki je.. Mana ada bas sekolah time tu.. Beskal tak mampu nak beli. Lagi pun dalam kampong je tak terasa jauh nya pun. Bangunan asal sekolah ni yg kat depan tu je.. Bangunan kayu setingkat .kelas pun masa tu ada tiga je darjah satu dua dan tiga..

Zaman zino sekolah dulu belanja seposen pun cukup.. Biasa ayah bagi zino 20 sen. Masa tu ayah masih tak masuk askar melayu lagi..ayah masih bertugas di singapura dalam RAAF.. Cuma bila singapura berpisah dari malaysia dalam tahun 65 ayah balik ke kampong dan kemudian masuk askar melayu di Port Dickson. Nak makan masa tu seposen je dah cukup 5 sen beli meehoon ke kueh ke apa ke lagi 5 sen beli air.. lagi 10 sen zino simpan. Setiap kali pegi kantin  memang meriah .. Tak menang tangan atok kantin tu melayan budak budak ni termasuk zino la masa tu. Kami panggil atok tu Tok Siak .. Sebenar nya dia atuk sedara zino juga la hehe..

Bila musim buah2an Tok Siak akan petik buah2 an.. Yg banyak rambutan la.. zino peratikan pokok rambutan masih ada.. tak tau la pokok yg sama atau tanam baru. Dan cikgu akan bahagikan kepada murid2. Kami  beratur panjang la nak dapat setangkai dua rambutan.. Dalam ramai ramai cikgu dulu ada sorang cikgu yg zino tak akan lupa apa yg dia buat masa zino sekolah dulu.. Tapi tak payah la zino cerita apa yg zino tu selalu buat.. Biar le jadi satu sejarah dalam hidup budak2 dalam kelas tu dulu. Masa belajar guna papan hijau dengan kapur.. setiap murid ada sekeping papan hijau tu ..saiz sebesar ipad skrg kot atau besar sikit.. kat papan tu la kami belajar ABC 

Tapi yg paling best nak cerita setiap kali  periksa penggal zino dapat no satu hehe.. Dan nak tau apa hadiah nya? No satu pinggan tiga biji.. No dua 2 biji dan no 3 satu biji.. Hehe mak kata pinggan2 tu masih di simpan dalam lemari bawah tangga kat kg tu. Cuma zino dah lupo macam mana rupa pinggan tu dulu.. Dah jadi pinggan antik tu . Kalau ingat nanti balik kg nak minta mak kluarkan dan boleh berselfie dengan pinggan tu.. Tahun berapa tu? 63 ke 66.. Hehe.. Dah lahir lom

6 comments:

Acik Erna said...

Teringat tok siak dengan kuih bungkus e.sebungkus 5 sen.kau pindah astana rajo..sey lak masuk jah satu hi hi..sejarah

zino said...

Acik erna

Nak moli kek kantin tok siak tu dulu begebut hehe

Angah said...

amboi...bernostalgia nampak...

zino said...

Angah
Kisah silam hehe

kakyon said...

wahh..terkenang zaman silam nmpk..hee

zino said...

Kakyong..
Itu la tetiba je hehe