Wednesday, December 13, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 2

Assalamualaikum....

Sapertimana abah janjikan utk sambung cerita semalamkan.. ok ini kisah selanjutnya.. mula2 jom kita terbang ke LONDON sama2 ,kemudian kita jalan sama2 ya.. ada banyak tempat nak lawat ni..

Kami fly dari Airport Changi, Singapura.. menaikki penerbangan terus ke Gatwich UK menggunakan penerbangan Norwegien Air .. terus tu makna nya 15 jam duduk dalam Kapal Terbang !!! anda mampu... naik kematu bontot hehe

oo sebelum tu nak cerita sikit macam mana abah terjebak pegi ke ICELAND ni..ehh dah cerita ke?  memula terbaca posting myAdvanture trip dalam wall.. dia offer siapa nak ikut dia holiday ke ICELAND .. spontan abah respond .. "nak ikut..!!" lepas tu Mufid mesej abah kami berbincang serba sedikit.. bertukar no hp... kemudian tanya mak.. akhirnya kami setuju ikut dia cuti bersama.. 


ini semasa di Changi Airport masih awal.. sempat la meronda Airport yg cantik ni. 


ini lah pasangan Ustaz Mufid dan Ustazah Ain yg menjadi perancang utama percutian ini. Mereka lah menyediakan segala2nya ..abah dengan mak tau mengekor je hehe. 


bersedia utk boarding... di sini lah baru sempat utk kami berkenalan menyelam hati budi masing masing.. sebelum ni? belum pernah jumpa hehe.. kebetulan juga hari ini (hari penerbangan) merupakan hari jadi Ustaz.. 


bersedia utk berlepas.. bayangkan duduk kaku di situ selama 15 jam.. sebelum ni pernah juga terbang terus ke LONDON  menggunakan MAS.. tapi tempat duduk boleh di baring penuh.. sempek la bekoroh.. hehe.. yg ni tidur2 ayam ke itik tak tau la.. lolap jago lolap jago tak sampai2 hehe


tada..!!! dah sampai Gatwich UK ..tak jauh dari LONDON .. sampai awal pagi.. keluar je kawasan airport mencengkam sejuk e.. masa ni pakaian belum berlapis2 lagi.. long john pun tak pakai lagi .. agenda pertama nak dapatkan kereta sewa.. nak ke sana kena tunggu shuttle .. 


ini lah bus stop utk tunggu shuttle.. kat sini dah mula berdikari.. tak ada kapet merah tak ada bunga mangga yg sambut kami tiba.. semua kena pandai2 sendiri.. baca balik instruction yg di beri masa book kereta tu. ini semua tugas ustaz dan isteri melakukan nya kami kan tau mengekor je. 


walaupun kesejukan menunggu senyum tetap senyum . gambar2 ni juga nak hantar kat anak2 mereka juga nak tau abah dengan mak ok ke tak.. maklum la juah.. tempat sejuk pulak tu.. ada peluang WiFi kami berkomunikasi dalam whatapps 


Cabaran pertama berlaku semasa nak ambik kereta. minah yg bertugas pagi tu kata ustaz tak layak memandu sebab lesen baru.. penat beri penjelasan itu bukan lesen baru tapi lesen baru renew.. tapi dia tetap tak lepaskan syarat memandu pengalaman lebih 2 tahun. last last tukar driver .. abah yg pandu bila tunjuk lesen dia kata boleh.. fuhh lega.. dan abah juga yg perlu ambil insuran bayar guna kad abah.. sampai satu ketika dia kata tak jadi ambil kereta pun tak apa dia boleh hantar kami ke airport semula.. hehe.. 


selesai bab kereta distinasi pertama yg di tuju Islamic Centre di Gatwich.. utk solat subuh.. merasa lah abah drive kereta  Volvo yg serba baru.... duduk je kat tempat driver tu kelamkabut kejap apo yg nak di colek ni hehe


Di UK driver sebelah kanan sama macam kat Malaysia so mudah la sikit.. cuba tengok kat belakang tu nampak dua beg kan... cabaran kedua yg perlu kami lalui bagaimana nak sumbat semua 8 beg dalam kereta tu.. susun sampai tak nampak nak tengok belakang.. lain kali kalau travel mcm ni kena syaratkan satu beg besar satu backpack yg boleh di pangku.. hehe.. dua tiga kali adjust juga la hehe..


distinasi pertama lawatan ialah COMBE CASTLE . Ia merupakan sebuah kampong yg terletak di wiltshire England lebih kurang 5 batu dari Chippenham. lebih kurang dua jam perjalan juga la.. dari Gatwich.

oo gambar atas tu kesempatan berselfie dengan kereta poshe yg park belakang volvo kami .. sekali owner dia ada kat sebelah dah.. haha yg lain kempunan nak bergambar . masa ni kami berenti rehat di RnR hiway ke Combe Castle . kat sini RnR di panggil SERVICE.


Sebelum masuk ke hiway atau semasa keluar dari hiway abah tertarik dengan pemandangan di kiri kanan jalan. sejuk dan nyaman.. kebanyakkan pokok dah togel tak berdaun.. yg berdaun pun dah kekuning2an menunggu masa utk berguguran


cantik kan.. sambil drive pun sempat tangkap gambar.. harap2 tak masuk CCTV la hehe.. 


rumah rumah kampong ni pun nampak sangat menarik.. terasa macam nak stay lama je.. hehe kalau berjalan di tengah kota LONDON  tak jumpa la pemandanan macam ni kot..


ini sebenarnya rumah orang di area castle combe tu.. side entrance la kot cantik je.. pekenan tengok.


rakam satu kat sini.. masih di sekitar tempat yg sama rumah yg berpenghuni. rumah traditional tapi kereta tu moden. ehh macam kereta merah tadi pulak.. hehe


kat tempat kita pemandangan lebih kurang macam ni kat area cameron highland ada kot.. rumah2 peninggalan British dulu dulu. 


ini sebahagian dari castle Combe.. cantik dan mempesonakan . tak jemu mata memandang.. bangunan2 lama yg kukuh dan akitektur yg sangat menawan hati.. setuju kan. 


kena pulak dengan pancaran sinaran matahari pagi.. 



sepanjang2 jalan tu deretan bangunan lama yg masih cantik.. di pelihara sebagai salah satu daya tarikan pelancong.. recomended utk di masukkan dalam kalender pelancongan anda insyaallah.. 


mem dengan beg nya... bila balik nanti dah tak guna beg tu dah.. oops tercakap pulak hehe


di mana mana sudut pun sangat cantik... sebenarnya ada berpuloh2 gambar kat sini... gambar dari hp dan gambar dari DSLR.. sebahagian gambar abah letak di IG nanti .. lepas lawatan ni kami balik ke pinggir LONDON menuju rumah tumpangan pertama. 


lupa lak yg ini dinner ke breakfast kami yg pertama ? hehe.. bekalan makan sepanjang tempuh bermusafir ustaz bawa dari Malaysia.. abah dengan mak tau makan je hehe.. meggi ada juga standby.. just incase..


ini adalah rumah tumpangan kami yg pertama di pinggir London.. memang tak mau duduk tengah bandar mahal satu susah nak guna kenderaan nanti. 

ok esok ikut kami ke kota LONDON guna pengangkutan awam.. naik trem dan train.. kisah ni tunggu esok la ya.. 

BERSAMBUNG...

5 comments:

Azian Elias said...

bestnya...
entah bila boleh nya ke sana tu ye..
gambar cantik2.

aizamia3 said...

Cantik.. saya suka kawasan kampung berbanding bandar.
Cepatlah update abah.. tak sabar nak baca.. tengok gambar2 dalam FB tak pueh.. hehehe..

zino said...

azian Elias
terima kasih sudi singgah blog abah... insyaallah satu hari nanti sampai juga kesana..

zino said...

aizamia 3
terima kasih sudi baca blog abah.. kena tinjau2 selalu episod2 berikut nya hehe

Unknown said...

Salaam.. sekiranya myAdventure trip ada merancang kembara ke iceland sekali lagi pada Dec 2018 khususnya 15 Dec ke atas, Saya sangat berminat untuk Ikut.