Friday, December 15, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 4

Assalamualaikum.....

Sebaik menjejak kaki di bumi ICELAND  kami di sambut salji tebal dengan suhu di bawah 2°C . Keluar saja airport pada  jam 3.00 pagi kami di terpa cuaca yg sejuk mencengkam ke tubuh kami... wow... macam ni ke seluruh ICELAND.. macam mana nak bergerak dalam salji tebal macam ni. mampu ke bertahan seminggu dalam cuaca sejuk macam ni.. fuhhh... macam macam yg berlegar dalam fikiran abah... Bukan tak pernah tengok salji, bukan tak pernah berada di tempat sejuk..tapi kali ni salji se salji2 nya hehe.  harap2 persediaan awal kami sebelum datang ke sini mampu membantu mengatasi semua kerisauan ini. 

Tapi abah tengok ustaz dan Ain relak je membincangkan langkah2 selanjut nya... walaupun ini kali pertama juga buat mereka.. pengalaman.. hehe



ini semasa hendak berlepas .. dah siap2 pakai baju tebal.. nanti sampai airport tak payah nak buka2 beg.. abah nampak orang lain buka je baju sumbat kat atas tempat barang tu.. alah.. malas la nak buka, bukan nya lama pun 3 jam lebih dah sampai... 


sebaik sampai ke airport ........... sebelum sampai ke imigration ternampak gambar ni terus tangkap seketul.. ada tulis welcome to Iceland.. tapi tak clear pulak.. hehe  gunung kat belakang tu merupakan satu ikon bagi ICELAND yg pasti lawat.. 


sama saperti masa sampai di Gatwich UK dulu.. tak ada sesiapa pun yg sambut kami tiba.. sampai je baca arahan dalam email... katanya kena naik suttle bus ke tempat kereta sewa.. nak tunggu bas kat mana pun kena cari sendiri.. pengalaman sungguh seret beg dalam laluan bersalji..  .. abah tengok hampir semua kereta yg di pakir di selimuti salji.. sebelum ni nampak kat TV je .. tapi kali ni ada di depan mata... agaknya salji baru lepas turun la tu. 


ini syarikat sewa kereta yg di gunakan.. tak jauh pun dari airport.. bus suttle lalu depan bangunan ni. segala urusan sewaan di buat di Malaysia lagi.. sekarang mudah segala urusan di hujung jari je. 


ini lah kereta yg kami sewa utk di guna sepanjang percutian di sini.. cukup la utk kami berempat.. 4wheel drive.. memang power kereta ni. Driver sebelah kiri.. alamak tak ada pengalaman nak drive sebelah kiri ni.. hehe.. nasib baik ustaz dah biasa drive sebelah kiri masa belajar kat Jordan dulu.. fuhh lega. kat ICELAND pun lesen memandu Malaysia di terima so tak perlu susah2 apply lesen antarabangsa. 



ada banyak syarikat kereta sewa kat sini.. pilih la yg mana suka.. pilih juga jenis  kereta apa jadi idaman... nak cari Proton memang tak ada la hehe.. Up la sikit cari kereta yg mewah dan power.. baru enjoy.. hehe advice 4 wheel drive. 


nak juga bergambar kenangan dengan kereta yg di seliputi salji ni.. utk rekod dan kenang2an.


kereta ni lagi best macam kena selungkup 
kapet putih je.. 


cabaran pertama macam mana nak sumbat semua beg dalam kereta dua tiga kali juga kluar masuk baru menjadi hehe.. maklumlah ada 8 beg.. 4 besar 4 kecil.. 



suspen je bila tengok jalan pun bersalji . sepanjang jalan ke macam ni.. tapi rupanya bila masuk jalan utama tak ada salji.. tentu dah di bersihkan.. 

TEMPAT TIDUR PERTAMA DI ICELAND

jadual asal sepatutnya terus ke distinasi pertama.. tetapi memandangkan salji yg tebal dan belum lagi memahami keadaan sebenar di ICELAND  suspen juga nak drive tengah mlm ni. akhirnya kami cari tempat tidu dulu.. dapat la satu tempat ni sewa nya pun berpatutan nak tidu beberapa jam je pun.. .. dia macam hostel la kot.. kami sewa bilik tapi yg lain2 share. bilik air share dapur share coffee corner pun share. selain kami ada ramai tetamu lain pun menyewa sama.. pelancong juga la kot.. 



yg menarik tu nama hotel ni BRIM .. satu jenama yg hangat di Malaysia... hehe


Hotel terletak di bandar Reykjavik  juga merupakan bandar terbesar dan ibu negara ICELAND.  kabar nya separuh dari penduduk ICELAND  yg berjumlah 300,000 orang tu tinggal di bandar ini. 


nak kopi layan diri


chef impot dari JDT  sedang menyediakan sarapan . hehe tak sangka ustaz Mufid ni pandai masak.. sepanjang percutian di sini di tanggung beres.. tak rugi travel dengan MYADVANTURE TRIP ni.. 


tara !!! sarapan pagi kami meehoon sup rendang daging podeh menyanggau hehe boleh nangeh makan rendang ni .. melaha laha hehe tapi bertambah2 hehe.. rendang tu Ain tempah kat kawan dia orang negori katanya patut la podeh... 


kami keluar awal meninggalkan bandar Reykjavik menuju ke distinasi pertama ia itu kirkjufell.. perasan tak gambar kat airport tadi itu gunung nya. Kirkjufell ialah sebuah gunung setinggi 463m terletak di pantai sebelah utara semenanjung Snaefellsnes.. berhampiran bandar Grunderflordur.

payah betul nak sebut nama2 di ICELAND ni.. ada tu berjela2 panjang .. hehe.. 


sepanjang jalan pun abah dah terpesona dengan lanskap yg sangat cantik.. gunung ganang yg di selimuti salji seolah melambai2 kami di sepanjang jalan.. 


setiap kilometer yg kami lalui terbentang  pelbagai bentuk lanskap yg menggongcang jiwa... subhanallah cantik nya alam ciptaan Allah.. tak dapat nak gambarkan tak dapat nak di rakam semua nya.. kena datang tengok sendiri.. tak heran lah ICELAND  menjadi syurga kepada para jurugambar... 


kami berhenti di satu persimpangan.. bila kami lihat lautan salji menutupi bumi ICELAND .. kira jakun sikit la... tak pernah tengok salji macam ni sebelum ni.. kat Malaysia jumpa ais kepal je hehe..


tak sejuk ke ? hehe maun deh tak sejuk tapi dah sampai sini kena lah nikmati pemandangan yg ada .. bergambar utk kenangan hehe bila tak tahan masuk kereta cepat2 hehe.. 


yg putih berhampiran abah tu jalan raya yg di penuhi ais. bila salji tu dah mengeras dia jadi ais... dan bila dah jadi ais ia nya licin.. nak berjalan atas tu kena lebih berhati2.. silap langkah berdebuk jatuh... hehe


mak steady je berdiri atas salji tu.. itu juga sebahagian dari jalan raya.. tapi kami tak ikut jalan ni.. 


ini pos special mak utk anak anak di Malaysia.. we are ok we enjoy our trip here.. don't worry about us.. stay tune.. hehe itu mesej yg nak di sampaikan.  oops speaking pulak.. 


suasana yg tak pernah di mimpikan sebelum ini... berdiri di atas bumi yg di selubungi salji.. yg tak bersalji jalan utama tu je.. nampak tak jalan yg hitam tu.. so macam2 teori keluar.. jalan tu ada sistem pemanas la jalan tu di tabur garam la .. bila masa JKR sini buat kerja ? pening pening... yg penting bila kami lalu jalan clear.. 

ada macam shahrul khan dengan kajol tak hahaha... statement ni melampau kan hehe macam orang eskimo ada lah.. 


jalan tu menuju bandar Hitardalur 
katanya hehe..


ini hasil kreativiti mak hehe


bila lama kat luar mula la rasa lain macam hehe abah la tu pesan dengan ustaz Mufid kalau jumpa RnR berenti .inilah rupa RnR nya dari jauh dah nampak papan tanda WC.. kat dinding bangunan tu pun besar.. dia orang dah tau dah lepas 2 jam drive mesti ada yg nak membese.. hehe 

kena bayar ke ? ya kena bayar.. 100 krona.. duit siling tu . mana ada siling .. abah masuk dalam terus guna WC dulu.. lepas tu baru tanya ada tukar siling tak nasib baik ada.. tak ada siapa kutip pun kat pintu masuk tandas tu di letak bekas utk letak 100 krona tu.. kalau duit kita empat inggit tu !!! hehe


baru nampak matahari nak muncul.. macam malu2 je itu pun main jauh2 je hehe kat ICELAND ni matahari lalu kat tepi je tak macam tempat kita matahari ateh kepalo 

KIRKJUFELL


bila nampak gunung kat belakang ni kami tertanya2 itu ke gunung yg kita cari .. nampak macam betul dah.. terus stop tangkap gambar dulu... tapi mana waterfall nya dalam gambar ada air terjun sekali.. 


memang cantik dan mempersonakan bila di lihat dengan naked eye.. gambar tidak akan sama dengan apa di lihat sendiri.. 


utk rekod bersama


ini utk poster hehe

kemudian kami jalan ke depan lagi utk cari lokasi air terjun.. ini lah trill nya bila berjalan tanpa pemandu arah.. pakcik google pun tak dapek nak nolong ni.. dio kato dah sampai . selamba je dia sebut you have reach your distination ..


bergambah pueh pueh... 


akhirnya jumpa juga air terjun yg kita lihat dalam gambar tu.. air terjun yg air dia dah tak boleh terjun.. gigih kami berjalan dan daki bukit di belakang air terjun tu.. ada track di sediakan tapi penuh dengan ais sebab dah galak kali kena pijak. abah daki ikut laluan lain pijak atas salji dan rumput.. 

ada banyak gambar masa kat atas tu tapi guna kamera lagi satu bila available nanti abah tempek sini.. janji.. 

ok lepas ni kemana.. 
ok nanti jap nak tanya pakcik google.. 


ada yg kata gambar ni dah macam cerita spy.. man in black ke apa hehe driver tengah set lokasi tu .. 

TEMPAT TIDUR KE DUA
FOSSATUN GUESTHOUSE

tempat yg nak di tuju lepas ni ialah fossatun guesthouse.. tempat ni memang buat kami terkejut... kenapa ? jom kita tengok.


kami meneruskan perjalanan matahari terlindung di sebalik gunung.. suhu masih minus 2 °C  salji dimana mana tak ada salji baru yg turun.. kira cuaca baik la tu 


kalau peratikan jalan raya sini lurussss se lurus2 nya berpuloh Km  lurus  no belok belok.. tak besar pun satu lorong je sehala..  kalau memandu kat sini sila lebih berhati2.. lurus tu satu hal jalan nya juga bertebing curam di kiri kanan dan tak ada lane kecemasan. so jangan nak cemas2 sangat kat sini.. 


dari jauh nampak se kelompok rumah .. wah best nya rumah di kelilingi salji.. sekali pakcik google kata you have reach your distination wow. kita duduk sini ke !!!!


ini memang berpijak di bumi nyata.. bumi yg di seliputi salji.. abah berdiri di luar pintu dapur.. tebal salji menenggelamkan kasut.. rasa nak guling2 atas salji tu hehe


masih di luar pintu dapur


masih diluar dapur belakang tu bukit 
jalan laluan masuk tadi bermakna tempat di di dalam lembah.


ruang rehat


nak panggil apa ni tempat pemanas la kot.. tapi acah je tu kayu yg di letak situ dua tiga ketul je sekejap dah habis.. 


salji ini abah hadiah kan kepada semua rakan FB dan rakan yg membaca blog abah ni... dengan doa semoga satu hari nanti impian anda utk datang ke ICELAND tercapai.


ini dapur.. setiap rumah yg kami duduk mesti yg ada dapur.. tak ada dapur nanti chef pening . nak masak macam mana


ini di beranda luar . tempat yg kami duduk ni merupakan sebuah rumah 4 bilik. yg kami sewa 2 bilik bermakna dua bilik lagi di sewa pelancong lain. satu bilik pasangan pelancong muda dari cina satu bilik lagi pasangan pelancong tempatan . dapur share bilik air share.. amacam sanggup ke duduk macam ni. kalau datang 4 pasangan boleh la ambik satu rumah 

rumah ni di lengkapi sistem pemanas berpusat.. makna nya satu rumah ni di panaskan . dinding rumah ni dua lapis ruang antara dinding tu di pasang sistem pemanas.. katanya guna paip yg di alirkan air panas.. 


gambar ni terbaik haha puji diri sendiri ni.. seolah olah sebuah lukisan di kaca tingkap.. 


sebelum chef masak abah minta mak masak meggi dulu.. lapau hehe


ini yg chef sediakan meehoon goreng utk dinner.. yg ni pun kami makan dengan rendang daging pedas meletop.. dan serunding ayam , semua bahan utk masak ni di impot dari Malaysia.. boleh di makan tanpa was was.. 


dari jendela kamar ku


berduet



ARORA

sedang abah nyenyak tidu.. nyenyak ke? terdengar ustaz Mufid ketuk pintu dan panggil  "abah !! nak tengok ARORA jom kat luar.. dengan terpisat pisat kami bangun mengenakan baju tebal pakai stokin pakai glove pakai tutup kepala keluar ke laman depan .. masyaaallah... subhanaallah... ARORA yg di cari cari ada di depan mata... masing masing kelamkabut nak tangkap gambar tapi tak bersedia.. ehh kenapa tak boleh klik.. hehe.. lama juga kami kat luar melihat cahaya menari2 di gigi langit.. bertukar bentuk beralun berombak .. ARORA di rakam dalam ingatan masing masing..

ke esokkan nya.. 


ini lah rupa rumah yg kami sewa tu. nampak tak kereta merah tu . itu kereta pelancong Cina yg abah sebut tadi. 


 ini baru betul.. ustaz kata beralih sikit tak mau tunjuk kereta merah...hehe.. 


saperti bermimpi duduk di rumah yg di kelilingi 
salji tebal.. 


mak kata hai... 


mak kata tata titi tutu hehe ( yg ni abah tambah.. ) 



bila dah sarapan kami bersedia utk bergerak lagi. kali ni ambik gambar dulu ini kira susunan terbaik.. nanti bila dah keluarkan lupa susunan ni.. gambar utk rujukan bila sampai masa utk berpindah lagi. 


ini chalet yg juga terdapat di sini tapi tak ada 
orang sewa


ini pun unik... kat sini juga ada kolam air panas sejuk sejuk ni sedap berendam.. tapi kami je yg tak berendam.. Pasangan dari Cina tu rasa nya pergi.. 


pemandangan yg lain pulak... 


dalam perjalan tu kami jumpa banyak kuda di dalam kawasan ladang... tak boleh jadi lihat je dari jauh.. ada peluang dan ada tempat utk berenti kami stop berselfie dengan kuda2 ni. sebenar nya boleh dekat dan boleh pegang.. nanti abah tempek gambar tu sini sepanjang laluan tu memang banyak jumpa kuda.. dan papan tanda horse riding. musim yg sesuai ramai yg datang menunggang kuda la kot.. Kuda Iceland ni unik dari kuda di tempat lain. Cara dia berlari tu berbeza dari kuda yg biasa kita tengok.. cer buka u tube ada tulis je kuda Iceland. nak cerita pun payah.. 



cak.. 




BERSAMBUNG


1 comment:

Anonymous said...

Apa nama rumah yang tuan duduk tu? Saya nak pergi iceland bulan december ni