Tuesday, December 19, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 7

Assalamualaikum....

KAPAL TERBANG BURUK ... mak kata la....

Katanya pada tahun 1973 dulu sebuah pesawat US Navy DC plane kekeringan minyak (meter minyak rosak ke ? ) dan membuat pendaratan cemas di pantai pasir hitam di Solhemasandur.. (payah nak sebut nama tempat2 di ICELAND ni.. hehehe) Nasib baik semua penumpang selamat .. Bangkai kapal terbang tu masih tersadai sehingga sekarang ni.. tak ada yg nak mengapik an la tu..

Tempat ni menarik perhatian peminat photography.. sehingga kapal terbang buruk (mak kata) ni kelihatan cantik dan penuh seni hehe.. kata nya ramai yg datang sini buat photo shoot kawin. (orang ICELAND kot.. tak kan orang KL .. lama kelamaan tempat ni menjadi viral dan menjadi idaman setiap pelancong.. sehingga menjadikan nya tempat mesti lawat bila ke ICELAND. 

Dolu dolu katanya di benarkan kereta masuk sampai berhampiran bangkai kapal terbang .. Tapi keadaan jalan yg berbatu2 dan keadaan tanah yg lembut (tanah pasir pantai) banyak la kereta rosak dan tersadai bila terperosok dalam tanah .. Kemudian di larang semua kenderaan persendirian masuk.. lepas tu ada pulak syarikat sediakan servis 4 wheel dan truck utk bawa pelancong.. tapi ini pun di batalkan.. akhir nya kerajaan melarang sebarang kenderaan masuk ke kawasan tu utk memelihara flora.. sumber pakcik google.

abih tu cam mano nak ke sinun?? jalan la..!!! sebelum ni ada yg kata abah kena jalan 5km pergi 5 km balik.. mak aii jauh tu.. larat ke nak berjalan dalam sejuk2 tu?? nak tak nak kena nak juga la.. so kami pun mula menapak.. dan ramai juga yg kami jumpa berjalan ke arah yg sama. Ada tanda di buat supaya tak ada yg sesat di kawasan lapang tu.. kenderaan kecemasan je yg di benar masuk kot.. memang ada kesan kenderaan masuk.

Teringat nak on kan tracking dalam jam abah yg ada GPS tu nak ukur jauh sebenar kami berjalan. Kesian mak kena juga berjalan.. abah ok je stamina berkayuh selalu tu sangat membantu. Beberapa kali juga tanya mak nak stop dulu ke? tapi mak terus juga berjalan perlahan lahan. Ustaz Mufid dan Ustazah Ain laju je .. orang muda la kata kan hehe.. dan ramai pelancong mat salleh dan pelancong cina juga berjalan laju. ada yg bawa macam2 gajet utk mengambil gambar di bawa sama. sekejap2 tengok jam.. dah 1km .. lama lepas tu tengok lagi dah 2 km.. kat depan sayup2 nampak orang berjalan tengok belakang sayup dah tempat letak kereta.. bayang kapal terbang tak nampak lagi.

mak tanya "kita nak tengok apa ni??" 
abah kata "bangkai kapal terbang.." 
mak kata, "tengok kapalterbang buruk nak buat apa !! hehe.. nasib baik mak tak kata tak nak jalan lagi lah moh pusing hehe.. Walaupun mak dah tunjuk tak minat tapi dia jalan juga tanpa berhenti. lama lama akhirnya nampak juga bangkai kapal terbang buruk tu.. mak kata pegi lah dia tak mau dekat.. tak minat tengok kapal terbang buruk hehe.. baru lah laju abah berjalan.. hehe

ooo ini rupanya bangkai kapal terbang yg di katakan.. apa lagi dengan skill yg ada (cewah) mula la abah berimiginasi sendiri merakam sebanyak mungkin gambar . memang ini menjadi idaman juru photo . Ramai juga pelancong lain yg dah sampai dulu.. merakam dari pelbagai sudut. kedudukan matahari juga menjadi sebahagian dari prop utk mengambil gambar.. nak panjat kat bumbung kapal terbang tu macam sharul dan kajol tak la.. cukup la sekadar bergambar dari bawah tu je.. 

dan lihat la hasil nya.. cantik kan kan.. 



gambar ni masa berjalan ke arah kapal terbang tu. sejukkk


bangkai kapal terbang je pun.. tapi bila di ambil dari sedut tertentu ianya kelihatan sangat menarik..


dah 44 tahun bangkai kapal terbang tu tersadai kat situ. entah dah berapa ramai la pelancong luar negara ICELAND yg pernah ke sini. Kalau ikut apa yg di baca sesiapa yg melancong ke ICELAND tempat ni menjadi salah satu tempat mesti lawat. 









tengok la tu bersusah payah nak panjat atas tu.. bukan ada tangga di sediakan pandai2 la cari jalan utk naik sampai ke atas .. ada orang tu sampai terkoyak kasut kena besi bila nak naik juga kat atas tu macam Shahrul Khan hehe


berpusing keliling di buat nya nak cari sudut berlaian hehe 


sorokkan sikit cahaya matahari tu kita dapat hasil 
yg berbeza.. 






ini di bahagian dalam kapal.. kosong yo memang tak ada tempat duduk la askar nak kapal terbang ni berselo ateh lantai yo.. nanti sonang nak tegojun.. (paracut) 


pegawai penyiasat sedang buat lawatan hehe








asyik sebelah sini je sebelah lagi satu tak ada ke? hehe memang tak ada pun kat sebelah tu ramai yg bergambar nak menunggu sorang2 abis malas.. 









yang ni lawa setuju tak ? hehe




mak perati dari jauh tak mau turun sampai ke sini kapal terbang buruk tak nak tengok. kalau kapal terbang baru yg baru nak..hehe so utk rekod mak dah sampai sini abah tulis atas tanah je lah.. hehe tanah sini hitam sampai ke pantai hitam.. 






ini gambar last sebelum menapak balik ke kereta.. nak tau berapa jauh .. berjalan sejauh 7.39 km pergi dan balik.. mengambil masa lebih 2 jam termasuk mengambil gambar. Hebat mak kan. ? hehe lebih mencabar berjalan dalam cuaca yg sejuk beku dengan memakai kasut boot !! siapa yg berhajat nak ke sini nanti sila la berjogging dulu utk mengumpul stamina.. hehe


ok dah jom balik hehe






ada juga kelihatan pelancong kayuh basikal ke sana mana dia dapat basikal tu? kalau ada nak juga abah kayuh basikal. tak ada pulak nampak orang sediakan servis sewa basikal di mana2 berhampiran tempat ni. tapi fat bike je yg sesuai.. atas jalan berbatu2 ni. 


nak tau sejuk ke tak tempat ni tengok air dalam botol ni dah jadi air batu hehe.. ini dah kira berjalan dalam peti ais besar.. hehe


kata orang tu jauh berjalan banyak pengalaman ia ke.. Tapi bila dah jadi pelancong ni segala kemungkinan perlu di hadapi.. kalau perlu berjalan kita berjalan kalau perlu memanjat kita panjat hehe sanggup ke jangan cakap je.. hehe

Sepatutnya lepas tu dalam jadual kami ke Reynisflara beach Dyrholaey lighthouse black sand beach dan green larva walk.. Dyrholaey terletak di atas bukit jalan nak mendaki bukit tu bersalji dan berais.. tinggi la juga tapi kereta kami steady je naik ke atas bukit tu.. tapi bila buka pintu terasa angin yg sangat kencang.. bukan setakat sejuk.. nak bergerak pun susah. macam mana nak ambil gambar.. mau terbang hp bila berselfie hehe.. so akhir nya kami batalkan niat nak bergambar, esok la kita datang lagi on the way balik nanti.. 

Masa tu hari dah petang  dan kalau terus ke rumah tumpangan tak sempat nanti nak solat jamak.. bila turun je bukit tu kami nampak ada satu kawasan agak lapang sikit yg membolehkan kami parking kereta dan solat dulu sebelum meneruskan perjalanan.. ambil wuduk dengan air batu ( air dalam botol yg kami bawa dah bertukar ais ) merupakan satu cabaran. Ustaz kata basuh sekali cukup.. air bercampur ais kami kongsi bersama cukup utk empat orang.. Kami solat berjamaah . Sebaik selesai dua rakaat sebuah kereta peronda polis sampai mengarahkan kami beredar. Entah dari mana datang kereta tu kami pun tak paham bukan nya kat hiway pun. Dah beberapa hari kat sini tak nampak sebuah kereta polis pun tapi bila kami berenti di kawasan yg tidak di benarkan sampai je dia hehe nampak je dia . seorang pegawai polis wanita menghampiri kami mengarahkan kami beredar. kata nya kawasan ni tak boleh berenti bahaya.. ustaz kata " just give us 2 minute to perform our solah".. pegawai polis berkaitan masih berkeras minta kami beredar tapi ustaz mengulangi nya sekali lagi " just give us 2 minute to perform our solah" beserta isyarat tangan.. akhir nya pegawai terbabit faham dan beredar.. "just 2 minute " katanya sebelum beredar. Alhamdulilah.. Allah bersama kami memudahkan urusan kami.

HORGSELAND COTTAGES

Perjalanan seterus nya menuju horgsland cottage..terletak di daerah Kirkjubaejarklaustur (cuba sebut nama tempat ni hehe)  bila sampai dah golap tapi kami dah tak perlu tergesa gesa pun .. Cottage ni terletak di lereng gunung tapi tak dapat nak ambil gambar keseluruhan kawasan sebab dah gelap.. cadang esok baru tangkap gambar lagi.. agaknya kat sini banyak kawasan yg boleh menunggang kuda.. semasa lalu sini tadi pun nampak banyak signboard bertulis horse riding.. musim panas kot..baru sesuai menunggang kuda tu.


ini loteng ada dua katil..


ini meja makan di lihat dari loteng


ini pun dari loteng


tangga dari loteng 


ada dua bilik setiap bilik ada dua katil satu kecik satu besar.. 


ini bukti jalan kaki tadi kat sini pulak dia 
duduk.. hehe 
(tetiba ada yg pekenan dengan jam abah hehe ) 


ini lah rumah tempat kami tidu kali ni.. dah berapa rumah ya lupa pulak nak kira hehe


cantik kedudukan rumah ni.. 








perlu ada rekod berselfie hehe

ok lah kira rehat dulu esok kita sambung melancong ke tempat lain pulak.. 

BERSAMBUNG

3 comments:

Kakcik Nur said...

Aduhai...kalau saya pun rasanya tak adalah nak menapak semata2 nak tengok kapalterbang buruk tu. Jika 30 tahun lalu, masih bolehlah dipertimbangkan... hehehe

zino said...

kakcik
kono tunggu dalam kereta la jawab nya kalau ahli rombongan yg lain nak poe hehe

Azwa said...

Wah bestnya .. alang2 dah sampai mesti nak g jgk tengok kapal terbang buruk tu kan...hehe