Thursday, December 21, 2017

TRIP UK & ICELAND EPISOD 9

Assalamualaikum semau..

Pagi pagi lagi kami dah kluar dari Artun Apartment.. pagi2 tu maknanya kul 9.00 la.. itu pun golap gumin lagi hehe.. Hari ni kami masih niat berpuasa.. mudah2an di permudahkan perjalanan kami ni.. cuaca kat luar memang sejuk.. cuma abah tak ingat kat mana yg paling sejuk kami tempuh.. sebab ada satu hari tu cuaca minus 7 C.. (tak jumpa pulak butang degree kat labtop ni hehe).. tempat yg nak di tuju Viking Village di Hofn



VIKING VILLAGE

Viking village ini merupakan replica penempatan kaum Viking di zaman dahulu , di bina konon nya utk penggambaran satu film.. tapi entah macam mana penggabaran tu tidak berlaku akhirnya kawasan ni di buka utk penggambaran. Masa sampai sini cuaca sangat sejuk dan berangin.. 




nak melawat sini kena bayar lupa lak nak tanya berapa bayaran yg di kenakan.. ada dua tempat yg menarik utk di lawati satu Viking Village (sekejap lagi kita ke sana dan satu lagi kawasan laut yg beku.. ini pun lupa nak tanya apa nama nya hehe.. jom kita jalan.. Dah tau dah.. tempat laut beku ni namanya Stokness.. tq Myadvanture trip.. hehe


nak ke kawasan Viking village tu kena berjalan dalam 15 minit kot.. ikut jalan kat belakang tu dan ianya terletak di sebalik bukit .. pasal tu tak nampak dari sini. Pelik pulak tempat ni sejuk bukan main tapi salji tak turun sini. Bila ada angin bertambah2 sejuk nya..


sayup sayup dah nampak tempat yg nak di lawat.. dah rasa macam high caparal pulak ( betul ke eja tu main hentam je) bandar koboi zaman dulu2.. kalau tak tempat kita macam di perkampongan orang asli dulu dulu la.. sekarang ni rumah orang asli pun dah moden.



wah kat sini pun banyak awek hehe


Dari jauh nampak sekelompok bangunan yg berbumbungkan jerami ke rumput ke di satu kawasan berpagar. Zaman dulu dulu macam tu setiap satu penempatan tu mesti di kepung oleh kibu yg kuat utk menghalang dari di cerobohi musuh dan sebagai nya.. Dinding dinding kubu terdiri dari kayu yg di susun rapat rapat.. nak masuk ke kawasan ni perlu melalui satu gate yg berkawal ka kot..



sempat lagi ngorat awek tu hehe


mak berani dari jauh je lah suruh dekat dia tak mau.. takut ada yg terpikat la tu hehe




apa benda ni pun abah tak tau macam gua batu je ada pintu utk masuk dalam tu.. 






rumah ni terletak di luar kawasan berpagar , entah apa la dulu ni mungkin juga kaunter tiket masuk.. mungkin juga tempat Pak gud.. Semua bangunan di sini di perbuat dari kayu.



nampak sangat sejuk nya kan hehe



ini bangunan di kawasan dalam, ada macam jenis bangunan lain bangunan utk lain kegunaan la agak nya ada rumah penghulu ada dewan mesyuarat ada rumah2 penduduk dan sebagainya.. Nak cari bank ke balai polis ke pos laju ke entah la dah ada ke masa tu.. 



yg ni bangunan apa pun abah tak tau.. tingkap tak ada.. kok nak tengok luar intai jelah colah colah dinding kayu tu.. jail ko agak e atau stor












tertarik dengan struktur ni tapi tak tau apa fungsi nya.. tak kan jungkang jungkit kot hehe























mem kata dah la tu jom balik hehe..



ini gate laluan masuk tapi gate nya entah kemana nak jadi kayu api agaknya..





mak happy la bila dah nak kluar dia tak suka satu2 tempat tu lama sangat hehe




utk rekod selfie seketul dulu sebelum beredar

lepas tu kami ke tasik beku berhampiran tempat Viking ni. tak tau berapa jauh ke tengah tu beku nya.. ustaz kata ada dalam satu kaki tebal ais atas air tu .. boleh pijak tanpa ragu ragu. nak main ais skating pun boleh 












nampak macam ada air mengalir kan tapi semua tu dah jadi ais.. beku keras licin. satu pengalaman berjalan di atas laut , wow..!!! 









mereka bertiga je yg berjalan jalan atas laut yg beku tu , abah duduk main kat tepi2 tu je bukan takut tenggelam tapi takut terjatuh.. kasut abah ni fail berjalan atas air batu.. baru nak jalan sikit dah rasa nak tergolek.. mak pulak yg bagi semangat kat abah supaya datang kat dia hehe



dapat berdiri kat tepi ni pun jadi lah jangan kempunan hehe





sebelum beredar sempat lagi berselfie.. kat sini angin sangat kencang.. tak boleh nak berdiri lama kat luar abah yg pertama masuk dalam kereta tak tahan sejuk angin..

JALAN RAYA DAN JAMBATAN

Abah tertarik dengan binaan jambatan di ICELAND ni.. kebanyakkan jambatan yg kami temui cuma ada satu lorong. Sama ada jambatan tu panjang atau pendek hanya sebuah kereta je boleh melalui nya dalam satu2 masa.. benda ni dah di sebut rasa nya sebelum ni tapi jawapan yg menyakinkan belum di ketahui.. agak nya pakcik google ada maklumat kot.. bila jambatan tu sangat panjang di atas jambatan di buat tempat berselisih.. kelakar lak jadi nya.. tapi jambatan jenis tu tak sempat tangkap gambar .. 
















Sempat singgah semula kat diamond beach yg singgah sebelum ni.. agak nya nak kutip diamond yg di book semalam kot hehe













yg ni mak punya hehe






abah dapat yg ni je cukup la utk round the world tiga empat kali.













jalan jauh ni minyak kena selalu full bila jumpa petrol station kena isi terus nanti tak tau berapa km lagi nak jumpa stesyen . Tapi kereta yg kami sewa ni guna diesal.. lebih kurang 129 krona satu litre kot.. lupa nak catit.. (lebih kurang RM 5.16) sekali isi penuh dalam RM300.00 . Tapi nama stesyen ni takjumpa pulak nama syarikat berjenama macam shell ke esso ke BP ke tak jumpa langsung.. 

APARTMENT LAUGARVTAN 

Ini rumah penginapan terakhir kami diluar Reykjavik esok kami akan masuk ke bandar semula.. Rumah ni baru nampak macam apartment sikit hehe tapi nak menentukan yang mana satu menjadi satu cabaran. ada beberapa blok ada yg bernomber ada yg tak. tapi akhir nya berjaya juga mengesan unit yg mana satu. 




    




ini lah rupa apartment tu

hari pun dah malam . kita rehat dulu esok kita sambung lagi hehe

BERSAMBUNG


2 comments:

Kakcik Seroja said...

Suka tengok gambarpgambar yang dirakam...cantik semuanya... :)

zino said...

kAKCIK NUR

TERIMA KASIH..