Sunday, March 18, 2012

Bukit Gambang Resort City

salam semua...

kemana bercuti seminggu cuti sekolah... ? mungkin banyak yg nak di cerita pasal cuti ni... kami pada asalnya memang tak ada plan nak cuti pun.. walau pun zino ada terfikir nak bawa mereka bercuti tapi di pendam je kerana banyak sangat hal yg menghalang... tetiba hari jumaat tu tersebut la idea nak berjalan tu...

tapi zino kata mungkin susah nak tunai kan sebab jiran ada buat kenduri pulak.. tak bes la bila jiran kenduri kita pulak berjalan sakan sedangkan dia dah bagi tau sebulan yg lepas.. macam nak bagi tau jangan la bercuti hehe.. tapi akhirnya dia orang setuju dapat jalan sehari pun tak apa... masa sarapan pagi tu zino sebut la cadang nak ke Gambang... dia orang terus je setuju.. memang tak ada book pun.. main redah je lah kalau tak ada bilik kat sana pegi je Kuantan cari.. akhirnya petang Jumaat tu kami pun memulakan perjalanan ke Bukit Gambang resort city.. dengan confident nya...

nasib kami baik masih ada resort yg available utk famili.. tak fikir panjang terus je setuju.. sampai pun dah magrib so tak banyak la aktiviti yg boleh buat.. memula tu turun la ke restoren bawah utk dinner.. tengok harga.. terus hilang selera.. 48 inggit satu kepala rasa macam tak berbaloi pulak.. bukan nak makan banyak mana pun.. maka nya kami pun decide nak redah cari kat luar... firstime sampai Gambang mana lah tau sangat nak cari.. cuba cuba tanya anakanda zette yg tinggal di Kuantan.. akhir nya jumpa la satu restoren ni.. ramai orang.. agaknya ramai yg dari resort tu juga la kot hehe..

bila balik tu alang ajak main game kat situ tengok la aksi2 semi pro yg main tu.. orang yg tengok semua terhibur hehe.. maklum la macam2 aksi kami lakukan.. hehe.. esok nya baru la berjimba jimba di waterpark... tengokpulak siapa yg seronok bila jumpa air hehe..

ok la.. jom tengok sebahagian gambar2 yg sempat di rakam....



bila sampai dah malam pun...

gaya tu ok la..

mem pun apa kurang..

tak nak kalah juga.. hehe

masa sarapan

brother and sister..

ni je zino makan caya tak? hehe

happy dapat beli baju...

ramainya pengunjung penuh sesak..

tak payah ke laut nak main ombak..

adik dengan google nya...

best best...!!!!

khas utk kanak2..

kat sini ramai yg dewasa...

kat sini utk anak yg halus2 tu..

pondok2 kat belakang tu bukan boleh main rebut je..
kena book kena bayar !!!

sekian percutian singkat kami... rasa macam nak ke sana lagi nanti hehe..
kemana anda bercuti..? cerita la..



Tuesday, March 13, 2012

MYkomuter

Salam semua....

Susah betul nak dapat masa utk menulis di blog ni.. selalu je tak menjadi.. kadang tu dah duduk depan komputer ni line pulak lembab.. along kata tukar je ke unify..... berbaloi ke agaknya... kepada yg dah guna tu boleh la komen nanti....

ok.. sebenarnya zino nak cerita pasal KTM komuter.. baru2 ni zino di jemput untuk hadir di majlis perlancaran mykomuter...ada yg tersalah sebut my komputer hehe tapi tak pe di maafkan.. nama tu dekat2 je.. sekali baca tersasul juga di buat nya.. hehe pelancaran di lakukan oleh TPM.. dalam jemputan kata PM.. tapi masa yg sama PM ada di PICC utk buat pengumuman SBPA yg di batal kan tu.. nasib baik gaji naik juga hehe..

Dari taklimat yg di berikan.. katanya KTM telah menempah 38 unit coach baru dari CHINA.. setiap coach boleh memuatkan lebih 1000 penumpang bila beroperasi sepenuhnya nanti KTM berjanji masa menunggu dapat di kurangkan dari 30 minit ke 10 minit.. rasa nya 3 coach telah mulakan operasi nya dan selebihnya nya akan masuk berperingkat2 sehingga jun di mana kesemua 38 coach akan di gunakan sepenuhnya... di majlis pelancaran tu dapat la merasa naik keretapi FREE dari KL sentral ke stesyen SENTUL..

teringat zaman kanak kanak dulu .. selalu naik keretapi.. sampai la ke zaman remaja , keretapi masih lagi popular.. kemana pegi (perjalanan jauh) keretapi selalu nya menjadi pilihan utama.. tapi lama kelamaan kegemilangan keretapi tanah melayu mula merudum.. sehingga tidak lagi menjadi pilihan utama kepada pengguna pengangkutan awam.. dengan ada nya hiway yg selesa dengan ada nya bas bas express yg cantik dan boleh dipercaya.. dengan mudah nya pengguna membeli kereta baru dan terpakai dengan pinjaman mudah.. menyebabkan keretapi menjadi pilihan akhir utk bergerak kesana kemari....

sekarang kerajaan telah menjadikan rail base transportation sebagai sistem pengangkutan awam yg utama... terutama di bandar2... Kuala Lumpur menjadi bandaraya utama yg mengutamakan pengangkutan berasaskan rail sebagai pilihan utama.. pergerakan ada lah lebih pantas, boleh di percayai, cekap , selamat dan sebagai nya.. buat masa ini kita telah pun mempunyai beberapa rangkaian sistem rail yang telah beroperasi sejak beberapa tahun.. tak lama lagi kita bakal mempunyai satu sistem lagi yg di katakan lebih cekap lebih canggih dan lebih maju bila projek MRT siap menjelang 2017..

komuter ada lah pelengkap kepada rangkaian sedia ada.. dengan kelebihan sistem rail yg lebih panjang dan menjangkau jauh keluar kawasan kota.. ia merupakan satu altenatif yg boleh menarik ramai pengguna utk masuk ke ibukota sekiranya KTM dapat meningkatkan kecekapan , kekerapan laluan , jadual yg boleh di percayai, menepati masa , selamat , selesa dan sebagai nya...

ingat nak naik komuter sampai sg gadik.. makan cendol leman dawi dan balik ke KL... siapa nak joint JOM !!!


tiba di stesyen SENTUL.

wakil dari pelbagai ajensi menjadi tetamu..

tak dapat tangkap apa ditangkap
tangkap je orang yg menangkap hehe

upacara simbolik..

ucapan peresmian..

pegawai dari negeri CHINA..

zino ada baucer FREE berjumlah 10 inggit utk naik keretapi.. JOM..!!!

Wednesday, March 7, 2012

jom ke ZOO !!!

kali terakhir zino masuk ke ZOO masa kakak baby lagi dan alang dalam usia 3 tahun kot..... punya lah lama tak ke Zoo.. bila bermalam di Air keroh baru2 ni adik ajak masuk ke Zoo.. itu lah kali pertama adik sampai ke mana2 Zoo di Malaysia ni.. kesian adik.. hehe.. tak payah berita banyak la jom kita ke Zoo..

gambar ni.. menceritakan segala nya.....enjoy..



jom kita mulakan....

cantik burung nii..

burung ni hampir patuk tangan mem.. hehe

muka budak letih...

zirafah..

binatang apa ni sape tau?

nama dia bukan rusa... tapi entah lupa..

seladang ke apa nama nya...

harimau bintang..
susah nak tangkap gambar tak geti duduk diam..

Pak Belang

ni baru betul buaya darat hehe

flaminggo ke bangau ni?

ceh ceh ceh,.....

post istimewa utk peminat.. hehe

menunjuk aksi..

aduhh.... penat nya...

buek rondang sodap ni.. hehe

kenapa di rantai? adik tanya... entah tak ada jawapan..

teringat cerita 10 orang buta dengan gajah...

adik dah tak larat..... landing dulu..

Saturday, March 3, 2012

jemputan yg jauh..

Sebagaimana di janjikan.. kami berkonvoi ke tenggara , Johor pagi tadi.. janji jumpa jam 10.00 pagi..di Air Keroh.. jam 9.15 adik dah beritau dia dah sampai air keroh.. sedangkan kami baru lepas seremban.. kami jangka utk sampai ke Air keroh sebelum jam 10.00... perjalan ke Johor berjalan lancar...exit tol air Itam menuju Kluang dan terus ke Tenggara.. oleh kerana zino pernah sampai sana sebelum ni... maka kereta zino kena lah jadi pandu arah masa perjalanan pergi...

lebih kurang jam 12.30 kami dah sampai Tenggara... kali kedua utk kami dan juga ayah dan mak, tapi kali pertama kepada dua adik zino.. Pak Su nampak happy bila tengok kami sampai... tetamu yg datang dari jauh.. sampai je terus makan .. perut pun dah lapar setelah berjalan jauh...

satu peristiwa yg tak pernah zino tengok sebelum ni.. pengantin lelaki yg sampai di kena kan tol oleh keluarga pihak perempuan... epas bayar tol baru pengantin boleh meneruskan perjalanan... dua kali tol baru sampai ke pelamin.. suasana meriah dan senda gurau sesama keluarga.. acara tu sempat zino rakam... ok lah selebihnya kita tengok gambar je lah...

jom....



mak sedaro dengan omak pengantin..

perbualan adik beradik...

maso baya tol..

penjago tol pertamo..

pengantin pempuan..

dah tentu ni pengantin lelaki..

apo lae ateh pelamin.. la

bergambar dengan bapa pengantin ( Pak su..) sebelum balik..

sekian.....