Tuesday, March 13, 2012

MYkomuter

Salam semua....

Susah betul nak dapat masa utk menulis di blog ni.. selalu je tak menjadi.. kadang tu dah duduk depan komputer ni line pulak lembab.. along kata tukar je ke unify..... berbaloi ke agaknya... kepada yg dah guna tu boleh la komen nanti....

ok.. sebenarnya zino nak cerita pasal KTM komuter.. baru2 ni zino di jemput untuk hadir di majlis perlancaran mykomuter...ada yg tersalah sebut my komputer hehe tapi tak pe di maafkan.. nama tu dekat2 je.. sekali baca tersasul juga di buat nya.. hehe pelancaran di lakukan oleh TPM.. dalam jemputan kata PM.. tapi masa yg sama PM ada di PICC utk buat pengumuman SBPA yg di batal kan tu.. nasib baik gaji naik juga hehe..

Dari taklimat yg di berikan.. katanya KTM telah menempah 38 unit coach baru dari CHINA.. setiap coach boleh memuatkan lebih 1000 penumpang bila beroperasi sepenuhnya nanti KTM berjanji masa menunggu dapat di kurangkan dari 30 minit ke 10 minit.. rasa nya 3 coach telah mulakan operasi nya dan selebihnya nya akan masuk berperingkat2 sehingga jun di mana kesemua 38 coach akan di gunakan sepenuhnya... di majlis pelancaran tu dapat la merasa naik keretapi FREE dari KL sentral ke stesyen SENTUL..

teringat zaman kanak kanak dulu .. selalu naik keretapi.. sampai la ke zaman remaja , keretapi masih lagi popular.. kemana pegi (perjalanan jauh) keretapi selalu nya menjadi pilihan utama.. tapi lama kelamaan kegemilangan keretapi tanah melayu mula merudum.. sehingga tidak lagi menjadi pilihan utama kepada pengguna pengangkutan awam.. dengan ada nya hiway yg selesa dengan ada nya bas bas express yg cantik dan boleh dipercaya.. dengan mudah nya pengguna membeli kereta baru dan terpakai dengan pinjaman mudah.. menyebabkan keretapi menjadi pilihan akhir utk bergerak kesana kemari....

sekarang kerajaan telah menjadikan rail base transportation sebagai sistem pengangkutan awam yg utama... terutama di bandar2... Kuala Lumpur menjadi bandaraya utama yg mengutamakan pengangkutan berasaskan rail sebagai pilihan utama.. pergerakan ada lah lebih pantas, boleh di percayai, cekap , selamat dan sebagai nya.. buat masa ini kita telah pun mempunyai beberapa rangkaian sistem rail yang telah beroperasi sejak beberapa tahun.. tak lama lagi kita bakal mempunyai satu sistem lagi yg di katakan lebih cekap lebih canggih dan lebih maju bila projek MRT siap menjelang 2017..

komuter ada lah pelengkap kepada rangkaian sedia ada.. dengan kelebihan sistem rail yg lebih panjang dan menjangkau jauh keluar kawasan kota.. ia merupakan satu altenatif yg boleh menarik ramai pengguna utk masuk ke ibukota sekiranya KTM dapat meningkatkan kecekapan , kekerapan laluan , jadual yg boleh di percayai, menepati masa , selamat , selesa dan sebagai nya...

ingat nak naik komuter sampai sg gadik.. makan cendol leman dawi dan balik ke KL... siapa nak joint JOM !!!


tiba di stesyen SENTUL.

wakil dari pelbagai ajensi menjadi tetamu..

tak dapat tangkap apa ditangkap
tangkap je orang yg menangkap hehe

upacara simbolik..

ucapan peresmian..

pegawai dari negeri CHINA..

zino ada baucer FREE berjumlah 10 inggit utk naik keretapi.. JOM..!!!

12 comments:

Neeza Shahril said...

Pegawai dari china tu mesti bangga barangan buatan dia diguna dengan meluasnya hehehee....

zino said...

Neeza
betul tu.... harap barangan dari sana tahan lama la hehe

arahman said...

Salam abah zino, mana gambar kita di sentul tu, masuk xfunser la eheheee

arahman said...

Salam abah zino, mana gambar kita di sentul tu, masuk xfunser la eheheee

Yunus Badawi said...

Baru2 ni saya ke Senawang. Stesen Sg Gadik tu dah cantik. Jom kita ke sana makan cendol Leman Dawi .... hehehe

Mulan said...

suka naik komuter dr naik bas...

abah cer citer dgn ktm, awat la takde train sampai tganu ni..

MOKCIK AZWA said...

dah lama tak naik komuter..baguslah kalau dah ada perubahan.. terus teringin nak naik komuter nak join gi makan cendol gak hahaha

zino said...

arahman
oops nanti di usahakan hehe

zino said...

YB.
laluan pejalan kaki kena sediakan dulu.. macam bahaya pulak nak jalan kat tepi tu hehe

zino said...

mulan
orang KTMB ada baca tu hehe

zino said...

Azwa
jom ramai2 hehe

wewit said...

kommuter atau keretapi adalah senangkatan dengan berkongsi landasan tapi berlainan dengan LRT/MRT/ monorail tidak berkongsi landasan, dan tentulah LRT/MRT/monorail lebih effesyen dari kommuter.

Saya pun masih termenung memikirkan bagaimana kommuter dapat kekerapanya perjalanannya dari 30 minit kepada 10 minit sedangkan landasan tanpa penambahbaikan sistem signal kommuter tidak meningkatkan kekerapannya sehingga 10 minit. sebagai penumpang saya selalu di beritahu pekerja dan pihak pengurusan selalu tidak sehaluan.