Sunday, July 14, 2019

MAAF KAN KAMI

Assalamualaikum....

Syukor ya Allah.. kerana memilih kami berdua menjadi sebahagian dari para tetamu mu utk hadir ke Baitullah mengerjakan ibadah haji pada tahun ini 1440H. Insyaallah kami akan berangkat ke tanah suci pada 25hb Julai 2019 dengan penerbangan MAS KT 64B..  Melapur diri di Kompleks TH KLIA pada jam 8.30 pagi.

Dengan kesempatan ini abah dan mak ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki dari seluruh ahli keluarga dan sanak sedara ( yg berada dalam lis fren fb abah dan mak) dari semua sahabat siber abah yg berada dalam senarai fb sama ada telah telah pernah berjumpa atau masih berada di alam maya ( insyaallah panjang umur murah rezeki satu hari nanti kita berjumpa jua) .. maafkan kesalahan dan ke ikhlafan abah sepanjang kita bersahabat di dunia maya dan nyata , sama ada tingkah laku , tutur kata, penulisan di blog dan fb , komen serta ulasan abah di wall anda sehingga menyebabkan saudara masa serta sahabat sekelian berkecil hati, terguris perasaan , merajuk sampai moncong dan sebagai nya.

Abah ada lah seorang hamba yg lemah yg tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan kesilapan.. maafkan lah semua kesalahan abah.. sedangkan anda semua langsung tidak ada apa2 kesalahan kepada abah jika pun ada semua telah abah ampun dan maafkan.. Di samping itu halal kan juga makan minum abah.

Abah juga mengharapkan doa restu dari saudara maeacdan sahabat semua... doakan kesejahteraan kami, doakan kesihatan kami di sepanjang perjalanan dan sepanjang mengerjakan ibadah haji, doa kan kami mempunyi tahap kesabaran yg tinggi terhadap sebarang ujian di sepanjang tempuh kami berada di sana. doakan perjalanan ibadah kami berjalan lancar dan sempurna , doakan kerja ibadah kami mendapat restu dari Nya.. doakan kami pulang dengan haji yg mambur... insyaallah. abah percaya ada dikalangan sahabat abah yg doanya di terima tanpa hijab....

Insyaallah bila di tanah suci nanti abah akan doakan Allah akan menjemput anda semua secepat mungkin untuk hadir ke sana menyempurnakan ibadah yg sama...

Akhir kata.. terima kasih semua kerana anda semua adalah sahabat abah yg hebat hebat.. yg saling ingat mengingatkan , saling menghiburkan, saling menasihatkan dan saling menghulur bantuan kepada mereka yg memerlukan..

Alhamdulilah...

7 comments:

NekCik said...

selamat berangkat Abah Zino semuga sihat dan dipermudahkn urusan serta mndapat haji yg mabrur amin

Acik Erna said...

Selamat pergi dan balik..semoga sihat untuk menjalani ibadah.maafkan salah silap kami jugak..doakan kami sihat Dan doakan jugak supaya kami dapat jemputan untuk kesana

makcikkantin said...

Selamat berangkat abah n mak, semoga segala urusan dipermudahkan. Teringat pulak perjalanan makcik ke sana 2 tahun lalu...

Kakcik Seroja said...

Selamat menjadi tetamu Allah dan semoga dipermudahkanNya segala urusan Abah suami isteri sehingga mendapat haji yang mabrur. Aamiin

Irfa said...

Slmt pergi dan balik
Semoga mndapat haji mabrur

maklang said...

Semoga beroleh hai yg mabrur buat abah dan mak. Terimakasih kerana sudi doakan kami!

Kakelle said...

Semoga mendapat hj yg mabrur untuk Zino dan Aisyah.
Adik saya berangkat 7hb Aug.