Wednesday, July 10, 2019

RAYUAN .. HAJI 1440H

Assalamualaikum...

Semasa abah dan mak mendaftar utk menunaikan haji dulu (daftar tahun 2013 ).. kami di beri tarikh anggaran giliran kami untuk ke Baitullah.. ia itu pada tahun 2056 !!! . Bila di congak2 ketika itu ( jika masih hidup ) abah berumur 100 tahun !!!.. dan mak 98 tahun.. ada ke kat Malaysia ni yg pergi mengerjakan ibadat haji pada usia tu? Eh ada ke rakyat Malaysia umur hingga 100 tahun!!

Tapi itu hanya lah anggaran dari segi teknikal saja.. Tarikh tu berubah dari tahun ke tahun bergantung kepada  faktor2 tertentu.. umpamanya  berlaku kematian jamaah yg tersenarai lebih awal atau mereka2 yg telah menerima jemputan untuk menunaikan fardu haji lebih awal atas sebab2 tertentu.. dan ada juga mereka yg di tawarkan tapi terpaksa menolaknya atas alasan tertentu..

Selepas abah bersara , menunaikan fardu haji menjadi satu keutamaan yg perlu kami usahakan.. Jika terus menunggu kami pun tak pasti bila giliran tu akan tiba.. Dari cakap kawan kawan yg ada pengalaman dan dari posting posting mereka yg telah menunaikan fardu haji , baru abah tau kita boleh mengemukakan rayuan untuk mengerjakan haji lebih awal dari tarikh jangkaan dengan alasan tertentu..

Apa alasan abah nak pergi awal?? Selain dari telah memenuhi semua syarat wajib untuk menunaikan fardu haji..  iaitu Islam, Baligh/cukup umur, Berakal, Merdeka, dan Berkuasa.. berkuasa pula terbahagi kepada dua

1. Berkuasa dengan sendiri
2. Berkuasa dengan pertolongan orang lain. Detail baca buku ya...

Surat rayuan yg abah buat tu biasa2 je tak penuh satu muka kertas A4 tu pun.. ( ada ke yg nak copy paste?) Abah scan dan abah e mail kan surat tu ke alamat e mail TH Ibu pejabat. Dari website Tabung Haji ada di nyatakan surat rayuan boleh di hantar pada bila bila masa selepas urusan haji pada tahun tersebut selesai. Surat rayuan tu abah hantar tahun lepas lagi (2018) selepas selesai urusan haji tahun itu. Seminggu dua minggu tiga minggu abah tidak mendapat sebarang maklum balas email yg abah hantar. (masa tu urusan haji baru je selesai.. )

Akhir nya abah ke ibu pejabat TH menghantar sendiri salinan surat rayuan yg sama. Mula2 abah nak berjumpa mana2 pegawai TH untuk bertanya dan mendapatkan maklumbalas tapi petugas kaunter maklumkan tak perlu , dia sendiri boleh menerima surat abah tu.. abah minta dia keluarkan surat pengesahan penerimaan rayuan , tapi dia kata tak boleh keluarkan surat sekarang sebab belum sampai masa tempuh proses rayuan .. ehh pening abah dalam website kata boleh kemuka rayuan bila2 masa. Rupa2nya walaupun rayuan boleh di buat bila2 masa tetapi rayuan itu di proses dalam tempuh tertentu.. Sebagai ganti kerani kaunter bersetuju cop resmi TH sebagai bukti abah dah hantar surat rayuan kat pendua surat abah tu.. untuk rujukan abah.

Tak lama lepas tu baru abah terima maklum balas melalui e mail memaklumkan surat rayuan abah mereka dah terima. peringgan akhir menyebut jika tidak ada apa2 jawapan di terima dalam puasa nanti bermakna rayuan abah tidak berjaya.. surat juga abah terima selepas itu.

Apa yg abah boleh buat ialah menunggu , sementara menunggu urusan seterus nya perlu di buat. Iaitu mengikuti KURSUS ASAS HAJI .. last belajar bab haji ni masa sekolah menengah dulu kot.. Ada kursus yg di kendalikan tabung haji sendiri ada yg di kendalikan syarikat pengendali haji dan ada juga kursus berbayar (RM100) itu pun sebenar bayaran utk sarapan je kot . Setiap tahun ada je kursus ni di kendalikan TH di kebanyakan masjid.. abah tunggu kursus yg di buat di tempat abah je.

Bila hadir kursus hal hal lain kena korbankan.. kursus haji di tempat abah di buat setiap hari ahad setiap minggu berturut sebanyak 16 siri. dari jam 8.30 hingga 12.00 .  Pasal tu awal tahun ni dulu abah terpaksa lupa kan program berbasikal kegemaran abah buat sementara.. hehe hadir kelas lagi penting.. Bila berbual dengan peserta lain yg hadir kursus.. ada yg dah hadir 6 kali kursus tahun2 sebelum ni tapi belum mendapat tawaran mengerjakan haji.. dan kebanyakan dah hadir lebih dari sekali..

Habis kursus.. nak buat apa??  tunggu maklum balas seterus nya dari TH dengan penuh harapan dan penuh yakin.....

SEKIAN
BERSAMBUNG..