Saturday, June 18, 2011

tertunai sudah...

janji nya dah lama sejak adik punya birthday hari tu lagi... tapi abah asyik tangguh je.. hehe nak tunggu durian runtuh dulu hehe.. tetiba LHDN datang utk membantu... cek yg dia bagi cukup untuk melunaskan janji utk adik... zais beskal tu sesuai juga utk abah guna sesekali nanti.. hehe.. sekarang ni trend berbasikal utk ber rekreasi semakin popular ... ayoh berbasikal utk kesihatan anda..

siapa dalang nya nak juga tau??

90 peratus serangan dilakukan penggodam tempatan: Maximus


2011/06/17

PUTRAJAYA: Sembilan puluh peratus serangan ke atas beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta sejak empat hari lalu dilakukan penggodam tempatan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili. Beliau berkata, polis dan agensi berkaitan kini dalam proses mengenal pasti semua penggodam.
"Kami sudah mendapat tahu bahawa hampir semua ini dilakukan orang tempatan, bukan pihak antarabangsa," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

siapa lah agaknya dalang di sebalik kerja menggodam ni.... tau nak menyusahkan orang je... harap semua tu dapat di cekup dan menerima hukuman...


Thursday, June 16, 2011

pakcik kayo.....

Oleh kerana zino dapat durian runtuh yg terlampau lampau.... setiap pembaca blog ni akan di hadiahkan sorang 100 inggit.. hehe itu pun selepas pihak coca cola membayar zino satu juta paunds.. hehe dalam ringgit anda boleh kira sendiri la.. hehe tak caya tengok email yg dia orang hantar di bawah ni..


Dear Sir/Madam,
Notice!!!

Your Mail-ID has been awarded 1,000,000.00 GBP from The
Coca-Cola Online Promo 2011
For claims, send the below details to Coca-Cola Claims Department via E-mail:
cokeofficials@hotmail.co.uk

Name:
Address:
Phone No:
Age: Sex:
Occupation:
Country:


Monday, June 13, 2011

tablet pc...


dalam pasaran sekarang ni ada beberapa jenis tablet PC yg menjadi sebutan ramai...Ipad katanya yg terbaik... ramai yg berhajat utk memiliki nya.. saya tak berhajat nak bercerita detail utk setiap pablet ni.. maklumat boleh anda cari sendiri.. mungkin ada yg telah menggunakan nya boleh le share pengalaman tu dengan zino..
Samsung galaxy tab 2 ni juga menjadi sebuta ramai... biasa nya zino hanya tengok gambar2 pc ni di internet je tak de lah berhajat utk melihat secara dekat... cuba petang tadi gatal gatal pegi tengok benda ni.. bila mamat tu buat demo apa yg dia boleh buat.. fuh.. terus rasa terpikat... agaknya kalau test Ipad boleh terpikat juga kot hehe

yg ni lagi satu.. kata nya keluaran Blackberry.. di namakan Blackberry playbook... memang macam2 permainan yg boleh di lakukan... sesuai dengan jenama nya tentu harga nya pun sepadan.. saya tak selidik lagi harga nya sebab tak berminat utk memeiliki nya sekarang.. kalau nak beli pun kena sepadan dengan bajet la..

yg ni keluaran motorola xoom... juga nampak menarik... kalau minat cari lah sendiri maklumat berkaitan benda ni.. hehe nak juga tau kalau ada sesiapa yg dah guna mana mana tablet PC tolong lah share pengalaman anda.. mana tau ada yg terpikat nak beli nanti... nak tau njuga apa kelebihan dia.. apa perbezaan dia dari notebook atau laptop..

ada satu video clip yg di buat utk menguji kelasakan bila pc ni terjatuh... bila anda tengok vodeo tu.. baru lah buat pilihan yg mana nak di beli hehe.. ok selamat meneroka..

Saturday, June 11, 2011

selamat hari lahir..

ini angah masa dia kecik2 dulu....
tolong peratikan tang rambut tu ya..

yg ni bila dah besar sikit lagi...
rambut masih peseen yg sama..hehe

yg ni dah besar lagi... tak ada la macam anak jepun lagi dah..
kalau tak pegi mana pun orang kata anak jepun..
pak sedara kat selayang memang panggil dia
anak jepun sampai ke besar..


ini angah dah besar panjang kata orang...
dah ready nak jadi suami orang..
dah bersedia utk tanggong jawab..



sekarang pesen jepun berpindh ke Qaisara anak angah.. hehe

selamat hari lahir semuga panjang umur murah rezeki dan
di permudah segala urusan..
amin

Friday, June 10, 2011

kisah semalam...

memula ingat tak nak share kat blog ni.. tak ada lah apa sangat.. tapi rasa nya tak ada salahnya berkongsi peristiwa ni pun.. ..saja nak dengan apa pendapat rakan blog... kisahnya semalam.. masa lalu di hiway mahameru masa nak balik kerja.. terpandang kat kereta sebelah.. ada sorang gadis melayu drive sensorang pakai baju kurung... muda .. cantik tapi tidak bertudung...

itu bukan isu.... bila zino lalu sebelah dia kelihatan dia sedang memegang sesuatu di tangan sambil drive... dengan cermin kereta di turunkan jelas kelihatan rupanya dia sedang memegang rokok... sesekali nampak dia menyedut rokok yg di tangan.. alahai... trend orang bandar macam tu ke.. dah beberapa kali sebenarnya zino jumpa peristiwa macam ni gadis menghisap rokok... biasa nya jumpa tu bangsa asing... tapi bila ternampak gadis melayu berbaju kurung... rasa macam tak berapa pekenan di hati...

apa pendapat anda...???

Thursday, June 9, 2011

bos is always right ??

nampaknya kali ke dua topik ni kluar.....

bulan lepas lagi dia dah pesan minta zino buat sesuatu... tapi zino tak berapa pekenan... dua minggu juga memikir macam mana nak buat.. bukan susah sangat pun.. cuma zino tak berapa bersetuju dengan apa yg dia minta zino buat... dah berapa kali zino pinda , memula ingat nak direct je nak tulis tapi rasa macam nampak sangat melawan atak menunjukkan ketidak bersetuju tu.. pinda lagi... tulis yg agak lembut sikit tapi ayat tu tidak menyokong apa yg dia nak.. lebih umum... bila dia baca dia direct minta zino mengadap hehe

dia minta zino pinda tambah bagi lebih mantap.. untuk lebih senang dia menguruskan nya.. tapi zino tak mau pulak nanti dia akan pusing cakap bila ada apa apa berlaku.. dia lepas kami yg sangkut.. bahaya bahaya.. dan zino juga tak mau dia terkena juga.. so susah sungguh nak susun ayat supaya benda ni memang sangat perlu di lakukan mengikut cara dia... pagi tadi mengadap lagi.. dia masih sebut benda yg sama.. benda yg dia minta zino belum siapkan lagi dah janji by next week beres..

ada banyak kaedah utk selesaikan masalah... kalau plan A tak menjadi pegi ke plan B atau C dan sebagainya.. ada bos yg cari jalan selamat utk lakukan sesuatu yg penting tiada kontrovesi... ada bos pilih kaedah yg kontrovesi janji kerja beres... tengok pada keadaan perkara2 ni perlu di lakukan.. yg tersepit kita di tengah2... kena timbang baik2... cara manapun dia nak kita lakukan.. yg penting kerja beres dan tiada kontrovesi.....pening pening.....


Monday, June 6, 2011

jalan jalan makan makan.....


Program kami nak tengok cerita ni di JJ Ceras Selatan... ramai yg kata cerita ni sedap... adik apa lagi teruja sangat bila kata nak tengok x men... sesuai utk di tuntun se isi keluarga... tidak membosankan... jalan cerita yg baik... pelakon yg hebat... memang patut di beri 5 star...

kalau ada yg belum tau JJ ni terletak di Balakong... kalau sebut Balakong mungkin ada yg ingat kawasan tu satu kawasan yg sesak.. berserabut dan sebagai nya... tapi itu dolu.. sekarang kawasan ni pesat membangun,, di jenama semula sebagai Cheras selatan.... Ramai pengunjung tapi tidak le se sesak kalau ke Mid valley.. perjalanan ke sana juga lancar.. jalan yg besar dan tak banyak kereta...
tapi sebelum tengok wayang kena la isi perut dulu..... ada ais kacang... ada nasi ada macam2 lagi... zino share ais kacang je tak makan nasi dah.. masih kenyang makan nasi minyak tengah hari tu...
yg ni utk kakak..

dan ini utk adik...

kemana anda berhujung minggu..??

Saturday, June 4, 2011

aktiviti hujung minggu...

hujan sambut kami balik...

anda kemana hari ni?

Seperti di rancang zino ada tiga jemputan untuk di penuhi hari ni.... jemputan pertama dari jiran merangkap rakan sepejabat.. suami isteri kerja di tempat yg sama tapi lain department.. pangkat pun sama.. rasanya ini mereka punya sulung menantu.. tapi majlis dia jauh dari rumah.. agak nya semua dewan2 berhampiran fully book.. so dia tempah satu dewan yg baru di buka.. kiranya dia adalah yg pertama buat kenduri di tempat ni.... tempat cantik parking pun ok.. rasanya lepas ni Dewan ni menjadi rebutan....tahniah... selamat dapat menantu...oops lupa nak bagi tau dewan baru ni... Dewan Perdana Keramat Mall...

Majlis kedua jauh ke selatan... Bandar Tasik Selatan.. bila kami sampai.. masa tu waktu puncak.. memang ramai tetamu... tempat duduk semua nya penuh.. yg berdiri pun masih ramai yg beratur di tempat hidangan pun ramai , so kami buat keputusan tak payah tunggu la terus cari tuan rumah, salam dan beredar balik... tu yg tadi tulis dalam FB touch and go.. kalau nak tunggu mungkin perlu 1/2 ke satu jam lagi.... tak makan pun ok perut pun masih kenyang.. makan di Keramat Mall tadi....

Majlis ke tiga kami perlu berjalan jauh... lepas solat baru kami bertolak ke kampong... tak ikut PLUS tapi kami ikut LEKAS... hiway yg sangat lapang... tak banyak kereta.. perjalanan lancar.. tapi beberapa KM sebelum sampai ke kampong hujan lebat.. bila sampai kampong memang hujan pun... terus balik rumah mak.. majlis kenduri tak jauh dari rumah mak.. tetamu semua dah balik.. apa tak nya dah jam 4.30 masa tu.. bila hujan dah reda baru kami kesana....

Rezeki masih ada.. walaupun agak lewat... walaupun masih kenyang kena juga lah makan.. dah jalan jauh kan... ada dua tetamu yg juga baru sampai dari Kl... lepas makan balik ke rumah mak.. tengok adik2 dan kakak sedang sembang sambil makan cekodok... apa lagi tak perlu di pelawa terus duduk sambung sembang... bila dah berkumpul ramai ramai... tu macam2 cerita yg keluar.. gurau senda gelak ketawa.. usik mengusik.. sesama adik beradik... jarang dapat berkumpul macam ni... kadang hari raya pun tak dapat.. mungkin berkumpul tapi masing masing sibuk nak beraya .....cuma hari ni tak bawa kamera utk di rakamkan segala aksi... hehe..

esok ada satu kenduri lagi.....

Wednesday, June 1, 2011

berterus terang katanya....

Berterus terang rahsia Salih Salih dengan isteri kalau ada jodoh


KELUARGA bahagia...Salih Yaccob bersama ketiga-tiga isterinya (dari kiri) Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida bersama lapan daripada sebelas anak-anaknya.


SEBILANGAN besar daripada kita akan ketawa besar setiap kali menonton filem Madu Tiga arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dalam lakonan bersulam humor itu, banyak mesej mengenai cerita benar lelaki yang berkahwin tiga diceritakan.

Kepada yang tiada pengalaman ini, ia meninggalkan seribu tanda tanya apakah sampai begitu sekali kehidupan lelaki yang memiliki isteri lebih daripada satu?

bila berbual sambil makan tengah hari tadi bersama peserta kursus... tak lari dari bercerita pasal kelebihan Salleh Yaakob..seorang yg berani dan bertuah... itu kata mereka la.. tak ramai yg mempunyai keberanian macam Salleh.. hehe ramai yg berani berangan je tapi tak sampai hati nak meneruskan nya hehe....

ada sesiapa nak komen cuba lah berterus terang nak tengok apa jadi hehe....