Menjaga kebersihan adalah satu amalan yg mulia betul tak? sejak kecil lagi malah semasa di bangku sekolah kita dah di ajar untuk menjaga kebersihan... pasal tu pegi sekolah kena pakai baju putih pakai kasut putih.. supaya dapat melatih diri menjaga kebersihan.... tapi biasa lah budak budak... pegi tu putih la bila balik macam belacan... hehe kena pulak masa sekolah tahun satu dua dan tiga... hari2 kena tukar kalau tak tak ada rupa baju sekolah jadi nya....seingat saya dulu masa tu ada sepasang je baju sekolah .. seminggu pakai.. ok je rasa nya hehe..
sekarang pun semua orang bercerita pasal bersih... bunyi macam best je lah tapi penafsiran nya terpulang kepada siapa yg melihat nya...dan dari sudut mana... dan saya tak mau terjebak utk mengulas isu isu yang cuba di timbulkan... terpulanglah kepada anda membuat penilaian sendiri... masing masing punya cara untuk mencapai matlamat.. elok pada pandangan satu pihak tak elok di lihat oleh pihak satu lagi.. pada saya apa yg akan berlaku tidak akan kemana...
Yang penting jangan la libatkan anak anak kecil yg tak tau apa ke dalam kancah perbalahan orang tua.. perkara tu bukan satu pesta .. kalau nak pesta pegi ke PWTC kita ke pesta buku.. kat sini elok sangat bawa anak anak... galakkan mereka membaca demi masa depan mereka sendiri.. takut meramal apa yg akan terjadi di negara kita 10 atau 15 tahun akan datang.. kalau bagini senario nya ... bangsa sendiri bercakaran... nama nya mejoriti tetapi berpecah kepada beberapa puak.. masing masing mendabek dada mereka lah yg paling betul... mereka lah yg perlu di sokong....yg kata perjuangkan islam pun dah semakin kalot...
oops ceramah politik ke ni?? no no no.... fikir fikir kan la... kita tengok apa yg bakal berlaku esok... kepada kawan dan taulan.. kalau boleh elak elakkan dari terlibat dengan perkara2 ni.. ada banyak cara utk merubah keadaan jika itu yg di perlukan...
4 comments:
ni semua kerana berbeza politik..
roserose
betul tu....
Anak2 lelaki saya sanggup jadi pengawas sekolah kerana tak mahu pakai kasut putih yg mereka kena basuh setiap hujung minggu. Pengawas pakai kasut hitam .... hehehe
Yunus Badawi..
jadi pengawas boleh berlagak sikit bhehe
Post a Comment