Monday, June 24, 2013

jerebu ooo jerebuuuuuu

Assalamualaikum...

Satu masa dulu negara pernah di landa masaalah jerebu yg sangat teruk.... dan kini berulang lagi... manusia tidak belajar dari kesilapan lalu... indek IPU semakin bertambah dan ada di setengah kawasan telah mencapai tahap bahaya sehingga perlu di istiharkan darurat... semua nya ini berlaku gara gara pembakaran terbuka di negara jiran.... 

dari lapuran akhbar...

KUALA LUMPUR 23 Jun - Keadaan jerebu yang bertambah tebal di kawasan kebakaran di Wilayah Riau Sumatera Tengah, Indonesia menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di sembilan negeri berada pada tahap bahaya dan tidak sihat.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawangnya, tiga kawasan merekodkan IPU pada tahap berbahaya dengan daerah Muar berada pada tahap bacaan tertinggi 507 diikuti Bukit Rambai (443) dan Bandar Melaka (373) setakat pukul 5 petang. Selain itu, 16 kawasan merekodkan IPU tidak sihat di seluruh negara dengan tiga daripadanya di Negeri Sembilan iaitu Nilai (137), Port Dickson (276) dan Seremban (103). Di ibu negara dan Selangor turut mencatatkan IPU tidak sihat melibatkan kawasan di Banting (133), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (214), Petaling Jaya (151), Shah Alam (130), Batu Muda (140) dan Cheras (134). Semenatara itu, agensi itu dalam satu kenyataan memberitahu, peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya dan dijangka berterusan hingga September ini.
Berikutan itu, Majlis Keselamatan mengaktifkan Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Jerebu mengikut tahap amaran dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Pelan itu melibatkan peranan pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat. Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29AAA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 ke atas pembakaran terbuka di Selangor, Melaka dan Johor yang dikeluarkan pada Rabu lalu masih berkuat kuasa. Bagaimanapun, beberapa aktiviti seperti pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak dilakukan di kawasan tanah gambut dikecualikan.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130624/dn_05/IPU-9-negeri-tahap-bahaya#ixzz2X53v2MGW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

10 comments:

Ayah Zain said...

salam ziarah. slmat nisfu syaban

Ayah Zain said...

salam ziarah. slmat nisfu syaban

Ayah Zain said...

salam ziarah. slmat nisfu syaban

Ayah Zain said...

salam ziarah. slmat nisfu syaban

azieazah said...

Hentikan dulu aktiviti luar. Terutama anak-anak kita. Cuaca agak bahaya untuk kesihatan.

MOKCIK AZWA said...

Gara-gara jerebu, sekolah cuti hari ni..elok juga sebab keadaan jerebu yang tidak selamat untuk kesihatan kita semua

MulutPayau said...

Moga keadaan cepat pulih....

Angah said...

tekak pun mula perit....

JunAina said...

Selsema sudah 3 hari tetapi masalah besarnya bila datang secara package dengan batuk dan asthma. Letih.

*SiRibenMerah said...

saya masuk opis malam2 pon teraa bau asap di sini..
huhuhu..

tapi kan abah, yg saya dengar la..
pelabur singapura, syarikat beralamat di Malaysia dan pertanian dijalankan di Indonesia.
tuh pasal kita x boleh nak buat apa2..bukan anak tempatan walaupon alamat di Malaysia..