Thursday, October 27, 2016

Darjah darjah kebesaran Bintang Bintang dan Pingat2 Persekutuan..

assalamualaikum....

Mari kita mengulang kaji berkait Darjah darjah Kebesaran , Bintang bintang dan Pingat pingat Persekutuan utk meningkat pengetahuan ...

DARJAH DARJAH KEBESARAN

1. DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DI RAJA MALAYSIA (D.K.M)
Darjah kebesaran ini mempunyi satu pangkat sahaja dan bilangan ahlinya terhad seramai 10 orang . Darjah kebesaran ini di kurniakan kepada setiap baginda yg telah di tabalkan menjadi Yang di Pertuan Agong.

2. DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N)
Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja. bilangan ahli nya terhad kepada 30 orang, 5 daripadanya mungkin daripada anak anak Raja negara luar, ketua ketua negara atau orang yg amat ternama

DARJAH DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

1. SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang , tidak termasuk jumlah warganegara asing yg menerimanya sebagai anugerah terhormat. penyandang darjah ini membawa gelaran TUN dan isteri penyandang bergelar TOH PUAN

2. PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat kedua. Darjah ini membawa gelaran TAN SRI dan isteri penyandang bergelar PUAN SRI . Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.

3. JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N)
Merupakan Darjah yang mulia Pangkuan negara pangkat ketiga. jumlah penyandang terhad kepada 1250 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

4. KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad.

5. AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat kelima. Jumlah penyandang nya juga tidak terhad.

6. PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N)
Ia merupakan pingat dari Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.

DARJAH DARJAH YANG MULIA SERI MAHKOTA MALAYSIA.

1. SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M)
2. PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M)
3. JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M)

DARJAH DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

1. PANGLIMA JASA NEGARA ( P.J.N)

DARJAH DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA

1. PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D)
2. JOHAN SETIA DI RAJA ( J.S.D)
3. KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D)
4. BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D)

DARJAH BAKTI

1. DARJAH BAKTI (D.B)

DARJAH DARJAH GAGAH PERKASA

1. SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
2.PANGLIMA GAGAH BERANI ( P.G.B)
3. JASA PERKASA PERSEKUTUAN ( J.P.P)
4. PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U)
5. KEPUJIAN PERSEKUTUAN KEBERANIAN ( K.P.K)

dan beberapa pingat lagi... msklumat ini saya petik dari buku cenderamata yg di sediakan utk majlis ini. jika mahukan maklumat yg lebih terpeinci  ada banyak sumber boleh di dapati dalam internet.

pingat yg zino terima hari ini ialah KESATRIA MANGKU NEGARA  (K.M.N) tidak membawa gelaran..

Kesatria Mangku Negara 

13 comments:

VimmiYasmin said...

Alhamdulillah

VimmiYasmin said...

Alhamdulillah

Kakcik Nur said...

Tahniah...:)

aNIe said...

Alhamdulillah. .tahniah Zino

aNIe said...

Alhamdulillah. .tahniah Zino

Irfa said...

Tahniah bro zino

miloais milo said...

Tahniah Abah Zino

bujal X said...

Power.

Angah said...

Wah...berbanyak tahniah Abah Zino...

Whitetulip Tales said...

alhamdulillah. tahniah banyak2. Teruskan menabur bakti pd Negara.

G said...

Kiranya queen England beri pingat ada lah dibuat dari logam mineral yg mahal. MAS. Perak dan mcm mcm.
Olympic medal buat dari mas tu.. lagi ada value....kalau terdesak..

G said...

Kiranya queen England beri pingat ada lah dibuat dari logam mineral yg mahal. MAS. Perak dan mcm mcm.
Olympic medal buat dari mas tu.. lagi ada value....kalau terdesak..

Nieda ramly said...

kawan sekelas sekolah rendah dulu dapt AMN...elok lah dia nak pencen dah.askar pencen mudo