assalamualaikum...
sekali lagi zino menjejak kaki ke Langkawi.. tapi kali ni utk urusan kerja bersama beberapa pegawai lain.. bak kata orang dulu dulu sambil menyelam minum air.. sambil bekerja sambil meronda di sekitar Langkawi..
saya rasa bertuah dan berterima kasih bila seorang rakan FB bersedia menjadi pemandu pelancong (bidan terjun) semasa zino berada di Langkawi.. Rose Baiduri mengusahakan homestay di Langkawi ..( lupa lak nama homestay nya ) .dua hari Baiduri menjemput dan menghantar saya ke hotel walaupun dalam masa yg sama sibuk mengurus tetamu yg menginap di homestay nya..
kepada yg bercadang ke Langkawi dan pening nak cari cari tempat penginapan boleh la contact Baiduri utk mendapat perhikmatan yg terbaik... contact Pn Aniey 0135173728..
saya berkesempatam utk melawat beberapa tempat menarik di langkawi tetapi tak mau mengambil banyak masa kerana baiduri ada urusan di homestay nya..
sempat la cari sedikit coklat.. orang kata datang langkawi tak beli coklat macam tak datang Langkawi je lah.. jalan2 di cablecar (tapi tak naik ) ke Tanjung rhu pantai yg sangat cantik , pantai cenang dan menikmati laksa ikan sekoq yg di sebut kawan kawan sebelum ni....
ada banyak tempat menarik yg masih belum di teroka.. ada banyak produk pelancongan menarik di Langkawi ni.. tapi bila jalan sensorang ni mcm tak best nak meronda... nanti lah lsin kali datang lagi dengsn famili.. tempat kami menginap ni pun mempunyai cerita tersendiri .. terletak di pinggir hutan.. dengan chalet kayu yg menarik di bina tanpa mengubah alam sekitar. chalet di bina kawasan lembah atau lereng bukit.. nak sampai ke chalet perlu menaiki buggy. atau kalau yg gagah nak berjalan pun boleh.. bersedia utk.mendaki dan jln yg berliku.
di sekitar chalet ini juga terdapat kehidupan alam semula jadi yg menjadi sebahagian produk pelancongan.. monyet2 berkeliaran .. petang2 segerombolan monyet datang bertandang ke chalet saya.. meninjau2 dari beranda dan tingkap.. hehe.. bermacam2 bunyi boleh di dengar di hutan berhampiran. dan ada yg melihat binatang yg telah hampir pupus.. iaitu kubung.. saya pernah melihat kubung ni semasa kecil dulu . kepada yg tak berapa berani akan berasa seram duduk di sini..
kata nya hutan di langkawi ini telah berusia jutaan tahun.. ok lah cerita banyak pin tak akan habis.. biar gambar2 ini bercerita...
No comments:
Post a Comment