Wednesday, October 26, 2016

Raptai majlis anugerah pingat

assalamualaikum...

alhamdulilah dan syukur kepada Allah swt dengan izin Nya juga zino menerima jemputan sekali lagi utk menjejak kaki ke Istana Negara..

Hari ini berlangsung raptai majlis anugerah terakhir Yang Di pertuan Agong utk tahun ini.. Majlis penganugerahan akan berlangsung esok di tempat yg sama sempena hari jadi rasmi baginda.. dan esok baru lah kenakan pakaian istiadat yg telah di tetapkan....

Memang tak di sangka sangka zino telah di calonkan utk menerima kurniaan Yg Di Pertuan Agong ksli ini.. bertambah manis kebetulan tahun ini tempuh pemerintahan baginda sebagai yg di pertuan agong akan berakhir dan ini majlis anugerah terakhir bersama baginda sebagai Yang di Pertuan Agong.

surat pencalonan dari istana negara lewat sampai ke tangan zino .. sebulan selepas surat di terima baru sampai ke tangan zino dan sudah terlewat utk memberi maklumbalas.. tapi zino jawab juga la mana lah tahu rezeki kan... selepas tu... senyap sunyi tanpa sebarang berita.. so dalam hati kata.. confirm lah dah lewat dan tak ada rezeki nak masuk istana.. hanya minggu lepas mendapat berita gembira dari istana menjemput zino hadir utk majlis raptai dan anugerah esok....

syukur alhamdulilah... masih ada rezeki di situ...

singgahsana.. kalau duduk di barisan hadapan tu penerimanya bakal bergelar Dato 
bersedia mendengar taklimat..

pemandangan yg cantik..

dewan santapan...

ruang menunggu sebelum masuk ke balai rongseri

dah datang sorang selfie je 
sensorang hehe

tangga dari lobi ke balai rongseri.. 


di luar istana di pintu masuk 
utama 

esok kita datang lagi..
kali ni mem ikut
kali ni tak boleh dah baju melayu 
warna macam ni.. hehe 

jumpa lagi esok
salam 

3 comments:

Kakcik Seroja said...

Alhamdulillah. Rezeki sebelum bersara, ya...:)

zino said...

betul kakcik Nur..
alhamdulilah..

Whitetulip Tales said...

aduhai..bila la dpt merasa masuk tmpt cantik ni. huhuhu tima kasih abah zino share pic kat dlm ni. im speechless