Monday, February 6, 2017

kayuh jantungku sihat di pulau indah

assalamualaikum

Sekali lagi abah dapat bersama kawan kawan menyertai kayuhan anjuran kelab basikal LAGUNA yg di namakan "kayuhan jantungku sihat" sejauh lebih kurang 20km di Pulau Indah , Klang. Bagi abah ini pertama kali berkayuh di pulau indah, tapi bagi kawan2 yg lain mungkin kali kedua dan ketiga.. LAGUNA biasa buat event kat sini, maklumlah home ground. Kayuhan kali ni percuma tanpa bayaran tapi walaupun free, makanan meriah cabutan no bertuah pun meriah.. cuma kami je tak bertuah hehe

Kayuhan jantungku sihat ini juga di sertai ramai kanak2 warga pulau indah agaknya.. dengan basikal fatbike lagi.. agaknya warga pulau indah ni semua berkayuh kot.. tak tau la kawan abah yg duduk pulau indah ni berkayuh ke tak ? hehe sila jawab ya.. hehe



Biasa la sebelum kayuh ber selfie dulu.. ini ialah sebahagian geng kayuhan abah dari kelab sri sendayan.. SSC , T Shirt colourfull yg abah pakai tu baju resmi kelab hehe


ini saja nak tunjuk landmark 
kat mana kami berkayuh.. 


semua ni dari SSC kombinasi OTAI dan orang muda hehe tapi dont play play dengan OTAI ni kayuh masih hebat kecuali abah la.. jauh abah tinggal kat belakang setiap kali berkayuh bersama hehe.. tapi tak kisah abah kayuh nak santai2 santai je janji habis.. hehe..



kayuhan kali ni kata nya di sertai lebih 200 orang. Biasa nya setiap program yg LAGUNA anjurkan akan mendapat sambutan dari kelab kelab basikal yg lain. Dan kami dari SSC pun selalu join program LAGUNA ni.


para perserta bersemangat menunggu kayuhan bermula, biasanya jam 8.00 baru mula kayuh. kami antara peserta yg datang dari jauh.. perjalanan dari KL ke Pulau Indah mengambil masa lebih kurang satu jam.. Abah drive solo dari rumah terus ke Masjid sultan Abdul Aziz, Pulau Indah bilal tak sampai lagi abah dah sampai dulu hehe.. 

Masjid ni abah tau sebab dah pernah sampai semasa buat projek dulu. Sebelum kami design masjid di wangsa maju tu kami melawat beberapa masjid utk di buat kajian dan sebagai nya masjid Sultan Abdul Aziz ni salah satu masjid yg kami lawat.


ini dia orang kuat LAGUNA sedang bagi taklimat sebelum kayuhan bermula. Taklimat ni penting utk setiap peserta utk memastikan keselamatan semua peserta dan peserta berkayuh mengikut arahan arahan yg di beri. ini bukan nya tempat nak berlumba. Tambahan ramai anak anak yg menyertai kayuhan ni. yg dewasa perlu memerhati mereka dan menasihat . Budak2 ni bila dapat basikal ligat hehe


tengok budak sorang tu basikal dia pun kalah basikal abah hehe.. kayuh pun steady je tak tau penat.. kalau di benarkan mencicit mereka kayuh ke depan hehe


resah gelisah menunggu bila nak mula ni hehe


dah sampai check poin pertama, sekali nampak pantai apa lagi kami pun segera ke sana utk bergambar, kawasan ni terkawal dan private, nak ke sini kena bayar. tapi kata yg menjaga tu kami di benarkan 15 minit utk bergambar saja.. apa lagi kami pun tak lepas peluang. tapi bukan semua pun serbu 


bersama IDOLA hehe.. dia lah yg mula2 ajak abah berkayuh sampai sanggup pinjamkan basikal bila abah kata tak ada basikal (ingat nak bagi alasan ) hehe lepas tu bila dah selesa berkayuh baru abah beli basikal itu pun minta Ezuan yg tolong carikan.. (dengan bajet limit yg abah bagi la) so sekarang diam tak diam dah setahun abah berkayuh. 


dalam term engineering ini di panggil wave breaker.. tembuk utk menahan ombak bagi mengelak hakisan pantai..


selfie dah jadi sebahagian berkayuh.. hehe


dapat la tengok aksi orang memancing sekejap


batu batan


bersedia utk menyambung kayuhan.


ready utk bergerak ke distinasi seterusnya


ini tapak pesta karnival apa tah.. distinasi stop kedua.. di padang letak kereta sebelah masjid Sultan Abdul Aziz yg abah singgah subuh tadi. sepatutnya kami berjumpa MB kat sini tapi bila MB lambat sampai kami semua cabut dulu ke garisan penamat . sampai peluh kering MB belum sampai.. so tak berjumpa la.. kat sini pelbagai aktiviti di jalankan. dan ada pelbagai jualan.


ini salah sebiji fatbike peserta..


Otai SSC dan orang kuat SSC ni.. tapi yg tak sangka2 kak Roy se kampong dengan mem hehe lepas ni boleh la selidik lebih lanjut mana tau warikh pulak nanti hehe.. bila jumpa mem nanti boleh la buat edisi siasat ya kak roy nhehe


SEKIAN 


2 comments:

Nong (Maimon Mohd Top) said...

Hebat dan masih bertenaga....

zino said...

Apa kabar Nong ?

hehe sikit2 boleh la sekadar beriadah