Monday, January 30, 2017

berkelah di sg Lopo..

Assalamualaikum...

1.0 Petang semalam adik kata kaklong ajak berkelah di SG.  LOPO.. Abah pun bertanya balik Sg Lopo macam tak pernah dengar je. kat mana tu. Sementara menunggu jawapan abah tanya takcik google .. oo ada la sg lopo ni di Ulu langat sana atas lagi dari sg Congkak.

2.0 Sebelum pergi biasala mem beli macam2 benda2 makan konon2 nak sarapan sekali di tempat piknik tu.. Tapi tu la pegi berkelah di tepi sungai musim hujan ni seriau juga.. takut tetiba KEPALA AIR datang menyerang. Terima kasih Zette yg ingatkan abah tadi.

3.0 sebab firstime nak kesana minta google map tunjuk jalan, kita ni ikut je lah.. memula tu dia kata jalan terus je sejauh 17km jangan belok belok, so kita pun ikut je lah tak kan nak lencong ke simpang lain pulak kan.. last last kat hujung tu dia kata belok kiri , ehh betul ke belok sini?? tengok bukit yg nak di daki tu mak aii tinggi tu.. ikut je lah jangan banyak tanya.. sampai atas bukit hati masih tak sedap takkan la sini. google map tu tak tunjuk singai pun.. tak kan google tunjuk jalan sesat pulak.. ahn sudah.. 

4.0 Tanya along dah sampai mana , along kata OTW so abah pun park la sebelah tunggu along, rasa macam dah salah jalan dah ni, tunggu punya tunggu along pun tanya abah kat mana? abah kata kat sini lah tadi masuk simpang kiri ikut kata google, along tanya lagi jumpa tak tempat parking? ehh tak ada parking pun abah tunggu along tepi jalan ni.. along pun agak abah dah sesat  dia pun minta lokasi.. lepas tu along kata abah kluar balik simpang nya depan sikit je .. ooooo

5.0 Bila abah masuk kawasan tu tengok ada satu kawasan parking yg masih ada kosong , along tunjuk utk parking kat situ. Kami menuju ke satu kawasan yg telah di sediakan tempat macam wakaf utk bentang tikar dan sungai LOPO di sebelah nya.. sama juga la macam sg Congkak dan sebagai nya. 

6.0 cucu cucu sibuk ajak atuk mandi, tapi kebetulan hari ni atuk nya ni selsema sama laju macam air sungai yg mengalir maka tak boleh la nak layan, nasib baik kakak dan adik ikut sama  boleh la layan anak buah tu mandi, bukan mandi sangat pun rendam sikit2 je.. air nya sejuk hehe..

7.0 Utk memanaskan badan saya dan along meneroka kawasan tu sehingga ke hujung jalan, Rupanya di atas lagi tempat kami berkelah tu ada banyak chalet utk di sewa, rata rata penuh dengan pengunjung kot, ada banyak kereta di letak di sepanjang chalet tu. ada juga beberapa biji homestay kalau yg datang berkeluarga besar, utk di tempah dan bermalam. 

8.0 Kakak kata macam pernah sampai sini, utk hiking dan pergi ke waterfall, masa saya teroka tu saya perasan ada laluan jungle tracking, mungkin situ lah laluan jungle tracking dan ke waterfall. Maybe nextime nak kena teroka lagi.. Tadi dapat info dari kawan katanya dulu kawasan ni hanya boleh di lalui menggunakan 4wheeldrive, di penghujung jalan ada camp orang asli, boleh berkemah kat sana kot. tempat letak kereta kat hujung tu pun macam orang asli yg kawal. tapi murah je RM3.00 satu kereta. 

9.0 Saya memang suka tempat tempat macam ni, saya pun turun utk mengambil gambar, nak ke waterfall tak larat dengan selsema macam ni. Sebenarnya saya juga bawa basikal, konon nya sementara dia orang mandi manda saya nak kayuh.. tapi bila dah selsema ni tak larat , lepas teroka sekejap saya pun balik ke wakaf tidu.. hehe.. 




teringat lubok petai kat kg selalu pegi masa sekolah2 dulu lebih kurang macam ni juga la.. ada air ada batu2 ada jeram. sejuk dan nyaman..


datang awal pagi terasa mencengkam sejuk sampai ke tulang..hehe masing2 celup kaki je dulu.. hehe


air nya agak jernih sesuai utk mandi manda dan berkelah se isi keluarga.. sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah..


lama2 baru berani nak berendam bila badan dah boleh terima air yg sejuk dingin tu.. tapi abah duduk kat tebing nya pagk ni selsema tak selesa sungguh di buat nya hidung berair mengalahkan air jeram yg mengalir laju..


air jernih masih tidak tercemar.. 


mendengar deruan air boleh mengasikkan.. kalau nak cari ilham datang sini.


ini utk buktikan abah benar2 ada di sini hehe... 
ada yg minta gambar selfie hehe


bila berjalan kat atas tagi dari tempat kami berkelah rupanya ada banyak chalet yg di usahakan penduduk tempatan. kata salah seorang pengusaha chalet tempat ni baru 5 tahun di buka.. sebelum ni kabar nya hanya boleh di masuki menggunakan 4wheeldrive je..


salah satu pengusaha chalet..


kawasan ni nun di atas lagi belum di teroka saja saya harung sampai ke sini utk merakam pemandangan alam yg cantik ini. ada lagi yg lebih cantik kat atas lagi.. tapi tak larat nak kesana tak selesa..


deretan chalet di tebing sungai..


kepada yg suka kan kedamaian dan ingin kan ketenangan ini lah tempat nya..

nanti nak datang lagi sambil berkayuh di persekitaran tempat ni.. di Ulu langat ni ada banyak tempat menarik utk pengunjung beriadah.. jom teroka.. !!! 



3 comments:

Kakcik Nur said...

Cantik juga tempat ini. Saya selalu pergi sampai ke Pangsun, tapi bukan untuk mandi-manad atau berkelah pun, saja jalan-jalan... :)

zino said...

nak jalan2 je pun cantik ni Kakcik Nur atas sikit je dari Pongsun tu

Aktual said...

Macam di tempatku, batee liek! Nice Place la...